Perisik  Membeloti  Panglima Perang

(Spies Betrayed Warlord):  

http://mirror.icnetwork.co.uk/news/allnews/page.cfm?objectid=11396823&method=full....)

oleh Charlie  Bain  di Peshawar

 

 

Almarhum Abdul Haq, seorang panglima perang  Afghan yang telah  digantung   minggu lalu, telah  dibeloti oleh  beberapa orang perisik Pakistan. Demikian dakwaan  yang  diketahui kelmarin.

 

Para pegawai  risikan AS  mengsyaki  pihak militia  telah  menerima isyarat mengenai   lokasi  kedudukannya daripada  perkhidmatan  risikan Pakistan, demikian yang dilaporkan oleh  Newsweek.

 

Ada pendedahan  betapa CIA  telah  menolak permohonan  terakhir  daripada  Haq 43, untuk bekalan senjata, bantuan pengangkutan  sebuah helikopter, dan kelengkapan radio  sebagai bekalan  untuk  usaha  beliau  berkempen  menarik  minat ketua kaum Pashtun   agar  belot  terhadap  kepimpinan  Taliban.

   

Robert  MacFarlane, bekas penasihat  majlis  keselamatan negara kepada Ronald Reagan,  yang pernah  menjadi penasihat kepada  Haq,  berkata dia   telah  mencuba selama dua  jam untuk mendapatkan bantuan AS sebaik sahaja  beliau mengetahui  Haq menghadapi  masalah.

 

Tetapi Haq sudah pun ditangkap sebelum pesawat AS dapat  diuruskan.

 

McFarlane  berkata bahawa CIA “telah gagal  segagalnya” dan menambah: “Nampak sangat   kurangnya  kepintaran dalam hal risikan.”

 

Polis  Pakistan semalam telah  menangkap  13 orang   yang dikatakan  ada  kaitan dengan pembunuhan  15 orang penganut  Kristian dan seorang pegawai  polis beragama Islam di sebuah  gereja di Bahawalpur pada  hari Ahad. Enam orang  bersenjata  telah  menyemburkan   peluru  ke arah 100  orang  yang  berkumpul  dalam satu majlis agama mereka.

 

Presiden Pervez telah berjanji  untuk menangkap  pihak yang  terlibat  ke muka pengadilan. Dia berkata: “Taktik kebinatangan  ini  jelas   melibatkan  pengganas yang  terlatih.”

 

Tamat SPAR

Hits: