Dasar  ‘Double Standard’  di Pakistan
(Double  Standards Policy  In Pakistan)


Nampaknya Pakistan kini  sedang  dirasuk  masalah dalaman. Di satu pihak  ia  menerima sokongan  pasukan udara  Amerika. Di satu pihak yang lain pula terdapat rakyatnya yang tidak  senang hati   terhadap tindakan Amerika sehingga  kebangkitan pihak  yang  bersenjata  sudah  menjadi  perkara biasa.   Di satu bahagian,  askar Amerika  ditempatkan  di bumi Pakistan, sedangkan di  satu bahagian pula, seperti yang dilaporkan oleh  pihak yang berkuasa  di  India, tentera Pakistan sedang membantu  puak militan Kashmir  bergerak ke Afghanistan untuk membantu  pergerakan Taliban.

Ada  satu maklumat terbaru  hari ini,  menyebut  Islamabad  memberikan bantuan  kelengkapan perang  kepada  Taliban.  Inilah yang  menggugat hubungan baik antara Pakistan dan  Amerika Syarikat.

Hari ini, akhbar ‘The Washington Times, melaporkan  kisah  pembekalan  senjata Islamabad  kepada  pergerakan Taliban. Akhbar itu  memetik maklumat daripada  sumber  pasukan khas Amerika yang menyebut bagaimana kelengkapan  perang itu dibekalkan pada malam hari dengan trak. Mengikut akhbar tersebut, kerja-kerja pembekalan bukannya dibuat oleh pihak  radikal ataupun   panglima tentera yang tidak senang hati – tetapi, inilah tindakan  yang diluluskan  oleh pihak atasan yang rasmi di  Islamabad.


Untuk sementara ini maklumat ini dianggap sebagai tidak rasmi. Pihak berkuasa  Amerika  tidak pun membuat sebarang komen  akan hal ini. Namun,  jurucakap  kepada  pihak berkuasa Pakistan sudah pun bertindak.  Wakil  daripada kementerian pertahanan  sudah pun mendakwa,  betapa  mereka tidak menerima sebarang maklumat akan  pembekalan senjata tersebut.

Kisah pembekalan ini  adalah benar.  Kedudukan Pakistan amat jelas – saling  bantu membantu – dalam hal ekonomi, politik, dan pembekalan.  Seandainya  Taliban menyerang,  peranan pasukan khas Pakistan  dalam  suasana ini adalah bukan rahsia  lagi (kerana   pergerakan  itu  ditubuhkan  dengan kerjasama  CIA).  Pihak CIA  sudah pun  menolak pertubuhan anti-Soviet, tetapi pasukan ISI  Pakistan masih lagi  mempunyai hubungan dengan  Taliban.

Keadaan  sebenar  Pakistan  tidak perlu  disebut  di  sini.  Presiden  Pervez Musharraf  sedang   berada  dalam keadaan  laksana  telur  di hujung tanduk  disebabkan  permusuhan antara  penyokong  Taliban dan  musuh mereka yang  berada di sebelah samudera, yang membuatkan  Musharraf tidak senang duduk.

Kerana  itu  negara ini  terpaksa  menangani  dua  keadaan yang mencetuskan  dua dasar piawaiannya.  Di siang hari Pakistan  menyokong Amerika tetapi  apabila  malam  tiba  -  banyak trak   bergerak  daripada Pakistan  menuju  Afghanistan. Perkara ini tidak akan bertahan lama. Setakat ini AS  menggunakan  Pakistan  untuk  mencapai cita-citanya. Namun, masanya akan tiba permainan ini  akan  berakhir juga.


tamat. SPAR.

Hits: