Orang Saudi akan  tinggalkan AS kalau  penderaan  berterusan

 

RIYADH: Oktober 30 (AFP).  Arab Saudi akan  menasihatkan rakyatnya  untuk  tinggalkan AS seandainya  sikap mendera yang   dimulakan  selepas  peristiwa  serangan  September 11, diteruskan  juga   terhadap  mereka. Demikian  satu laporan  yang  memetik kata-kata  menteri dalam hal ehwal  negeri, Selasa  dulu.

 

“Kerajaan  sedang   berusaha  agar  dihentikan   penderaan  ini dan mengharapkan  perkara  ini akan ditamatkan.,” kata  Putera Nayef bin Abdul Aziz, dipetik oleh  agensi  berita SPA secara rasminya.

 

“Seandainya ia berterusan, kami akan menasihatkan  warga   negara  untuk pulang, ataupun  mencari  tempat lain. Tetapi, diharap  perkara  ini tidak akan  berlaku,” katanya.

 

Ramai  pelajar Saudi,  pesakit hospital dan  pekerja  yang pulang  gara-gara  serangan ngeri itu telah  menceritakan pengalaman  yang  mengaibkan  mereka daripada kerajaan AS dan juga  masyarakat  awam di sana.

 

“:Kami telah   dikenakan tekanan  yang  kuat  dan  diperiksa  dengan  rapi, terutama sekali  kalau  menaiki pesawat  penerbangan dalam negara,” kata  Abdullah Qattan, seorang  pelajar  yang pulang  Sabtu  lalu.

 

“Mereka sanggup menggunakan  anjing pengesan untuk menghidu  kandungan beg  kami dan  memeriksa  badan kami dengan rapi, sedangkan perkara  yang sama tidak  mereka lakukan  kepada   rakyat  negara  lain. Kami  merasakan pengaibannya,” kata  Qatan.

 

Sementara itu, menteri  dalam negara   telah  menyediakan  talian telefon terus  untuk memberikan  bantuan kepada   keluarga  Saudi  yang ditahan di Amerika Syarikat.

 

Lebih  100 rakyat Saudi telah ditahan untuk  siasatan lanjut  mengenai serangan ngeri itu  kerana  Washington   mendakwa  ia dilakukan oleh  Osama  bin laden, yang lahir di Arab Saudi.  Hanya 12 orang  masih lagi  ditahan  lanjut, kata  para pegawai.

 

Beberapa  orang di kalangan 19 perampas pesawat  terbang  dalam  serangan rela mati  dulu  membawa  pasport  Arab Saudi.

 

Putera  Nayef  juga menafikan  betapa Riyadh telah  menangkap  orang  yang dikatakan  terbabit dengan  serangan  ngeri di New York dan Washington itu.

 

“Kita tidak pun  menangkap ataupun  menahan sesiapa  yang  dikatakan terbabit  dengan  peristiwa itu,” kata  Nayef. “Seandainya kami  mempunyai sebarang  bahan bukti  kami akan menangkap mereka  dan  mengikut  undang-undang  negara.”

 

Beberapa orang Saudi masih ditahan  sebagai  orang yang disyaki  di  Amerika Syarikat, katanya.

 

Minggu lalu, menteri itu  menyebut   bahawa beberapa  orang Saudi yang disyaki  bersubahat dengan Osama Laden  telah ditangkap, dan dia  memberi amaran  orang lain kemudian  mereka  akan dihukum potong tangan, seperti  “sebahagian  anggota  badan  yang  sakit.”

 

Mengikut seorang  jurucakap kepada  pasukan pembangkang kepada  kerajaan  Saudi yang  berpengkalan  di London, kerajaan Saudi memang telah  menangkap ratusan  anak-muda  untuk disoal-siasat  sejak  September 11, tetapi kebanyakannya  telah pun dibebaskan.

 

Tamat SPAR

Hits: