Pasukan Bersekutu  Mungkin Lancarkan  Serangan   Menyeluruh

(Allies May Launch Full Scale  Invasion)

 

 

Oktober 31, 2001.

 

Peperangan  membasmi keganasan  akan  memasuki tahap  terbaru yang membabitkan   serangan  darat  yang  menyeluruh  ke atas  Afghanistan. Demikian munculnya  berita  terbaru mengenainya  hari  ini.

 

Ketua  tentera dan risikan  percaya   penggembelingan  ribuan  askar mungkin merupakan jalan  terakhir  untuk  mengasapkan Osama Laden  dan  penyokongnya.

 

Tetapi, tindakan itu tidak  dapat  dilaksanakan  sebelum musim bunga  kerana pihak bersekutu  memerlukan masa  untuk mengumpul bahan risikan  sebelum  menghantar askar  (menemui  kematian - penterjemah)

 

Setiausaha pertahanan Donald Rumsfeld berkata  musim sejuk   di Afghanistan adalah terlalu dahsyat  dan membantutkan  usaha  serangan  menyeluruh itu  sehinggalah  tahun hadapan, tetapi  satu pasukan kecil  sudah pun beroperasi  dalam negara Afghanistan.

 

 

Kata beliau: “Keadaan  musim sudah  tidak  membenarkan  peluang kita  melakukan  operasi  khusus  dalam peperangan ini.”

 

“Memang kita akui  tidak mempunyai  pasukan  tentera  seperti yang pernah kita miliki  ketika Perang  Dunia Kedua  ataupun di Korea, di Perang Teluk, tetapi  kita tidak  menolak kemungkinan  menyediakannya.”

 

 

AS juga memerlukan masa  untuk  menyediakan satu  pasukan yang besar  dalam  serangan darat  itu.

 

Setakat ini, serangan udara dan  serangan kilat oleh pasukan  khas elit telah gagal  menumpaskan  Taliban  ataupun  menangkap  Osama bin laden  ke muka  pengadilan.

 

Tamat.SPAR.

Hits: