Perundingan Rahsia Iran

(Iran, Taliban hod secret  negotiations)

By Julian West, Islamaabad. Isnin 5 November, 01.

(http://www.theage.com.au/cgi-bin/....)

 

 

Iran dan Taliban telah pun  mengusahakan  satu  rundingan rahsia  dalam  ura-ura  menyekat kemunculan semula bekas  raja Afghan, Zahir Shah yang  telah  menetap di luar  negara.

 

Taliban telah  membuat  dua  lawatan  rasmi  ke Teheran  sejak tiga minggu lalu  berbanding  satu  lawan rahsia  perwakilan Iran  ke  Kabul.

 

Iran dipercayai telah menawarkan  bekalan senjata  dan  dana  untuk kepulangan Gulbuddin  Hekmatyar, seorang bekas  ketua  mujahidin, yang telah   lama mendapat suaka politik  di Iran  dan  bersedia  mengangkat  senjata  untuk   menyekat  kepulangan  bekas raja  itu.  Para pegawai Iran juga  membincangkan  masalah  bekalan minyak  kepada puak Taliban.

 

Mesyuarat  dua  pihak itu telah diperakukan oleh  seorang  menteri  kanan kerajaan Taliban  dan seorang  diplomat Taliban  minggu  lalu,  memberikan bayangan  wujudnya  peralihan  dasar   Iran   daripada  menyokong  puak anti-Taliban yang juga  dikenali sebagai  pakatan  Utara.

 

Fahaman radikal Taliban  yang  berpaksikan  ajaran Sunni memang  dianggap bercanggah  dengan  versi Shia fahaman  Iran.

 

Pada satu ketika dulu, Taliban kerap  menghukum golongan minoriti Shia di Afghanistan dan  kedua  negara  itu pernah   bertelagah begitu sengit sehinggakan mereka hampir  berperang  setelah lapan orang  diplomat Iran dan seorang wartawannya didapati terbunuh  dikerjakan oleh  askar Taliban di  Mazar-e Shariff.

 

Keadaan sengit itu menjadi dingin  apabila satu rombongan Taliban  yang diketuai oleh Wahid Mazhada,  ketua pentadbir  di  Kementerian  Hal Luar,  di  Kabul, pergi ke Iran tiga minggu  lalu  menyatakan kekesalan dan  meminta  maaf dan  juga  sokongan.

 

“Teheran memang tidak akan menerima  puak Taliban tetapi  ia  telah hanya  melabur  di  negara  ini  dan tidak mahu  melihat  penubuhan sebuah kerajaan  yang pro-Amerika  berjiran  dengannya,” demikian pendapat  seorang pemimpin agama  Pakistan yang rapat  dengan  Hekmatyar.

 

Iran telah membalas   lawatan itu  dengan menghantar  satu  perwakilan  ke  Kabul  bulan lalu. Satu lagi rombongan  Taliban  yang dipimpin oleh Mullah Zain Mohammed,  timbalan  menteri pertahanan  Taliban  sedang  berada   di  bandar  Mashad, Iran.

 

Pakistan dan Iran  memang  telah  lama  bersinggit  untuk  mempengaruhi Afghanistan  dan  setiap  negara  itu  mempunyai  kumpulan  tersendiri ketika  berlakunya  peperangan  menentang  Soviet union.

 

Puak Taliban  tentu tidak berjaya menguasai  Afghanistan tanpa  bantuan Pakistan, namun  keputusannya  (Pakistan)  menyokong  Amerika  selepas episod  September 11,  telah  menjadikan  segala opsyen  itu terbuka  menganga.

 

Tamat.SPAR  

Hits: