Taliban  Pernah  Bersedia Menyerahkan Osama Laden   Pada1998

(Taliban Agreed Bin Laden  Handover  in  1998)

 

Oleh: Brian  Whitaker. 5/11/01.  The Guardian

 

 

Pemimpin Taliban  Mullah  Mohammed  Omar, pernah  membuat  persetujuan tiga  tahun dulu untuk  menyerahkan Osama bin Laden, tetapi menukar fikiran  setelah  peluru berpandu AS  menyerang mereka. Demikian kisah yang  diceritakan oleh  bekas ketua  risikan Arab Saudi semalam.

 

Dakwaan  itu  dibuat oleh Putera Turki al-Faisal, berkemungkinan mempertikaikan soalan  kenapakah  tidak  diusahakan  rundingan   untuk  mendapatkan Osama  Laden  sebelum dilancarkan serangan bom di Afghanistan.

 

Dalam  satu  temu bual dengan Arab News, Jeddah,  dan  MBC TV  kepunyaan  kerajaan Saudi, Putra Turki  menceritakan bagaimana  beliau  membuat dua  lawatan  rahsia di Kandahar,  yang pertama sekali pada  Jun 1998.

 

“Raja Fahd dan  Putera Mahkota  Abdullah  telah  menghantar saya  menemui Mullah  Omar  untuk  memujuk beliau  menyerahkan  Osama Laden kepada  kerajaan  kami, “ katanya.

 

“Mullah Omar  meminta  saya  memberitahu  raja  dan  putera mahkota   bahawa dia  sudah  bersedia  menubuhkan satu   jawatankuasa  bersama  untuk mengatur  acara  penyerahan  itu.”

 

Satu  kemungkinan kenapa   Taliban sudah bersedia  menyerahkan  Osama Laden  ialah pada  waktu itu  mereka sudah   tidak berminat   dengan kehadiran beliau  lagi.

 

“Ketika   mereka  menguasai  Jalalabad pada  1996,  Osama  Laden sudah pun ada  di situ, dilindungi  oleh Sheikh Yunus Khales,  seorang  bekas pemimpin  Mujahidin,” jelas  putera Turki..

 

Setelah menguasai kawasan itu, Taliban  berjanji   mengawal  Osama Laden tetapi gagal. Pada  Ogos 1998,  penyokong  Osama  laden,  mengbom dua  kedutaan  AS  di Nairobi dan Daressalam, yang mengorbankan  beberapa  ratus  nyawa.  Sejurus  kemudian, AS  lancarkan pengeboman   menyerang Afghanistan dan Sudah  yang mengakibatkan  terbatalnya  rencana  Mullah Omar.

 

Putera  Turki  pergi semula  ke  Kandahar   pada  September  berikutnya, tetapi  menyatakan beliau  menyesal dengan tindakannya  itu. Mullah Omar   menukar  pendiriannya  dan  mengutuk Arab Saudi sambil berkata, “Saya tidak ada pilihan  selain  membatalkan  perundingan.”

 

Putera Turki yang telah  dilucutkan  jawatannya   pada  Ogos 31, sudah lama  melibatkan diri  dengan  hal ehwal Afghan  sejak  Soviet  menakluk Afghanistan  pada  1979.

 

Ada  desas-desus   ketika beliau disingkirkan  itu   mengatakan AS tidak berapa   selesa  dengan hubungannya  dengan Taliban  kerana  kegagalannya   mendapatkan  Osama  Laden  menyerah  diri.

 

 

Tamat. SPAR

Hits: