250,000 membunuh diri setiap
tahun di
China
Beijing: Sekitar dua juta manusia cuba membunuh diri
sendiri di China setiap tahun, tetapi sekitar 250,000 berjaya,
mengikut kajian rasmi yang diterbitkan pada hari Rabu.
Angka taksiran oleh Menteri Kesihatan China
menunjukkan sekitar 22 orang bagi setiap 100,000 manusia di
merata negara itu yang membunuh diri setiap tahun, demikian yang
dilaporkan oleh Beijing Youth Daily.
Kemudahan mendapatkan kimia pertanian menjadi punca
kematian cara ini, terutama sekali di kalangan wanita . "Kalaulah
racun kimia dapat dikawal dengan ketat, kadar kematian membunuh
diri boleh berkurangan lagi, kepada setengah kadar yang
ada di seluruh negara," kata Professor .Shay Shutao.
Walaupun kadar kematian didapati lebih rendah di beberapa
negara lain, seperti 26 kes bagi setiap 100,000
manusia setahun di Jepun, jumlah kematian begini dianggap
sebagai " satu isu sosial yang serius."
Kajian itu mendapati, penduduk luar bandar China dan kaum wanita
menghadapi risiko yang lebih tinggi dalam membunuh diri
berbanding penduduk bandar dan di kalangan lelaki. Kadar
kematian membunuh diri di kalangan orang muda
dan tua memang begitu meninggi.
Negara ini perlu memperkenalkan lebih ramai pakar kaunseling
untuk membantu, kata Zhai.
"Pakar perubatan, sosial dan psikologi seharusnya
berusaha membantu pihak yang memerlukan nasihat
mereka, termasuk orang sakit jiwa, muda
dan golongan tua, banduan dan juga mereka
yang kaki botol."
Tamat SPAR.
Hits: