Tazkirah ( 28 ) : Peranan Sufi Dalam Gerakan Islam

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanyasanya layak untuk Allah s.w.t. sahaja, Tuhan seru sekalian alam. Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, serta keluarganya.

Saya ingin mengulas dua perkara sebelum kita meneruskan siri pengajian kita dari buku yang sama.

Pertama : Dua- tiga hari yang lalu, sebagaimana yang kita sudah maklum bahawa dua buah helikopter Tentera Syaitan Amerika Syarikat telah jatuh di bumi Afghanistan. Ianya telah mengorbankan lebih dari 50 nyawa ashkar Amerika. Helikopter yang pertama jatuh disebabkan cuaca yang    " buruk " iaitu hujan        ( menurut berita ). Manakala helikopter yang kedua pula telah ditembak jatuh oleh Tentera Taliban, apabila ianya cuba menyelamatkan askar-askar dari helikopter yang pertama. Yakinlah kita bahawa pertolongan Allah s.w.t. telah diberikan kepada Tentera Taliban seperti mana Allah s.w.t. telah memusnahkan Tentera Kafir Laknatullah semasa berlakunya Peperangan Khandaq. Angin ribut telah melanda tentera-tentera Kafir Mekah dan sekutu mereka. Melalui tazkirah saya yang ke 15, saya telah memetik satu ayat dari Al-Quranulkarim. Saya pada masa itu(19 Sept.2001)yakin bahawa janji-janji Allah s.w.t. akan berlaku. Nah! hari ini kita sama-sama telah saksikan sendiri apa yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Allahuakbar !

Firman Allah s.w.t. : ( Terjemahan ) " Dan golongan (angkatan perang )kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikit pun, sekalipun lebih ramai ( yang demikian itu adalah kerana ) sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang beriman ". ( Surah Al-Anfal : 19 )

Kedua : Saya telah banyak menggunakan perkataan syaitan di dalam penulisan saya, seperti Syaitan Tua, Tentera Syaitan juga Kaum Abdullah b. Ubaiy. Kata-kata ini bukanlah kerana saya suka menggunakan kata-kata kesat sebaliknya saya cuma memetik apa yang telah diberitahu oleh Allah s.w.t. kepada kita di dalam al-Quranulkarim.

Sila lihat ayat-ayat di bawah ini:

Ayat yang menceritakan Kaum Abdullah b. Ubaiy iaitu Kaum Munafik supaya kita menjauhi mereka dalam perjuangan menegakkan Islam.

Firman Allah s.w.t. : ( Terjemahan ) " Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam ".  ( An-Nisa' : 140 )

Ayat yang memperingatkan kita supaya berwaspada terhadap tipu-daya syaitan bagi menyelamatkan kita    di dunia dan di akhirat.

Firman Allah s.w.t. : ( Terjemahan ) " Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ".   ( Al-Baqarah : 168 )

Ayat yang mengklasifikasikan siapakah yang di 

Firman Allah s.w.t. : ( Terjemahan ) " Dan demikian pula, Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh-musuh, iaitu syaitan-syaitan ( dari jenis ) manusia dan ( dari jenis ) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu( manusia ). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, kerana itu tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. Dan ( juga ) agar hati kecil orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu, merasa senang kepadanya dan supaya mereka mengerjakan apa yang mereka ( syaitan ) kerjakan ". ( Al-An'am : 112,113 )

Kita akan membicarakan Bahagian Ketiga iaitu: ZUHUD DALAM KEHIDUPAN.

Ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah, sama ada ayat Makkiyyah yang diturunkan di Mekah atau ayat Madaniyyah yang diturunkan di Madinah banyak memperkatakan tentang perilaku dan kehidupan manusia. Di antara ayat-ayat tersebut terdapat cermin perbandingan yang sungguh menarik tentang hakikat dan realiti kehidupan sebenar, kerana kehidupan yang diharungi oleh manusia di atas dunia ini merupakan faktor atau penyebab mengapa manusia mendapat kebahagiaan di hari akhirat nanti ataupun sebaliknya.

Firman Allah Ta'ala: ( Terjemahan ) " Perumpamaan kehidupan dunia ini bagaikan air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuh bermacam-macam tanaman di bumi yang dapat dimakan oleh manusia dan binatang ternak, setelah bumi memakai perhiasannya yang indah kelihatannya, para petani mengira akan dapat memetik hasilnya, maka datanglah perintah Kami di waktu malam atau siang lalu Kami jadikan bumi bagaikan ladang yang sudah dituai, seakan-akan kelmarinnya tiada apa-apa, begitulah Kami jelaskan keterangan-keterangan kepada kaum yang berfikir ". ( Yunus : 24 )

Contoh perbandingan yang dikemukakan di dalam ayat ini amat tepat sekali dan ayat ini juga mengandungi uslub yang menarik dan corak pengolahan susunan ayat yang bergaya, ditambah pula corak perbahasan yang simple dan mudah difahami. Makna atau maksud yang hendak disampaikan itu jelas kelihatan melalui deretan ayat yang dibariskan, tidak mengandungi unsur-unsur kekaburan dan tidak berbelit-belit dan juga tidak mengandungi unsur-unsur kekeliruan.

Apa yang menarik di dalam ayat ini ialah paparan kehidupan yang hendak ditonjolkan dan sorotan hidup yang dibuat melalui cermin perbandingan yang amat sesuai dengan fenomena alam semula jadi, bahawa kehidupan di atas dunia ini tidak ubah seperti air hujan dari langit yang turun mencurah-curah ke perut bumi. Ianya memberi manfaat kepada manusia dan binatang ternak. Air hujan yang turun itu juga dapat membantu manusia mengusahakan tanaman, di mana hasilnya amat mengagumkan perasaan hati para petani. Lalu Allah mendatangkan seksaan yang berupa bala dan malapetaka yang memusnahkan tanaman tersebut dengan sekelip mata sahaja.

Perumpamaan yang dipaparkan itu merupakan penjelasan atau penghuraian secara lanjut terhadap konsep kehidupan sebenar yang perlu dihayati oleh setiap manusia. Manusia memerlukan masa yang lama untuk membina program keimanan, memerlukan beberapa detik waktu untuk beramal dan berjuang di jalan Allah. Ianya memerlukan penghayatan ilmu pengetahuan dan kefahaman yang rapi bagi membentuk amalan hidup yang benar-benar diredhai Allah. Tetapi, untuk memutuskan simpulan tali akidah atau meruntuhkannya tidak memerlukan masa yang panjang atau batas waktu dan ketika, hanya dengan beberapa patah perkataan sahaja sudah cukup menjadikan seseorang itu kufur.

Nauzubillah.......!

Sebab itulah, perlunya penghayatan hidup yang kuat dibina di dalam setiap diari kehidupan manusia dan kefahaman secara langsung terhadap manhaj ILAHI dengan meletakkan konsep kezuhudan itu sebbagai asas dalam aktiviti kehidupan dan amalannya. Konsep kezuhudan ini merupakan suatu peradaban manusia dengan Tuhannya ketika menunaikan amal ibadat dan ketika menjalankan tanggungjawab yang telah ditetapkan. Sesungguhnya manusia memerlukan kekuatan rohani sebagai benteng untuk mempertahankan bisikan syaitan laknat yang datang mengusik jiwa.

........bersambung lagi, Insya-Allah.

H.M.Subuh

Hits: