Suara  Islam – Pentingnya  Media Ketika  Berlakunya  Konflik

 

Pravda:    Timothy Bancroft-Hincey

 

6 negara  Teluk  telah melancarkan satu  saluran satelit  dalam bahasa  Inggeris  untuk  melawan “ propaganda  anti-Islam” oleh  negara  barat.

 

Keputusan ini dicapai  di satu persidangan  Majlis Kerjasama  Teluk  yang bersidang  di Bahrain. Dengan itu  enam negara   tersebut (Bahrain, Arab Emirat –UAE, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Oman) akan melancarkan  satu  strategi  media  terbaru dunia Arab  untuk “membetulkan  martabat Islam, yang sekian lama  dicemari oleh   beberapa  bentuk komunikasi  luar.”

 

Saluran TV satelit  itu  akan   menyiarkan  program dalam Bahasa  Inggeris sahaja untuk  liputan  yang  luas. Ini  memberi  penekanan kepada  kepentingan  media  ketika  keadaan  bermasalah.  Hanya ada satu  saluran TV  yang diizinkan beroperasi di  Afghanistan  buat masa ini, yakni  Al-Jazeera, yang juga  berpengkalan di  Teluk.  Stesyen ini telah pun  menjalin perjanjian  pertukaran  program dengan CNN  dan ABC,  yang telah merasakan  tekanan  daripada  pentadbiran Bush  untuk  tidak  menerbitkan  gambar Osama bin Laden.

 

Beberapa pegawai tinggi  seperti  Penasihat majlis Keselamatan Negara Amerika, Condoleeza Rice dan  Setiausaha  Pertahanan Amerika  Donald Rumsfeld telah  menggunakan  Al-Jazeera  sebagai satu  alat   untuk  menjelaskan  kedudukan Amerika kepada dunia Arab. Jabatan  Negara  AS  (Pejabat  Luar) dikatakan   sedang  memberikan pertimbangan  membeli waktu  siaran untuk menyiarkan  pandangan AS kepada  penonton  Timur Tengah yang semakin   berpendirian liar  terhadap  mereka.

 

Sepanjang   konflik ketenteraan,  propaganda  Penafian dan  Penipuan  meningkat  rancaknya,  rancangan TV dianggap    oleh banyak pihak sebagai  satu alat  menyalurkan  perkara  yang  benar. Selalunya, memang tidak sukar untuk  memutar-belitkan berita  sedangkan  berita yang benar  hanya  berada   beberapa  centimeter  jauhnya   daripada  kamera  yang  memberikan  fokus berita  itu.  Namun, kalau  gambaran itu    nampak  benar, ia  mudah  dipercayai.

 

Tamat SPAR.

 

VIEWSCOM:  (http://www.iviews.com/scripts/news/stories/default...)  

 

Nota webmaster: Begitulah mengapa kerajaan BN di Malaysia enggan meluluskan permohonan parti pembangkang untuk memiliki saluran media sendiri. Dalam hal demikian seluruh media (RTM) dibolot dan dikuasai oleh kepimpinan mereka, manakala stesyen TV swasta dikuasai oleh korporat mereka. Maka seluruh versi berita yang ditayangkan adalah untuk menunjukkan betapa kerajaan BN adalah yang terbaik. Pembangkang pula lebih senang memiliki saluran internet setelah kemudahan TV dan radio gagal dimiliki dalam usaha mengimbangi berita fitnah yang sering ditaburkan oleh pihak kerajaan. Justeru itu amatlah mudah untuk melaksanakan pelbagai sandiwara dari episod Sauk, serangan ke atas Balai Polis Guar, juga fitnah ke atas DSAI kerana berita-berita yang hanya di satu pihak sahaja.~ webmaster

Hits: