Chomsky Kutuk AS, dan Rekod Hak Asasi India

oleh:  Jawed Naqvi.

 
(Awas: Ini adalah  terjemahan spontan. Sila edit  ejaan)
 
New Delhi November 5:   Pengkritik  AS  dan  seorang   ilmuan terkenal Prof. Noam Chomsky  telah  mengutuk  AS  dan India   kerana  rekod  hak asasi  mereka, pada  Isnin   lalu, sambil menuduh satu pihak sebagai   negara  pengganas  terbesar di dunia  dan satu pihak  lagi sebagai  penghalang hak kebebasan  berdemokrasi  rakyat Kashmir.
 
Berucap kepada  satu  kumpulan pendengar   yang tidak diduga besarnya  di sebuah majlis   persidangan  anti-perang  di New Delhi, yang mengandungi sekitar 3,000  pelajar universiti, pekerja   kesatuan sekerja,  aktivis sosial dan  para ilmuan, Chomsky  mengumumkan betapa  keganasan yang sebenarnya  dilaksanakan untuk mengganyang  masyarakat  Afghanistan yang tidak berdosa  oleh  kumpulan  ganas  sebenar itu. Beliau telah  menyebut  angka  terbitan  PBB  yang menyebut  sekitar  satu  hingga  dua  juta  manusia  akan  terkorban  disebabkan kebuluran  yang dicetuskan  oleh   peperangan  Amerika  mengganyang  Osama  bin lade.
 
Kenyataan  Chomsky ini  mengekori  lawatan  Setiausaha  Pertahanan AS  Donald Rumsfeld yang  menjelaskan dengan tegasnya   kepada  New Delhi dan Islamabad  semasa  lawatannya  itu yang mahukan  pengeboman  AS itu  diteruskan sepanjang  bulan Ramadhan  yang akan dijadualkan  akhir bulan ini.Walaupoun Rumsfeld  tidak mahu  terbabit secara  terbuka  dengan   perbincangan  mengenai Kashmir, Chomsky telah  menyatakan  perasaan marahnya  sekurang-kurangnya  dua  kali.
 
"Bagaimana pula  kalau kita  mengkritik  kerajaan  yang  melaksanakan  keganasan  secara  jelas," tanya Chomsky  ketika  mengulas  peranan media  dalam  menyiarkan berita  sensasi bagi pihak  kerajaan  mereka. "Cuba  kita  andaikan beberapa  kumpulan   hak asasi  manusia  terkemuka  dunia  seperti  'Human Rights Watch dan Amnesty International'  mempunyai  berkajang-kajang  maklumat dan  berita  mengenai   gelagat  keganasan India  terhadap Kashmir  dan  di mana  sahaja.'
 
Dia  mengaitkan  kempen pengeboman  ganas Washington  di Afghanistan  kepada  pelbagai dasar luar  Amerika   termasuk  program pertahanan  menggunakan  pesawat anti-peluru  berpandu, dengan menyebut  betapa  pengawalan  udara  dengan kekuatan  tentera  dan  penyerangan  ke atas Afghanistan  adalah merupakan sebahagian satu  rencana  hegemonikstik .
 
"Kalau kita  menyorot  abad ke-19, Britain  merupakan satu kuasa  bedebah  yang utama. Di bahagian  terakhir  abad ke-20, AS menjadi terunggul  dalam perkara  ini  dan bertindak  sama  kurang  ajarnya  semacam  yang  lain.  Saya  tidak fikir ia akan mudah terlepas  daripada kerja  bedebah  itu," demikian Chomsky  memberitahu Star TV  sebagai  sebahagian  lawatan  memberikan ceramahnya selama dua  minggu 
 
"Rekod sejarah sudah  semakin terserlah. Kita boleh mengambil satu kes  yang  betul-betul tidak  kontroversi kerana  kita boleh merayu  keputusan itu  kepada   pihak  antarabangsa  yang paling  tinggi - Mahkamah  Antarabangsa  dan  majlis Keselamatan  di  PBB.  Inilah dia  kes yang tidak  punyai kontroversi. Mahkamah dunia sudah pun  mencela  satu  negara  kerana  keganasan sejagatnya, dan  negara itu  ialah  Amerika Syarikat.  Mangsanya dulu  ialah  Nicaragua.  Ini bukannya  kerja  keganasan  kecilan. Puluhan ribu  manusia  yang tidak berdosa terkorban dan  negara itu  punah-ranah dibuatnya sehingga tidak mampu untuk  pulih  semula."
 
Chomsky memberitahu  pendengarnya  di satu  pertemuan terbuka, yang disertai bersama oleh  pengarang  dissident Aromatic Roy dan  aktivis sosial terkemuka  Arena Roy. Dia menyebut  betapa keputusan India  mengendos  projek pertahanan  missail Amerika  telah disambut  dengan  keriangan  di Washington oleh " satu kumpulan yang bernafsu besar yang ghairah dengan projek itu"  yang merupakan  penyokong kuat rencana  hanya dua negara  yang  amat meminati  program memperkasakan ruang  angkasa  dengan kekuatan tentera; mereka  ialah Israel dan  Amerika Syarikat.
 
Terdahulu, Chomsky  memberitahu  hadirin  yang  termasuk Menteri Petahanan  Geore Fernandez dan  Pesuruhjaya Tinggi  Pakistan  Ashraf Jehangir Qazi,  betapa  AS  adalah sebuah  negara  pengganas  yang telah  meminjam  segala  peraturan  anti-keganasan daripada  kumpulan  Nazi.
 
Versi propaganda  keganasan  itu   adalah amat jelas  di Amerika Syarikat  seperti  juga  di tempat lain  yang merencananya   ke arah  Amerika Syarikat dan  negara sekutunya.  Hanya  falsafah  yang  terselindung  tidak begitu  tercemar  disebabkan  pengaruh  anti  demokrasi.
 
"Sebagai contohnya, kumpulan Nazi dulu, telah mengutuk  keganasan  dengan hebatnya  tetapi di waktu yang sama  mereka melancarkan   apa  yang mereka iktiraf sebagai "gerakan anti  keganasan" terhadap  mereka  yang memperjuangkan   kebebasan" kata  Chomsky.

Hits: