Megawati mendesak AS tamatkan serangan
(Megawati urges end  to  U.S. strikes)

CNN.com (http://com.worldnews.printthis.clickability.com/pt/printThis?....)


JAKARTA.  Presiden Megawati Sukarnoputri telah  mendesak diadakan gencatan senjata di Afghanistan sambil memberi amaran  seandainya  konflik itu dipanjangkan  berkemungkinan runtuhnya  pakatan  sejagat untuk  memerangi  keganasan.

Berucap  pada  pembukaan  sesi tahunan  Majlis Perundingan Rakyat yang  akan berlangsung selama   10 hari  itu, beliau menyebut  tindakan ketenteraan  seharusnya  dihentikan  semasa   bulan Ramadhan dan juga  Krismas.


“Tindakan  tentera yang berpanjangan  bukan sahaja  tidak akan membawa  sebarang  kesan, ia  juga  akan  melumpuhkan  pakatan  bersama untuk memerangi  keganasan,” katanya.

“Kami mengsyorkan dihentikan   serangan itu  untuk memberi ruang  menangani  masalah keinsanan dan untuk mencari jalan  penyelesaian  melalui  saluran diplomatik.”

Sebelum itu  Megawati telah dikecam oleh  beberapa  kumpulan agama  kerana  kegagalan  mengutuk  serangan  yang diketuai oleh AS  untuk mengganyang   Afghanistan.  Kecaman beliau  itu  adalah sebahagian ucapan  ketika  membuka  sesi MPR  dan sebagai  memenuhi   tempoh  100 hari beliau  memegang  jawatan presiden.

Ucapan itu  dianggap sebagai laporan kemajuan pentadbiran beliau  dan memberi peluang  untuk  menyahut kritikan  orang  yang  telah menuduh beliau  capek dalam kepimpinannya dan gagal  menangani masalah  Indonesia  yang  menyangkuti  ekonomi dan  sosial.

Namun, beliau tidak pula memberikan  keyakinan  akan cara-cara   menangani  masa depan negaranya  secara optimis.

Bebanan  Hutang

Menyentuh masalah ekonomi, Megawati ada  menyebut  betapa keupayaan negara   membayar hutang  bertapuk “sudah  memuncak ke  tahap  berbahaya.”

Kesannya  sebahagian  dana kerajaan  terpaksa  diperuntukkan  kepada  pembayaran  faedah   hutang itu yang membawa makna  kerajaan terpaksa lebih berhemah dengan perbelanjaannya.


Hutang luar  Indonesia  sebanyak  $140 bilion  adalah sama dengan  keluaran tahunan kasar  negara.

Untuk menarik  pelabur asing, Megawati  mahu Indonesia  membetulkan  imejnya yang tercemar  dengan  menegakkan suasana stabil dalam segi politik dan sosial.

Sebelum itu sesi MPR  tergendala  disebabkan perbalahan  antara  beberapa  ahli dewan.  Pergaduhan itu tercetus  setelah   beberapa perwakilan   dalam dewan yang  mempunyai anggota seramai  700  ahli  meminta  peluang  berucap  mengumumkan  pembentukan  fraksi  mereka yang baru tetapi telah ditolak oleh  speaker  Amien Rais.


Tamat.SPAR.

Hits: