AS takutkan   kebangkitan revolusi di Arab Saudi

(US fears Saudis on brink of revolution)

 

By:   Elaine Sciolino. Isnin  5 November 01.

http://www.theage.com.au/.....

 

 

Pembentuk dasar di Washington sudah  mula membisikkan soalan dan inilah yang semakin lantang  diulangi oleh  para  petugas media: Apakah  Arab Saudi   berkemungkinan  meledak  disebabkan   revolusi rakyat   ala Iran?

 

Sejak  meledaknya  pengeboman   pengganas  yang mengenai berek tentera  di Khobar pada  1996, yang membunuh 16   warga  Amerika,  puak CIA telah  semakin curiga   bahawa Amerika Syarikat   berkemungkinan  kehilangan  sekutunya  yang  paling akrab di  Teluk  Farsi. Seolah-olah kehilangan itu  akan  menyerupai  kisah AS kehilangan Iran  pada 1979  apabila  revolusi rakyat  yang berpaksikan  semangat  keIslaman  menghumbankan  monarki  Shah  Pahlawi.

 

 

“Istana  Saudi  sudah semakin tertekan,” kata Professor Mamoun Fandy, daripada   National Defence University, Washington.  “Kumpulan  Islamia berpendapat keluarga  Saudi  telah   menjual martabat  negara  kepada  orang Amerika sedangkan  Amerika  berpendapat Istana Saudi  sudah  memberi muka  kepada  kumpulan pengganas.

 

“Ini yang membuatkan perasaan  bercelaru  mengenai  kepercayaan – kalau   anda tidak puas hati  dengan Arab dan Washington, bererti  anda  terpaksa  bertindak sendirian.”

 

Tetapi apakah itu sudah boleh menjadi asas  akan bangkitnya  revolusi  popular  atas  nama  Islam?

 

Terdapat  ada kesamaannya  antara  Istana  Saudi  dengan  dinasti  Phalavi  di  Iran  satu  ketika dulu.

 

Seperti  zaman pra-revolusi  di Iran, Saudi Arabia  merupakan satu kerajaan  yang  autokratik,  diperintah oleh  satu  monarki  yang  kaya  dengan hasil minyak di mana  penduduknya  beragama Islam. Pemerintah  terkenal kerana  korupsi dan  pembaziran, tidak  menyenangi demokrasi,  dianggap  mudah  membantah  kepada  tunjuk-ajar  Washington.  Namun, ia  amat bergantung  kepada   kelengkapan perang Washington,  dan dikritik hebat oleh  penentangnya  yang hidup sebagai  orang buangan  dan  oleh  segelintir  kumpulan ulama  kerana  tidak  mengamalkan  fahaman Islam  secukupnya.

 

Tetapi, Shah Phalavi dulu  merupakan seorang  raja  dan pemimpin  yang  keseorangan, sedangkan Saudi  mempunyai  kuasa  yang  diagihkan  kepada   beberapa  keluarga di raja. Ramai  di kalangan   7000 ahli  istana Sau memegang  kedudukan  politik  penting.

 

Shah Phalavi  telah taksub  menu  menukarkan wajah Iran  menjadi  penjilat kemodenan dan  mencetuskan  masyarakat  yang sekular; sedangkan  istana Saud memegang teguh  ajaran  Islam  yang  dikatakan  berfahaman  konservatif..

 

Iran  mempunyai  catatan sejarah  wujudnya  satu tradisi  kebangkitan  yang  aktif bersandarkan semangat  nasionalisme. Perkara  begini belum muncul  di  Arab Saudi.

 

 

Mungkin secara  penting  lagi, Putera Abdullah  yang  kini menjadi  Tengku Mahkota  Saudi dianggap  sebagai orang  yang  alim, tidak mudah  disogok oleh  Washington.

 

 

“Suara  yang  paling lantang bersendikan nasionalisme dan   mahukan  dasar ketelusan  dan tidak korup itu  berdepan dengan Washington,  merupakan suara  nasionalisme  yang  paling  hebat  dan  kuat.

 

Kedua-dua  Ohrunlik dan Fandy  berpendapat  bahawa  keadaan  di Arab Saudi  tidaklah  begitu  goyah  kalau diingatkan kembali  peperangan Teluk dulu. Tetapi, para pemimpinnya  telah semakin ketandusan sokongan  berbanding   penentangan  yang  meluas  kepada  pemerintahan  mereka  itu.

 

Tamat.SPAR.

Hits: