Doktor  Islam  Bertugas  Memerangi  Perasaan  Jahat

(Muslim doctors  work to  counter  ill feelings)

Oleh  Peter Simunovich.  Newsday.com : “Labouring  to heal”

 

 

Tiga hari selepas   Pusat Dagang  Dunia  diserang, Abu Yousuf, seorang beragama Islam adalah di antara  pemimpin pelbagai anutan agama  yang  berkumpul untuk  sama berdoa  di  Coney Island Hospital..

 

Dia mulakan  doanya dengan  menyebut “Bismillah...,” dan ketika itu   semua  yang hadir  menundukkan  kepala  mereka.  Yousuf, 33,  adalah seorang  ‘radiographer’di hospital itu, dan mengangkat muaknya  untuk melihat  reaksi  yang hadir.

 

“Ketika saya mengangkat  muka  memerhatikan  sekeliling, saya  nampak semua orang  menundukkan  kepala  mereka, dan ini sungguh menyayat  hati,” kata  Yousuf. “Semua  orang merasa sedih  mengenangkan  orang  yang terkorban," katanya  secara  perlahan.

 

“Semua  orang  merasa sedih  dan majlis  itu  berjaya  menyatupadukan  semua  orang  di hospital  itu. Wujud  sepakatan  ketika  itu,” katanya.

 

Hampir  500 orang   menghadiri upacara  di hospital itu  menyambut seruan  Presiden Bus   untuk diadakan upacara  berdoa   dan  mengingati  serangan  di New York, Pentagon dan Pennsylvania.

 

Kejayaan  upacara  agama itu  memperteguhkan semangat  kesatuan  di kalangan warga  Islam di hospital itu, terutama sekali dengan  wujudnya satu ruang  untuk bersolat  di  hospital  itu sejak  beberapa bulan yang  terdekat.

 

Kengerian  serangan itu  menghenyak  kerisauan   warga  Islam  secara  amnya. Satu  hari selepas  serangan  itu, Yousuf yang berasal  daripada  Bangladesh, dapat  mendengar  cemuhan dan kemarahan   segelintir manusia   ketika dia  pergi bersolat  di  sebuah masjid berdekatan  tempat tinggalnya  di  Brooklyn.  “Mereka  menghina  saya,” katanya.

 

Dr. Muhammad  Hossain, 45,  yang juga  berasal  daripada  Bangladesh, dan  seorang doktor pakar di hospital itu,  telah turut  merasakan tempias peristiwa ngeri itu, sehingga menjejas  keselamatannya. Beg  miliknya  diperiksa  di pintu masuk hospital – satu  perkara  yang  belum pernah dialaminya.

 

“Semua orang  merasa tegang  sejurus  serangan  itu,” kata  Dr. Mohammad I. Uddin, 37  seorang  doktor pakar  daripada  Bangladesh.  “Peranah  berlaku  apabila seorang  wanita yang memakai hijab berada  dalam  lif bersama  anaknya telah diejek oleh dua orang  muda  yang  menyebabkan beliau  merasa  tidak selesa.’

 

Lebih 100   orang  beragama Islam  bertugas di hospital itu dan ramai   doktor  yang menceritakan pengalaman  mereka  yang bercampur-baur – daripada  simpati  kepada  kebencian – daripada  kakitangan dan  para  pesakit  sejak  peristiwa   September 11.

 

Dr. Khaja Mohsin 26, seorang  doktor  daripada India,  berkata  dia  telah  bercakap dengan  pesakit  yang  memahaminya dan  menambah,  “Kami  pun turut  merasakan keperitan   itu  dan  kami terpaksa  menyebut betapa   episod  itu  adalah  satu tragedi  yang dahsyat.  Ramai juga orang  Islam yang mati  di Pusat Dagang  Dunia.”

 

“Di masjid, kami telah mengumpulkan derma  untuk mangsa  dan  juga  mendapatkan derma darah. Kami  bersatu  dalam  perkara ini  dan  menghadapinya  secara  bersama,” kata beliau.

 

Brian palmer,  ketua   eksekutif  hospital itu, menyebut kisah  seorang  petugas wanita  yang  telah dinasihati  oleh  ibunya  agar  menanggalkan  hijab yang menjadi  pakaian hariannya sebagai  satu  car  mengelakkan  kemungkinan beliau  diserang  dan diaibkan.

 

“Di menjadi  tertekan  dengan nasihat itu, dan berbincang  dengan suaminya yang  menyuroh isterinya  membuat keputusannya  sendiri. Wanita itu  terus  mengenakan  pakaian hijab itu.  Mujur  tidak ada  sesiapa  mengacaunya  dan  ini telah  menggembirakan beliau,” kata  Palmer.

 

Serangan ngeri itu telah  menjejaskan perasaan Yousuf. “Saya terkejut dan  gementar   ketika ia  berlaku. Saya tidak mampu  berdiri di hadapan TV dan  melihatnya dengan para pesakit kerana  ia sungguh memalukan. Kita orang Islam  bukannya  seperti   itu.”

 

Uddin menambah; “ Kalau ada sesiapa  yang  tertekan kita orang Islam  mesti menolongnya  dan kalau ada sesiapa  yang  ditekan kita  mesti menolong juga. Orang  Islam tidak boleh  menebang pokok  ataupun  membunuh  haiwan sesuka  hati tanpa sebabnya.”

 

Uddin  juga  terharu dengan   beberapa  pesakit  yang  memahami  masalahnya dan  bertanya  mengenai keselamatan keluarganya.

 

“Orang Islam dimestikan  bersolat  lima kali  sehari dan sejak Sep. 11  kita telah berdoa  kepada Allah  untuk  membantu  mangsa dan negara ini  yang terjejas  kerana serangan  itu,” kata Dr. Abdul Rahman, 36, seorang pakar  perubatan  daripada  Bangladesh.

 

Yousuf yakin bahawa  satu   cara  memperbaiki  kefahaman  terhadap  agama mereka  ialah dengan  mengadakan  lebih banyak majlis  pertemuan. “Adalah menjadi tugas kita  untuk  menerangkan   ajaran  agama Islam kepada  mereka  yang  belum memahaminya,” kata beliau.

 

Tamat SPAR

Hits: