10 bungkusan mayat  AS  tiba di Pengkalan  Shahbaz

(10 US troops’ bodies  reach Shahbaz Base)

 

Karachi (Online)     Mayat 10  askar  AS  yang terbunuh  dalam pertempuran  dengan  pejuang  Taliban dilaporkan telah dibawa  ke  Markas Tentera  Udara  Shahbaz dengan  helikopter  tentera  yang  mendarat pada   malam Ahad dengan  lampunya  tidak dinyalakan.  Berita  daripada  Jacobabad menyebut bahawa  mayat itu dibawa  untuk  persediaan  membekukan  mayat itu sebelum dihantar pulang  ke  AS.

 

“Helikopter  besar kepunyaan  tentera  Amerika   mendarat  tanpa  lampu  dan dipandu oleh  kilauan  lampu suloh sahaja  supaya  penduduk  setempat  tidak dapat  mengecam  mereka,” demikian  laporan  sumber. Mayat  itu kemudiannya  diterbangkan  ke  Karachi  untuk diterbangkan  ke  Amerika Syarikat. Pengkalan Shahbaz digunakan oleh AS. Walaupun  Pakistan   menafikannya.  Laporan  ini tidak disahkan oleh  pihak rasmi kerana  mereka  tidak dapat  dirujukkan untuk pengesahannya.

 

–tamat-

Hits: