Mahathir Dicela Kerana  Mengada
(Malaysian PM rebuked  for threat to  UK gay ministers)

oleh: Nicholas Watt



Britain  mengeluarkan satu kenyataan  mencela  Mahathir, semalam,  setelah perdana  menteri  itu  mengugut  mahu  menolak ketibaan  sebarang  menteri  British   yang  hidup secara 'gay' daripada  melawat  negara ini  bersama  teman-teman mereka.

Dalam satu kenyataan  yang keras, Pejabat Luar  British telah berkata: "JackStraw menganggap  bahawa   kisah peribadi seseorang  itu  harus  dihormati." Kenyataan  beliau itu  dilihat  sebagai menyokong  Ben Bradwshaw  menteri luar   yang  diketahui berfahaman gay dan dijangka  berkemungkinan melawat  Malaysia.

Sumber Jabatan luar  bertegas,, Mr.Bradshaw  yang  bertemu denan Pesuruhjaya  Tinggi  Malaysia di London  beberapa minggu sejurus  perlantikannya  Jun  lalu, akan terus   berurusan  dengan  Malaysia.

Pertelagahan diplomatik itu   meledak apabila Mahathir mengugut menghalau  menteri-menteri British  seandainya mereka "melawat negara ini bersama  teman  mereka." Dalam  satu wawancara  program "Today" kelolaan  Radio 4, Mahathir yang  pernah  memenjarakan  bekas timbalannya  berasaskan  tuduhan palsu  kerana sodo** dan korupsi, berkata bahawa  tingkah laku homoseksual  tidak boleh diterima  di negara  Islam seperti  Malaysia. (tetapi memfitnah dan berbohong dan mencuri wang  rakyat  boleh - penterjemah)

"Rakyat  British  boleh menerima  seorang  menteri begitu  tetapi kalau mereka  tiba di sini dan membawa teman mereka bersama, kita akan  halau mereka  keluar," kata  beliau.

Peter Thatchell  memberi, seorang aktivis  gay, berkata  kenyataan  perdana menteri itu  tidak mengejutkan  memandangkan  rekod hak asasi Malaysia yang sungguh haprak. "Di Malaysia , satu hubungan  gay  yang  bertaraf  suka sama suka  boleh dihukum penjara  selama 20 tahun dan  sebat dan ini  merupakan  salah satu  hukuman  yang  paling  berat  di dunia  ini, menyangkuti  kisah  hubungan ga, " kata  beliau.

Mr. Thatchell  memberi amaran  betapa kenyataan Mahathir itu  menunjukkan   sifat  beberapa negara   yang terbabit dengan  pakatan sejagat  memerangi keganasan. Segelintir   sekutu  Britian adalah   bersifat "tidak stable, dan  ramai yang tidak boleh dipercayai."

"Nampaknya   perdana menteri Malaysia itu  cuba menunjuk-ajar  kerajaan kita  siapa yang patut  dihantar   sebagai  wakilnya  untuk  berurusan  dengan  mereka," kata Thatchell.

Para penyokong Anwar Ibrahim   telah  menolak segala tuduhan  yang  ditohmahkan terhadapnya, dengan bertegas  dia dipenjarakan  setelah dia  menunjukkan keberanian mencabar   perdana menteri  beliau.  Namun, Mahathir  mendakwa hukuman undang-undang  perlu dipatuhi.

"Kita tidak boleh  mempunyai seorang  timbalan perdana menteri  yang  berkelakuan begitu, dalam negara  ini," kata beliau. "Kerana itu kami bertindak. Di dalam negara  ini seorang  yang  homoseks tidak  boleh diterima  menjadi perdana  menteri."

Malaysia telah  mengutuk serangan September 11 keaas Washington dan New York. Tetapi Mahathir   yang kini diasak  dengan hebatnya oleh   parti Islam  yang  membangkang, enggan  menyokong  tindakan mengebom Afghanistan.

Kami tidak percaya   menyerang Afghanistan itu  akan  menyelesaikan masalah. Kalaulah  kami dilihat  memberikan  sokongan   kepada  Amerika  secara  berterusan, kami akan kehilangan sokongan, daripada  rakyat negara  sendiri. Mereka (Amerika)  mesti  mencari sebab kepada  masalah itu.  Orang tidak  mengorbankan diri mereka secara bersahaja. Tentu  ada  yang  mereka  perjuangkan."


tamat. SPAR.

Hits: