Jihad: Muslihat putarbelit mencari berita sensasi
Jihad: desperate scoop in search of a story

Oleh: Mark Baker. 3 November, 2001

Australia menjadi kaget dengan berita bahawa puak Taliban di Afghanistan telah melancarkan jihad terhadap Australia. Sejauh mana berbisanya ugutan itu sehinggakan digembar-gemburkan oleh Perdana menteri John Howard, menjadikan perkara itu satu bahan yang melucukan.
 
Komen yang datang daripada duta Taliban di Pakistan, Mullah Abdul Salam Zeef - yang disebutnya disebabkan suasana soal-jawab media dan bukannya bersifat sukarela - tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk ugutan akan adanya serangan balas keganasan terhadap Australia.
 
Disebabkan kekurangan khidmat penterjemahan, kenyataan Mullah Zaeef itu hanya membawa erti begini: sebarang negara yang turut serta pakatan menentang kami adalah merupakan musuh dan kami akan perangi mereka seperti musuh di medan perang kerana menganggap mereka sebagai musuh yang menyerang agama kami.
 
Alangkah menghairankan. Tidak ada pun sebarang ugutan Taliban mengugut serangan keganasan terhadap Amerika, apalagi sekutunya yang kecil itu. Walau pun Taliban telah merelakan negara mereka dimusnahkan gara-gara pendirian mereka menyembunyikan Osama bin Laden, kalau ada pun jenayah di pihak mereka, ia adalah bersifat meredakan keadaan. 
 
Wawancara yang memungkin berita sensasi daripada Mulla Zaeef itu adalah kali ketika untuk media Australia yang semakin tertekan untuk mencetuskan berita sensasi untuk santapan pembaca dalam negara. Tiga minggu dulu, Mullah Zaeef telah ditanya “soalan yang berbau jihad itu”, beliau menjadi gugup memikirkan apa kenanya Australia dengan bom yang menghujani bumi Afghanistan, dan telah tergagap sesuatu mengenai Amerika yang merupakan musuh Afghanistan sebelum meneruskan majlis itu.
 
Awal minggu lalu, ketika pasukan perang Australia mula bertolak daripada Sydney, seorang wartawan TV komersial telah mencubanya lagi. Pada kali ini Mullah Zaeef – telah disambut dengan hilaian ketawa masyarakat media antarabangsa - apabila dia menjawab: “Amerika ialah satu kuasa besar. Amerika sudah pun menyerang Afghanistan: kita tidak perlukan Australia.”
 
Sambil puak Taliban meneruskan doanya meminta Allah melaknati askar asing yang menjejakkan kakinya di bumi Afghanistan – satu ugutan yang sudah pasti menyeluruhi sekitar 150 askar komando Australia yang dijangka terlibat dengan peperangan itu – perkara ini seharusnya tidak menjadi bahan berita kepada sesiapa. 

Hits: