Keangkuhan FBI dan Sikap Berahsia Yang Menjijikkan
FBI arrogance and secrecy dismays US

Sesiapa pun belum didakwa kerana menyerang Amerika. Ketua FBI bercakap mengenai beberapa agen yang dikerahkan dalam kes ini, mengenai pintu rumah yang diketuk setiap hari, ribuan orang yang disyaki yang mereka tangkap dan sehingga kini mereka tidak pun memberi penjelasan kenapa mereka gagal untuk memerangkap sesiapa yang bertanggungjawab.
 
Kerana tertekan oleh segala kegagalan, Presiden Bush berura-ura membuat ucapan di TV minggu hadapan memberitahu apa yang sedang dilakukan untuk mempertahankan Amerika daripada serangan keganasan. Para datuk bandar, pemimpin kongres dan semakin ramai golongan rakyat Amerika dapat merasakan perlunya keyakinan in disuarakan mengenai apa yang sedang dijalankan oleh CIA dan FBI dalam hal ini.
 
Kegagalan siasatan in semakin menyenak. Himpunan bahan risikan menunjukkan betapa agensi risikan itu tidak pun tahu apa-apa mengenai kewujudan puak pelampau di antara mereka sebelum September 11 melanda, sehinggakan kini mereka tidak berupaya mengheret sesiapa ke medan penghakiman. Yang lebih mengkhuatirkan ialah kepercayaan popular bahawa rangkaian Osama Laden masih utuh dan bebas merencana serangan terhadap Amerika.
 
Inilah sebabnya Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan, menyampuk spekulasi apakah sasaran pengeboman Amerika seterusnya untuk memberi amaran: “Keutamaan kita ialah peperangan membasmi keganasan di tanah air sendiri.”
 
Dalam hal ini banyak perasaan yang mengatakan Amerika sedang dihenyak, sebenarnya. 
 
Dengan turut mengorbankan nyawa mereka dulu, 19 perampas pesawat dulu telah sengaja merencana keperitan di pihak penyiasat kesan-kerja mereka dengan menyediakan apa yang kini diakui pula sebagai kesan kerja yang mengelirukan sambil membuat penentuan tidak ada antara mereka yang masih bernyawa untuk mendedahkan siapakah ketua mereka.
 
Tertuduh utama masih dalam tahanan AS – seorang pelajar di London, Zacarias Mousaoui 31, sedang “dituduh menjadi perampas nombor ke-20” tetapi dia enggan memecahkan rahsia sejak dia menjerit kesukaan melihatkan tayang TV yang menunjukkan pesawat yang menghunjam dua menara di New York. Warga Peranchis itu telah ditahan oleh pihak Imigresen pada bulan Ogos tetapi FBI tidak membenarkan perisiknya menyelidik bahan isian komputer laptop miliknya yang mengandungi beberapa jawapan kepada persoalan mengenai misi September 11.
 
Scotland Yard (agen risikan British) telah merungut betapa sejak awal siasatan lagi, FBI telah sengaja berahsia dan membuat banyak angkara. Scotland Yard telah diberikan 400 nama orang untuk disiasat tetapi senarai itu mengandungi banyak kesilapannya dan FBI tidak pula menyebut kenapa orang-orang itu mesti diselidiki. Penangkapan yang paling penting ialah membabitkan Lotfi Raissi, 27, seorang juruterbang Algeria. Ketika pasukan anti-pengganas dihantar untuk menangkapnya, tidak ada sesiapa memberitahu mereka bahawa dia telah menjadi pelatih kepada empat orang pejuang rela mati dulu untuk menjadi juruterbang.
 
Setakat ini, Mr.Rissi telah dikenakan tuduhan hanya kerana gagal memberi maklumat pada borang permohonan untuk mendapatkan lesen juruterbang bahawa dia pernah menjalani pembedahan lutut dan pernah dihukum kerana mencuri sebuah beg.
 
Robert Mueeler, Pengarah FBI, memperakukan bahawa agensi beliau itu perlu diperbetulkan. “Memang jelas kami perlu lakukan sesuatu yang lebih bercorak proaktif dan bersifat lebih cenderung kepada penahanan,” katanya.
 
Mueller menyebut bahawa seorang antara setiap tiga orang agennya ditugaskan menyiasat maklumat yang diterima, tetapi dia enggan menyebut berapa ramaikah agennya yang ditugaskan dalam kes anthrax dan siasatan September 11. Sudah wujud perasaan kehampaan apabila para saintis tidak mampu membuktikan apakah jenis bakteria anthrax yang sama telah digunakan dan FBI masih tidak tahu siapakah yang mengirimkan surat melalui pos.
 
Yang menaikkan kemarahan penguatkuasa tempatan ialah keangkuhan FBI tidak mahu mendapatkan pertolongan. Martin O’Maalcy, datuk bandar Baltimore , berkata: “FBI mempunyai seramai 7,000 petugas yang menyiasat. Kami mempunyai 650,000 petugas yang bersedia membantu.” Ketua jabatan polis mengadu bahawa FBI enggan berkongsi maklumat dengan mereka.
 
Minggu lalu, tercetus kegemparan di kalangan agensi siasatan di Eropah, apabila FBI membuat pengumuman bahawa ia telah hilang-punca dalam siasatan mereka dan semakin yakin bahawa kunci operasi utama kumpulan Al Qa'eda wujud di Jerman. Namun, segala penangkapan di Britain, Peranchis, Belgium, Sepanyol dan Jarman menunjukkan hampir semua sel kumpulan itu tidak pun tahu-menahu akan kejadian September 11.
 
Presiden Bush cuba berlagak wujudnya aktiviti yang rancak apabila dia membuat pengumuman terhadap orang yang disyaki sebagai musuh ketat Amerika, yang diketuai oleh Osama Laden, bulan lalu. Kerancakan muslihat itu akhirnya terdedah dengan kegagalan FBI menyebut di manakah mereka yang ditangkap itu sedang ditahan.
 
Ketika Condoleezza Rice, penasihat majlis keselamatan negara, ditanya kelmarin kenapa Presiden Bush mahu berucap mengenai “keselamatan tanah air”, dia menjawab: “Dia beranggapan adalah penting meyakinkan rakyat Amerika agar mereka sedar bahaya serangan yang mengancam kita dan segala kemajuan usaha kita menanganinya.” Pungutan suara pendapat (opinion polls) menunjukkan betapa sebilangan besar rakyat Amerika sedang dihantui ketakutan apa pula yang akan dilakukan oleh orang-orang Osama Laden kepada Amerika selepas ini. 

Hits: