Bencana  Perang  VI
(Collateral Damage VI)


Rabu Oktober 31,01.  – Pesawat perang  Amerika Syarikat sekali lagi telah  mengbom dan menghancurkan  sebuah  lagi hospital di Afghanistan.

Hospital itu dimiliki oleh  Green Crescent Organisation (Pertubuhan Sabit Hijau ) satu pertubuhan   Islam yang menyerupai  Pertubuhan Sabit Merah, di  Kandahar. Sebelas   mangsa terbunuh  dalam serangan udara itu, yang berlaku pada   pagi  Oktober 31  kira-kira  01.30 .

Serangan itu telah dikecam oleh  jurucakap hospital tersebut, Dr. Obaidullah dan telah diperakukan oleh  wartawan barat  yang  berpengkalan di  Kandahar.

Inilah  satu lagi  kemalangan dalam  barisan  bencana perang  yang dicetuskan oleh AS yang berbangga dengan  peluru berpandu yang canggih dengan  senjata pintarnya. Inilah  bentuk serangan  yang  menaikkan kemarahan  dunia Islam, yang semakin tertekan dengan  berita  lanjutan  serangan untuk sepanjang Ramadhan.

Kamal Kharazzi, Menteri  Luar  Iran, telah menyebut  dalam lawatannya di  Jakarta, bahawa  serangan pada bulan Ramadhan adalah satu  penghinaan  kepada  dunia  Islam. “Dari awal  lagi kami tidak menyetujui tindakan ketenteraan  terhadap Afghanistan ....serangan  di bulan Ramadhan tidak dapat  diterima.”

“Ramadhan   semakin menjelang  dan saya  khuatir  operasi ketenteraan yang berpanjangan  terhadap Afghanistan  akan  mengaibkan rakyatnya,  dan juga  keseluruhan umat Islam di dunia  ini..”  Presiden  Hosmi Mubarak daripada Mesir, dan  Pervez Musharaf daripada Pakistan telah pun  meminta Amerika Syarikat  menamatkan  kempen ketenteraannya  secepat  mungkin.

Kalaulah  serangan  keganasan  terhadap   Pusat  Dagang Dunia dan Pentagon dianggap  tidak sah, begitu juga  pengeboman hospital dan bekalan makanan (juga adalah salah sama sekali~webmaster)

Timothy Bancroft-Hinchey.
Pravda.Ru. Lisbon. Portugal.

Hits: