Israel  Tidak  Nampak  Pembabitan Iraq  dalam Episod WTC
(Israel Does Not See Iraqi Involvement  in WTC)

http://menewsline.com/stories/2001/ocotber/10_31_2.html.


JERUSALEM (MENL) -  Israel tidak memperakukan beberapa  laporan  yang membabitkan  Iraq dalam  setiap  serangan   rela-mati yang  berlaku  pada September 11  di New York dan  Washington  ataupun  dalam  kisah  serangan   anthrax di  Amerika Syarikat.


Pihak risikan  tentera  Israel memang yakin tidak wujud  bahan bukti yang   secukupnya  untuk mengaitkan Baghdad  kepada  sebarang  serangan di  Amerika Syarikat. Keazaman ini amat  berbeza dengan  laporan  daripada  sumber  Israel yang menyebut penglibatan   terus  oleh  pemerintahan  Presiden Saddam Hussein  dalam   serangan  pengganas  yang  terkini.

“Untuk  sementara  waktu  ini, kita   tidak dapat mengatakan  Iraq ada  terlibat   dengan   episod Sept. 11,” kata seorang pegawai  kanan risikan Israel. “Serangan anthrax itu   mencetuskan tanda tanya  siapa  yang  mampu  menyediakan bahan itu. Tentunya ia  dibuat oleh seseorang yang mempunyai kelengkapan yang canggih. Tentu sekali  Iraq tidak mampu  membuatnya.”


Di Washington, saluran  TV ABC  melaporkan  terdapat  dua   pusat makmal yang merumuskan  siasatan mereka betapa  anthrax yang dijumpai  di  Amerika Syarikat itu  dibaluti dengan bahan yang boleh dikaitkan dengan  program pembikinan senjata  biologi  Iraq.  Saluran TV itu menyebut  kesan ‘bentonite’  dan ‘silica’  telah digunakan  untuk  memisahkan  setiap butiran anthrax itu  daripada melekat dan  menjadikannya  mudah  dihidu.  Iraq didapati  merupakan hanya sebuah negara   menggunakan ‘bentonite’  dalam pengeluaran  senjata biologinya.

Pada Isnin lalu, AS telah mengeluarkan   satu  amaran  berjaga-jaga   terhadap  serangan  keganasan  yang  terbaru ini di seluruh negara  dan  juga  seberang laut.  Ini merupakan  peringatan  yang  kedua  pada  bulan  Oktober.

Pentadbiran AS  merumuskan, berasaskan  maklumat  yang diterima   kemungkinan  bertambahnya serangan  keganasan  dalam Amerika Syarikat  dan  terhadap kepentingan  AS   pada  minggu  hadapan,” demikian kata Ketua  Peguam Negara  John Ashcroft.

Belum pula  dijelaskan  berapa banyakkah  taksiran  anggapan itu  merupakan  maklumat  daripada  pasukan  risikan Israel ataupun  pertimbangan  diplomatik.  Sejurus   berlakunya  serangan Sept. 11 dulu, para pemerintah   risikan Israel  telah  membuat laporan kepada  kerajaan  Perdana Menteri Ariel Sharon kemungkinan  pembabitan  Iraq dalam  rencana  serangan udara yang mengerikan  itu.

Namun, dalam beberapa  hari  kemudiannya,  pegawai Israel telah berubah sikap  menafikan  pembabitan Saddam Hussien  dalam usaha  mengelakkan  Israel menjadi  sasaran serangan  Iraqi.  Dalam 1991,  Iraq telah  menyerang  Israel dengan menggunakan  42 butir  peluru  berpandu  ballistik.

Para pegawai  AS  nampaknya  bersetuju dengan  keputusan Israel itu.  Mereka  telah   menyebut pula  beberapa  ujian terbaru   ke atas bakteria anthrax  yang tidak menunjukkan kehadiran  bentonite  menyalutinya seperti yang terdapat  kepada  bentonite  yang digunakan oleh  Iraq.  Seorang pegawai risikan Israel   ada  berkata  Iraq sedang tertekan oleh  sikap Amerika Syarikat  dan sekutunya  dan  percaya  ia  berkemungkinan  menjadi  sasaran  serangan  Washington.


Pada  Selasa  lalu,  ketua  Liga Arab, Amr Mussa memberitahu   akhbar harian  Al-Hayat  yang  diterbitkan di London bahawa  Iraq bukannya  merupakan  sasaran serangan AS  dalam  peperangan  membasmikan  keganasan.  Mussa  pulang  minggu lalu  daripada  perbincangannya  dengan  pegawai pentadbiran Bush.



Tamat. SPAR.

Hits: