Rahsia Sejarah Anthrax

Bahagian Satu:  

(http://worldnetdaily.com/news/printer-friendly.asp?ARTICLE_ID=25220)

oleh: H.P. Albarelli Jr.

 

Awal kata: Catatan Penterjemah:    Kita usahakan  penterjemahan  artikel ini (bahagian dua  akan menyusul sebaik sahaja artikel asal disiarkan di internet) atas beberapa  sebab;

 

 

a)      Propaganda Bush di Amerika  dan di CNN   menyebut  hanya  ada tiga negara  yang  mengeluarkan  bakteria  anthrax sebagai  senjata  perang:  Russia, Iraq  dan  Afrika Selatan.

 

b)      Bush  berusaha  mempengaruhi  dunia  luar sebelum menyerang  Iraq sebagai balasan  mahu menghancurkan  makmal anthrax dan  kimia. Sedangkan   pakar dunia  termasuk Israel menyebut  bahawa  bakteria anthrax  di Amerika  itu  adalah  hasil  bikinan  dalam negeri di Amerika sendiri.

 

c)      Saya menganggap ‘anthrax’ dijadikan  modal  untuk  mengalihkan  beberapa  pemimpin  di Amerika  dan menutup  pejabat mereka untuk sementara, untuk membolehkan segala kerja-kerja  pembersihan  wayar elektronik yang usang   yang  telah pernah terpasang  sebagai alat  pemantauan CIA.  Mungkin juga  pejabat yang dikosongkan itu  dipasang  dengan  peralatan baru untuk memudahkan  kerja-kerja pemantauan  CIA  dan Bush Senior. Di Amerika sekarang  ini semakin ramai  penganalisis  politik yang sedar, betapa  presiden sebenar  Amerika sekarang  ialah  Bush Senior, yakni bapa kepada  Bush yang  menjadi  presiden  secara rasminya. Kerana itu Islam dan Iraq menjadi mangsa tekanan Amerika sekarang ini. Ada laporan lama yang  memetik temu bual Bush Senior sejurus  selepas Amerika ‘menang’ dalam perang Teluk menjahanamkan Iraq,   Bush Senior ada  menyebut: “Now that  Iraq is gone, our  next  target is ISLAM....” Semoga dunia Melayu dan Islam  berwaspada  dengan  ciri-ciri  jijik ini. – penterjemah - SPAR.

 

 

Siri  serangan  anthrax di AS  ekoran tragedi  serangan  udara  yang  mengerikan di  Pusat Dagang Dunia New York,  dan Pentagon Washington, telah mencetuskan minat  menyeluruh  kepada  apa yang  ramai orang  percaya  sebagai satu  jenis  penyakit yang  lama terpendam.  Sejarah  anthrax sebagai senjata  biologi, mendedahkan  satu  kisah  yang amat  bertentangan  kepada  kepercayaan  umum.

 

 

Dakwaan  yang  mula-mula dibuat terhadap penggunaan  anthrax sebagai  senjata  biologi telah dihalakan  kepada  Jerman  ketika Perang Dunia  Pertama. Agen Jerman  dituduh ketika itu  menggunakan  bakteria anthrax kepada   lembu dan  kuda   di  Bucharest  pada 1916 dan  di  Peranchis  pada 1917. Mengikut  satu  dokumen rahsia  tulisan George W. Merch pada  1943,  hartawan  industri  farmasi  dan  penasihat  peperangan-biologi kepada  Presiden  Roosevelt  itu, AS  dikatakan  mempunyai  “bahan bukti  yang  amat  jelas” bahawa  “seawal 1915” agen  Jerman di  pelabuhan New York telah “menyuntik kuda  dan  lembu  dengan  bakteria  yang  mengeluarkan  penyakit”.

 

Dr. W. Seth Carus, seorang  pakar  bioterrism  (keganasan biology/bio) dan  penasihat  khas  kepada  Jabatan  Pertahanan, telah menulis satu kertas-kerja   pada  April 2000, bahawa pada  1915,  agen-agen  Jerman  telah membawa  beberapa  botol yang berisi  cairan anthrax untuk  menyuntik  kuda  yang  dipelihara   di  kandang   yang  terletak  di  Van Courtland Park  Manhattan. Tujuannya  ialah menyuntik   binatang  ternakan itu dengan   jejarum yang  berulukan  kepingan  gabus.

 

Beberapa dokumen  simpanan  tentera AS   mendedahkan  betapa pada 1916, satu  operasi  rahsia  yang diusahakan oleh  seorang   doktor perubatan Prussia, Dr. Anton Dilger, telah  membiak   spora anthrax  dalam satu   makmal rahsia  di Chevy Chase, Md., untuk  digunakan   terhadap  ternakan  di  pelabuhan  Baltimore.  Pada  tahun yang  sama, di Argentina,  agen  perisik  Jerman  telah  menjelajah   banyak  pelaburan  untuk  menyuntik  kuda dan  lembu yang bakal dihantar  ke Eropah  dengan   ketulan  gula  yang sudah  diadun dengan  bakteria  anthrax.

 

 

Dokumen  risikan  British dan  pintasan  mesej perutusan  kebal  daripada  1916-1918  mendedahkan  betapa  Jerman  berjaya  menyuntik hampir 5,000   lembu jantan dan  kuda   yang digunakan  di  Mesopotamia dan pada Ogos  1916  beberapa orang agen  telah  mengirim anthrax kepada Romania  untuk  dijangkiti  bebiri  yang  dalam  perjalanan  menuju  Russia.  Beberapa  dokumen British itu  mendedahkan   bagaimana seorang  agen Jerman, Baron Otto karl Von Rosen  telah  ditangkap  kerana   cuba  menyuntik  rusa  ternakan  di Norway   dengan  bahan ‘vial’ yang  mengandungi  bakteria  anthrax.

 

Dr. Theodor Rosenbury,  bekas  pakar mikrobiologi  tentera AS, telah mendakwa dalam bukunya  yang  ditulis pad a 1949, “Peace  or  Pestilence,”  betapa  beberapa orang   perisik Jerman  yang  berpusat di Switzerland  ketika Perang Dunia  Pertama, telah  mencapai sedikit kejayaan menyebarkan  anthrax dan kolera  di kalangan  “masyarakat  di negara jiran”.  Selain  kisah yang dibuat oleh  Rosenbury itu, tidak ada  sebarang  bahan bukti  bahawa  wujudnya  sebarang  negara   yang  mengambil pendirian yang serius   menggunakan anthrax terhadap   sasaran manusia  ketika  Perang Dunia  Pertama.

 

Perkara ini boleh  diterima akal  kerana  kesan yang  mengkagumkan  dalam  penggunaan  gas beracun  ketika itu  sudah lebih terkenal  kepada  kedua pihak yang  berperang itu  sehinggakan  ia  menyepikan sebarang  pemikiran   terhadap  penggunaan  kuman sebagai  alat peperangan  terhadap manusia. Namun, perkara itu berubah  apabila  munculnya  pertengahan 1930-an.

 

Ada satu piagam antarabangsa  bernama ‘Geneva  Protocol  of  1925’ yang   menegah “penggunaan  kaedah  bakteriologi sebagai  alat peperangan,” dan  piagam ini  memang amat difahami oleh  seorang  pegawai tentera  muda   yang juga  merupakan pakar bekeriologi, Dr. Shiro Ishii.  Namun, dia berjaya meyakinkan  ketuanya pada 1935, untuk dibenarkan beliau  membuat kajian akan  segala  kemungkinan  menggunakan  kuman sebagai bahan senjata peperangan.  Pada  1937, Dr.Ishii  telah berjaya   menyediakan satu kompleks  ujian  kuman yang  besar di Pingan, sebuah  perkampungan nelayan  di  pinggir  kota  Harbin di  Manchuria. Kompleks  yang dikenali dengan  panggilan  Unit  731,  mengandungi  150  bangunan  yang  melindungi 3,500 para   penyelidik dan  kakitangannya.

 

 

Pakar sains   pimpinan  Ishii, menumpukan kajian mereka  terhadap anthrax, dan juga  typhus, hawar (plague0, kolera, butilsm, sampak, tularemia dan encephalitis.  Bakteria telah dibiakkan  secara  meluas dalam tangki   aluminium  merata  tempat di kompleks  itu. Pada 1940, adalah dianggarkan, Unit 731 telah berjaya  mengeluarkan  lebih lima ton anthrax yang sesuai  untuk  dibekalkan  dalam  sarung  bom.

 

Kompleks  kajian  Ishii itu   adalah  sungguh besar disebabkan   dakwaan  tentera  Jepun  yang  menyebut  bagaimana  tentera Russia   pernah  menyerang  askar  Jepun di China dengan  anthrax dan kolera, hingga  mengorbankan  6,000  askar dan 2,000 kuda.

 

Unit  731 mula  membuat ujiannya  sepanjang   waktu  dengan menggunakan anthrax. Beberapa  jenis  bom yang dibuat  dengan  menggunakan keluli  sebagai sarung  anthrax  telah  direka  dan diuji  secara meluas.  Pada 198, Ishiss sendiri telah mencipta satu  prototaip bom tembikar yang mengandungi bakteria  anthrax yang  mudah  pecah  ketika  terhentak, dan menyebarkan  berjuta  spora   berbahaya  di  udara.

 

Untuk membolehkan  agen Jepun keupayaan  menyerang individu  dalam hubungan  dekat yang rahsia, para saintis Ishii telah  mencipta  cokelat dan  getah-kunyah  (chewing  gum)  yang  diadun dengan  anthrax. Kemudian dicipta  pula   batang  pena, jarum rambut dan payung yang  hujungnya  dibekalkan   bahan anthrax yang  berbisa.

 

 

Dokumen  yang  didedahkan  daripada  Fort Derrick, sebuah  pusat penyelidikan  tentera  di  Frederick, Md., (nama pusat itu sudahpun ditukarkan  selepas perang) menunjukkan secara   samar  satu  senario yang sungguh menakutkan seandainya  Perang Dunia Kedua  berlanjutan lebih lama  daripada  yang  sebenarnya  berlaku.

 

Bermula pada akhir  1944, pakar aeriobiologi di Kem Detrick, telah  mengeluarkan beberapa amaran  apabila munculnya  beberapa laporan  daripada a negara barat akan kemunculan  belon besar , yang  ada   mencapai 150 kaki  bulatannya,  dijumpai terapung-apung di udara  di  atas kawasan  yang  ramai penduduknya.

 

Walaupun pada  tahap awalannya  perkara itu dianggap satu bahan  perlekehan sahaja, para saintis Kem Detri cepat menyedari  bahawa  ada sesuatu  yang serius dan  tidak kena apabila  tiga buah belon besar  itu  jatuh  mendarat  di  California, Montana dan Washington State. Semuanya  menunjukkan   benda  yang  ringan  dan  semacam sutera yang mempunyai   tulisan  Jepun sebagai  tanda-namanya.

 

Hingga Mac 1945,  lebih  250 buah  belon  telah dijumpai di sembilan wilayah di  bahagian barat Amerika  termasuk Hawaii, dan juga  Kanada Barat.  Beberapa dokumen yang didedahkan oleh  tentera AS  menunjukkan  belon  itu  mengandungi  bahan  yang tidak pun diterangkan  jenisnya  kerana masih dianggap  rahsia.  Tetapi ada  catatan  yang  mengatakan  setiap belon itu  mengandungi   alat yang membolehkannya  terbakar. Satu laporan rahsia  pasukan Kimia tentera telah  disediakan  pada  1947 oleh Rexmond C.Cochrane. Laporan itu merakamkan kematian seorang wanita  gara-gara  belon yang gugur  di  Montana. Sebiji  belon kimia  yang  gugur  di  Oregon telah “membunuh  satu  pasukan lelaki yang pergi  memburu,”   dan  pada  Mei 1945,  “lima  wanita  dan kanak-kanak mereka di Georgia  telah terkorban  kerana mereka cuba  bermain-main  dengan alat  peledak yang   dipasang  dalam belon yang jatuh ke bumi.”

 

Satu program kajian yang menyeluruh seperti  yang  dilaksanakan oleh Ishii  sudah tentu  memerlukan  pelbagai bahan kajian  seperti ‘guinea pigs’, dan sudah ada   bahan bukti  yang sungguh jelas dan  menyeluruh   bahayanya bahawa pasukan  Ishii   lebih  berminat mahukan  manusia sebagai  bahan kajian  mereka  daripada  binatang ternakan.  Dua orang wartawan penyelidikan British, Peter Williams dan David Wallace  telah menulis dalam buku  mereka  berjodol  “Unit 731” dan   menyebut  betapa  “Ishii  sengaja  mengasaskan  kompleks ujiannya  itu  di satu  kawasan  yang sungguh terperusuk di  Utara  Manchuria  untuk membolehkannya melakukan  pelbagai kajian  ke atas  manusia.” Kajian  Ishii   dengan anthrax  terhadap  manusia, memang  menghasilkan  kisah yang sungguh  menyeramkan.

 

 

Mengikut dokumen tentera yang didedahkan  selepas  perang, Unit 731 menggunakan manusia  sebagai bahan  ujian, ramai yang diambil daripada  mangsa  perang yang dipenjarakan di  Kem tahanan perang  di Mukden, termasuklah wanita  dan  kanak-kanak. “Mereka  diikat  di  tiang dan  diberikan lindungan  penyungkup kepala  dan   badan” tetapi  “kaki dan  punggung  mereka sengaja  dibogelkan  untuk  menyerap tikaman   serpihan tajam hasil ledakan bom anthrax  yang  diletupkan beberapa   ela jauhnya.” Hasil  luka yang diterima  daripada  ledakan bom itu  dibiarkan tanpa  sebarang  rawatan  untuk  membuat kajian  berapa  lama  mangsa itu boleh  bertahan sebelum mati. Beberapa  dokumen menunjukkan tidak ada  sesiapa yang  boleh bertahan lebih lama  daripada  seminggu sebelum kojol di situ.

 

Beberapa  manusia yang dijadikan  bahan ujian  untuk  makan  hidangan yang disuntik  anthrax dan juga  bakteria lain dan  mereka  diamati   sehingga  munculnya  masa  untuk mati.  Ada mangsa  ujian yang dipaksa  meminum  cairan  yang  diadun sebatian anthrax dan  kuman  ‘typhoid’ (typhoid = penyakit  usus  yang mudah menjangkit).

 

Mengikut majlis siasatan  kongres  di  Washington,D.C., pada September 1986, ramai  bekas  tahanan perang Amerika yang menjadi bahan kajian  Ishii.

 

Ahli Kongres Montana, Pat Williams  pernah berkata  pada awal  siasatan itu: “Manusia  ini semuanya  menjadi mangsa satu rahsia yang sungguh dahsyat  bahananya,  yang dirancang  44 tahun dulu  di  Manchuria  di sebuah kem tahanan perang  Jepun.  Mungkin ini merupakan satu rahsia Perang Dunia Kedua  yang begitu lama terperam  begitu sahaja, dan begitu lama oleh Jepun dan   juga oleh  kerajaan  Amerika.”

 

 

Majlis siasatan kongres itu   telah mendengar  pelbagai kisah ngeri  yang diceritakan oleh bekas tahanan perang. Mereka yang  terselamat daripada keganasan  Jepun itu  mengatakan selepas  mereka dibebaskan  di  akhir perang  itu, mereka telah dihantar pulang dengan arahan tegas “tidak  boleh   menceritakan pengalaman  yang  mereka  lalui.”

 

Ekoran  siasatan itu, seorang jurucakap  Tentera As  menyatakan bahawa AS “tidak mempunyai sebarang  bahan bukti  yang boleh memperakukan  dakwaan tahanan perang  itu” kerana  semua  rakaman  yang ada  hubungkait  dengan  kegiatan Ishii telah dipulangkan  kepada  kerajaan  Jepun  pada  akhir 1950-an dan  tidak ada  sebarang  salinan  yang  disimpan.

 

Disebabkan kekecohan  pada  bulan-bulan  terawal  kemunculan  Perang Dunia  Kedua, AS., Britain, Kanada dan Russia  telah  secara berahsia  memulakan   program  penyediaan senjata  kimia sebagai  menyambut  beberapa laporan  risikan yang sengaja digembar-gemburkan  yang mengatakan bahaya  kajian  yang  sedang  dilakukan  oleh  pakar sains  Nazi.   Yang  peliknya,  dokumen tentera Amerika  yang didedahkan  pada  1980-an,  merakamkan  bahawa   masyarakat perisikan AS  tidak pun mempunyai   simpanan catatan aktibiti  ganas dan kejam Unit 731 pimpinan  Ishii  sehinggalah perang  itu  hampir  tamat.

 

Sikap puak Nazi Jerman tidak pernah memberikan tumpuan  kepada   bahan kimia  dan  kuman sebagai alat peperangan  telah  memeranjatkan  ramai pengkaji sejarah  dan  para wartawan. Mungkin, salah satu sebabnya ialah  kerana  Hitler, pernah   menjadi satu  mangsa serangan  gas pada Perang Dunia Pertama  yang hampir  membunuhnya. Kerana itu  dia amat membenci penggunaan  gas dan kimia  sebagai alat  peperangan.

 

Tanggapan ini tidak pula  mengatakan  bahawa  Nazis tidak pernah  mengadakan ujian   membabitkan kimia  dan  gas  sebagai  senjata  perang. Mereka ada  mengusahakan  ujian itu. Sebagai yang dijangka  kebanyakan ujian mereka itu  telah ditaja  oleh  ‘Ahnnerbe Institute’  ke atas   tahanan perang.  Kebanyakan  ujian ini dilaksanakan di   kem tahanan  di Dacahau dan Ravensbrueck dan  diawasi oleh  Dr.Walter  P Schreiber, seorang  major-general dalam  pasukan Nazi.  Mengikut  dokumen  siasatan  Nuremberg Tribunal,  Schfreiber  merupakan pakar  anthrax terulung Jerman.  Pakar sejarah  dan  bekas wartawan siasatan  Linda  Hunt  telah  mendedahkan  betapa  Schreiber pernah menjalankan ujian  yang dahsyat dan mengerikan   di mana orang tahanan perang  di kem  itu disuntik  “dengan phenol untuk  mengkaji berapa  lama mangsa dapat  bertahan sebelum  menemui kematian.”

 

Pada  Julai  1998,  akhbar  Daily Telegraph  di  London telah melaporkan  betapa  pada  Jun 1944, pasukan  Special Operations Executive Britain telah merencana satu  usaha  membunuh Hitler dengan menghantar seorang  agen rahsia ke German “untk menyuntik  pakaian Hitler  dengan bakteria  anthrax.”  Mengikut  artikel itu,  rencana itu gagal  diteruskan kerana  adanya  kesangsian seandainya  berjaya, ia akan  menyebabkan kematian   Hitler   yang  berkemungkinan  dianggap  sebagai seorang ‘martyr’. Artikel itu  menyebut  seorang pegawai British  yang menentang  rencana itu  sebagai  berkata, “Hitler akan pasti  diberikan satu pengiktirafan yang tinggi, dengan  satu andaian  metos  bahawa  Jerman sudah pasti dapat diselamatkan  seandainya  beliau tidak mati.”

 

Para  penyelidik Britain dan Kanada  telah  mempergiatkan  usaha  mencari kemungkinan  menggunakan anthrax sebagai alat   senjata  peperangan   yang dapat mencetuskan  kematian  yang  besar. Pada musim panas 1942,  setelah melakukan  beberapa  ujian  dengan   menggunakan beberapa  kuman  peperangan  di pusat  ujian  mereka di Porton Down, England,  British telah  melancarkan beberapa  siri  ledakan bom  yang  mengandungi bakteria  anthrax di Gruinard, sebuah  pulau  yang  tidak berpenghuni   di  persisiran pantai Scotland.  Bom yang  pertama meletup, merebak dan membunuh  sekitaran 30  bebiri yang diuji   dalam masa  satu minggu  sahaja.  Ujian seterusnya  telah membunuh lebih banyak  kambing  ujian  lagi. Seorang pegawai  perhubungan  Cam Detrick yang  ditugaskan  berada di  Proton Down,  William Sarles,  telah  menjadi saksi kepada segala  ujian  di   Pulau Gruinard itu.

 

 

Seperti yang  telah dijanjikan, spora anthrax  akhirnya   ditiup angin  memasuki tanah besar Scotland, menyebabkan merebaknya  wabak anthrax.  Ujian di  Gruinard itu,  menyebabkan  pembiakan  penyakit itu  di seluruh pulau  tersebut sehinggakan ia terpaksa  menjadi pulau  larangan  kepada  manusia. Selama beberapa tahun kemudiannya, ada laporan yang  mencatatkan perubahan  sifat  kepada haiwan yang masih  hidup  di  pulau itu disebabkan  pertukaran genetik yang  mereka  lalui.

 

Dokumen  Porton Down  yang  telah dibuka  untuk tatapan umum  mendedahkan  betapa  sejak  1941  dulu lagi, Britain  telah  mengusahakan satu  siri ujian  anthrax  dengan cara menyembur spora  anthrax  daripada pesawat udara.. Pada  awal 1942, Britain sudah pun  melancarkan beberapa  ujian  di Porton  Down  yang  membabitkan  semburan di angkasa,  bakteria  anthrax ke atas  kumpulan  kambing  bebiri  dan  lembu.  Beberapa ujian ini menghasilkan   pengeluaran apa  yang disebut oleh para penyelidik British  sebagai  “Cattle  cakes”. Kek tersebut  berbentuk  pejal, laksana  ‘wafers’  yang  disaluti  anthrax dan  sebatian kuman yang boleh menyebabkan penyakit  mulut dan kuku. Para penyelidik Kanada itu  hanya  terkebelakang  daripada  kumpulan Britain  dalam ujian  menggunakan  anthrax  di kawasan  yang disebut  Suffield  berdekatan Calgary dan Medicine  Hat.  Tidak banyak  hasil kajian  ini yang  pernah diterbitkan.

 

Usaha  memacu kajian  melibatkan anthrax telah   diarahkan  daripada tahap pemerintahan  yang paling tinggi.  Penasihat sains  yang paling rapat  dengan Winston Churchill, Lord Cherwell,  telah memberitahu  perdana  menteri itu  pada  awal 1944,  disebabkan   kemungkinan  ciri-ciri anthrax  yang   menakjubkan, Britain tidak  mempunyai pilihan  selain  memajukan  bom yang boleh diisi  bakteria itu. Winston  Churchill bingkas, dan  mengarahkan  ketua pasukan tentera Britain  mengemukakan  permohonan  untuk mendapatkan  500,000  butir bom anthrax daripada  Amerika Syarikat.

 

Sejak 1942, tentera AS telah  menjalankan  pelbagai  ujian  secara rahsia  menggunakan anthrax,  selalunya  dengan  kerjasama  pakar  sains   perang saraf biologi tentera  Kanada.  Kumpulan kanda telah pun  menghasilkan spora  anthrax pada  kadar 150 pound  setiap bulan  di satu lokasi  terpencil  di Gross He, di pinggir  sebuah pulau St. Lawrence   berdekatan  Quebec. Sebelum  dijadikan  pusat kilang  mengeluarkan spora  anthrax, pulau  itu merupakan  pusat kuarantina untuk para  pendatang  yang  mahu  memasuki tanah besar Kanada.

 

Pengeluaran  anthrax di  Grosse Island  berjalan dengan lembab  dan  menyulitkan hingga  menjemukan  pegawai AS  dan membuatkan mereka  mengusahakan pengeluaran   spora  anthrax sendiri  di sebuah  pengkalan  yang bernilai  berjuta-juta  dollar  diVigo, Indi.,  di bahagian  selatan Terre Haute. Pada awalnya tempat itu  direka   pada  1942, sebagai  tempat  menyimpan  peluru  tentera, dan ini telah diubah  untuk  menempatkan 12 tangki air   dengan muatan 20,000  gelen  air  setiap satu yang mampu  menghasilkan dalam tempoh satu bulan, spora  anthrax yang secukupnya untuk  menghasilkan  pula  500,000 biji bom.  Pada  Jun 1944,  ekoran   permintaan Britain  agar  dibekalkan  setengah juta  bom itu, AS telah membuat keputusan  untuk  menghasilkan satu  juta  bom anthrax kesemuanya. Setengah  daripada  keluaran  ini  disimpan  di Amerika Syarikat  untuk kegunaan  masa  depan (Ha.....apakah kemungkinannya  bom ini  sudah digunakan  untuk  ditembak ke udara  Amerika???)

 

Dalam sebuah buku  bertajuk “The  Biology of Doom”, pengarangnnya  Ed Regis ada menyebut bagaimana kelongsong  yang membungkus  bom anthrax di  Vigo itu dikeluarkan oleh “Electromaster Corporation, sebuah syarikat membuat bom di Detroit, Mich.,” sedangkan   “bahan peledak bom itu  dikeluarkan oleh  Unexcelled manufacturing  Company  of  Cranbury, N.J.”

 

Sebelum terbinanya kilang  anthrax di Vigo, Amerika Syarikat  sudah pun  mengeluarkan spora  anthrax dalam bentuk yang banyak – ada  yang menyebut  melebihi dua ton – di Camp Detrick. Kajian terhadap  senjata  untuk  meledakkan  spora   itu bermula  pada  awal 1943 selepas  Dr. Ira  Baldwin  daripada a Universiti  Wisconsin dilantik menjadi  pengarah  pusat penyelidikan di Frederick.  Baldwin tidak berapa berminat  menggunakan  anthrax sebagai  senjata perang, seghairah  beberapa   saintis  pilihan yang  diambil untuk membantunya. Yang  kuat  memihak kepada pendapat  Baldwin ialah  Dr. William A Hagen seorang ahli  Jawatankuasa  National Research Council’s Biological Warfare.  Hagan,  adalah  seorang  pakar yang ada  hubungan dengan  New York Veterinary College, Cornell, dan berpendirian  bahawa  penggunaan  anthrax adalah terlalu berbahaya  kerana  penyakit itu  boleh bertahan lama  setelah  digunakan dan  berupaya  memeram diri di bumi dan di tempat lain  dengan kemampuan bertahan terhadap perubahan  suasana persekitarannya.

 

Pada tahap awalannya, Baldwin telah memberikan tugas utama penyelidikan itu  kepada Lord Trevor  Stamp, seorang pakar  bakteria  British  yang  berkahwin dengan  seorang  wanita  Amerika. Stamp pernah berpengalaman bertugas di  Porton Down, dan  telah membina satu  makmal di satu kawasan  yang  diberi nama jolokan “Old McDonald's Farm” oleh  beberapa rakan  sejawatan dengannya.  Bekas  penyelidik di Camp Detrik, yang kenal  Stamp telah melaporkan  kisah beliau kerap  bertelagah dengan Baldwin  mengenai  penyelidikan  di situ, tetapi selalunya dia  yang menang  kerana adanya ramai  kawan-kawannya  di peringkat atasan. Antara kawan-kawannya itu ialah Stanley Lovell, pengarah  program SSS Research and Development,  Merck, yang menjadi  pelopor  program ‘biological warfare ‘A.S., dan  beberapa pegawai  berpangkat tinggi  dalam US Army chemical Corps, yang memang  menaruh minat mahukan jawatan  yang  dipegang  oleh Baldwin sebagai pengarah  Camp Detrick.

 

Seawal  1944,  disebabkan  oleh  kepintaran  kerja yang dilaksanakan oleh  Lord Stamp, Camp Detrick telah  berjaya  melakar satu program besar memajukan  alat senjata  menggunakan  anthrax dan ini telah  menghasilkan  pembiakan  spora anthrax yang banyak  dan tersimpan  di  pusat penyelidikan di Maryland  itu. Kemudian, diwujudkan pula  program untuk  mengeluarkan  bom berangkai  yang  mengandungi  beberapa ratus  kuman bakteria  anthrax, walaupun bersifat jenis prototaip sahaja pada awalannya.  Operasi Vigo itu telah  diberikan  tumpuan untuk dibesarkan lagi  sebagai satu lanskap penting  untuk  bergerak maju seiring dengan  sasaran ketenteraan di zaman berperang.

 

Para  penyelidik di Fort Detrick di  Vigo telah  secara  rasminya  bertegas bahawa “pusat itu tidak pernah  mengeluarkan bahan pathogen” dan  lokasi itu sudah pun ditutup  pada akhir perang  dulu dan dipajakkan  kepada  sebuah  syarikat farmasi  swasta  untuk kegunaannya. Tidak ada pun  sebarang  pengumuman  apa  jadinya  kepada  berjuta spora  anthrax yang  dibiakkan  di situ  dan  beratus bom anthrax  yang dikeluarkan serta  tersimpan di situ. Kepada  para  saintis Camp Detrik  sebelum bermulanya  program  memperbaiki kilang  Vigo itu  menjadi lebih canggih lagi.

 

 

Bersambung ke Bahagian  Dua  Insya Allah.

terjemahan SPAR

 

Hits: