Alat  Radio British  Yang  Ketinggalan  Zaman

Army radios  are utterly  useless, says UK officer

Ken  Sengupta   3 November 2001.

 

 

Angkatan  tentera   British telah  membuat aduan  betapa  mereka  menghadapi masalah besar  untuk  berkomunikasi  sepanjang  latihan tentera di Oman, yang dianggap sebagai satu  latihan rapati untuk  serangan  darat  Perang Afghanistan.

 

 

Seorang  pegawai mendakwa sekitar 85 unit  radio  dalam kereta kebal dan kereta perisai  tidak berfungsi sepanjang  Exercise Saif Sareea II, membuatkan sistem komunikasi itu  tidak layak digunakan  untuk pertempuran.

 

Major  Charles Heyman, seorang penganalisis  ketenteraan  yang merupakan editor  Jane’s World Armies,  menyebut kadar  kegagalan itu  sebagai  “begitu tinggi dan amat menakjubkan”.

 

Major Heyman berkata, walau pun   serangan darat di Afghanistan  berkemungkinan  tidak memerlukan  pasukan  kereta kebal, kempen  itu berkemungkinan  memerlukan  penggembelingan  kereta kebal secara besar-besaran  apabila berakhirnya  musim sejuk.

 

 

Kelengkapan radio  yang  telah digunakan sejak  1960-an dulu, memang patut  digantikan dengan  set Bowan yang  bersifat hi-tech, tetapi  mengikut  Major  Heyman,  penggantian itu sengaja  ditangguhkan  sehingga  akhir tahun depan kerana kerajaan  mahu  membuat  beberapa penelitian lagi. (Alahai...kerajaan British pun sedar  kereta kebal yang masuk Afghanistan tidak akan pulang  semula  seperti  kelengkapan  Russia  dulu...-penterjemah)

 

Semalam pegawai di kementerian pertahanan  membuat   pengakuan  bahawa sistem komunikasi  yang baru akan disediakan  seandainya  operasi  darat  di Afghanistan  bermula.

 

Sistem Bowman memerlukan  12 tahun  untuk dimajukan dengan belanja  sekitar 330 juta  pound sterling, demikian  laporan  National Audit Office.  Sumber  pertahanan itu menyebut, bahawa  kalau  pasukan Afghanistan  itu dibekalkan kelengkapan itu, bererti  pasukan  di tempat lain akan dinafikan  peluang  menggunakannya.

 

Seorang  pegawai menyebutnya semalam, “Kalulahkita  berperang  hari ini, kita  tidak mampu bertahan. Radio yang ada  memang tidak berguna. Kadar  kepupusan sungguh mengejutkan membabitkan 85 unit radio. Kalaulah saya   perlu  beroperasi dengan kereta kebal   selama seminggu, saya perlu  sekurang-kurangnya   tiga hingga empat set radio dan  mungkin jua 10 set untuk meyakinkan diri.

 

“Radio yang baru itu hanya akan  siap  satu tahun lagi. Kalaulah kita  terpaksa berperang  tahun ini ataupun tahun depan, tentu  banyak masalah yang serius. Memanglah kami akan menerima  bantuan, tetapi ini  bererti  terpaksa  mengambil set  yang lain daripada  bahagian ketenteraan  yang  lain.”

 

Semua radio itu  dikatakan boleh berfungsi  di barat, tetapi  mula meragam  apabila kena hembusan  angin  berpasir  di Oman.

 

Set radio  buatan  Clansman  memang digunakan di  kereta kebal jenis Challenger 2, kereta  pengangkut  APC Warrior,  Landrover dan  trak CVRT. Hampir semua  radio dalam Challengers  sudah pun jahanam, mengikut  laporan  pegawai yang   turut serta dalam latihan operasi    itu.

 

Tamat SPAR

Hits: