Putera Arab dan Industri Media
The Prince and the Media

Drp: WorldNetDaily

Beberapa minggu sudah pun berlalu sejak Putera Saudi Alwaleed bin Talal cuba menghulurkan derma sebanyak 10 juta dollar kepada datuk bandar New York, Rudolp Giuliani untuk tabung yang berkaitan dengan serangan ganas di bandar raya itu.
 
Guiliani memang berhak memberitahu putera itu untuk mengambil balik cek itu dan menyoroknya terus di “bahagian badannya di mana tidak dijenguk oleh matahari” (ini sebenarnya merupakan sindiran kesat di dunia Inggeris Amerika – penterjemah).
 
Kenapa? Kenapa beliau telah mengeluarkan satu pendapat yang tidak sesuai didengar ketika membuat sumbangannya itu. Dia mencadangkan serangan udara itu adalah hasil peranan Amerika dalam usaha menyelesaikan konflik di Timur Tengah. (Ini adalah satu pembohongan kerana putera itu telah mengedarkan surat ‘flyers’ kepada pemberita mengatakan Amerika harus menimbangkan cara ia menangani konflik di Timur Tengah, tanpa mengaitkan kisah serangan ngeri itu – penterjemah).
 
“Luka yang dibiarkan berterusan itu akan terus merebak,” demikian kata insan yang nombor lapan terkaya di dunia. “Sebenarnya, selagi masalah Israeli-Palestin tidak diselesaikan, seluruh dunia akan menanggung risikonya.”
 
Ini adalah satu kenyataan yang haprak. Dan Giuliani sedar perkara itu. Sumbangannya itu adalah wang yang ada cengkoknya. Putera itu cuba membeli pengaruh, penghormatan dan juga simpati kepada perjuangannya.
 
Akan tetapi ketika dia disuruh pergi oleh Giuliani, putera itu telah berjaya membeli pengaruh di kalangan dunia kewangan dan terutama sekali media barat yang dikuasai oleh perniagaan besar. 
 
Sebagai contoh, putera itu kini mempunyai saham bernilai $2.05 bilion dollar dalam AOL (American Online- penterjemah) AOL/Time-Warner, seperti yang anda sedar menguasai antara lainnya, banyak perusahaan media, CNN, jaringan berita global yang berpengaruh. Beliau juga memiliki sekurang-kurang $50 juta saham Disney, syarikat yang menguasai antara lainnya syarikat media, ABC. Beliau juga menguasai sekurang-kurangnya 3 peratus News Corporation, syarikat induk New York Post, Fox News Channel, the London Times dan bermacam lagi syarikat media seluruh dunia ini.
 
Dia juga mempunyai saham yang banyak dalam Compaq, Kodak, Xerox, Amazon, eBay, Internet Capital Group, Infospace, DoubleClick, Coke, Pepsi, Ford, McDonald’s, Gillette dan Procter & Gamble.
 
Akan tetapi, pegangan putera itu dalam industri media yang amat menarik minat saya.
 
Inilah dia seorang manusia yang mahukan pengaruh dan telah menunjukkan bagaimana menggunakannya. Bagaimanakah pengaruh itu dapat diperkasakannya dalam pegangan saham di media barat itu?
 
Putera itu ada memberitahu London Times bagaimana dia kerap menelefon taukeh-taukeh syarikat besar di mana dia ada menanam pelaburannya.
 
“Saya selalu berhubungan dengan mereka, tetapi saya tidak memainkan peranan yang besar dan aktif,” katanya. “Seandainya mempunyai sesuatu fikiran mengenai sesuatu, saya akan beritahu pengerusi ataupun ketua eksekutif sesuatu syarikat itu.”
 
Mujur juga dia tidak merupakan seorang pelabur dalam WorldNetDaily – dan tidak mungkin dia berjaya selagi saya mampu bertahan dengan syarikat yang saya tubuhkan ini.
 
Anda harus faham, saya tidak percaya kengerian di Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon dapat disemadikan mengikut cara yang diusahakan oleh putera itu. Lagipun, tidak ada seorang pun ahli warga istana Saudi mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
 
Kalaulah dia mahu menggunakan pengaruhnya untuk berbuat sesuatu yang baik di dunia ini, putera itu seharusnya berbuat demikian di tanahair sendiri - yang secara tidak langsung ada kaitan dan tanggungjawab menyebabkan satu jenis keganasan Islam yang telah menyerang Amerika Syarikat pada September 11. (Sekali lagi ini merupakan satu propaganda kerana warga Saudi tidak bertanggungjawab dengan keganasan itu.)
 
Arab Saudi telah membesarkan Osama bin Laden. Arab Saudi telah memeram dan menyokongnya selama bertahun lamanya. Kini, Arab Saudi mahu menyorokkan kenyataan itu secara tipu helah.
 
Ketika FBI cuba menemu bual ahli keluarga Osama Laden di Amerika Syarikat, pegawai Saudi dengan spontan telah menerbangkan kesemua 24 ahli keluarga Laden pulang ke Arab Saudi dalam satu usaha untuk menggagalkan usaha FBI itu. Keluarga Saudi telah menyorokkan peranan Osama Laden ketika berlakunya pengeboman Khobar Towers, pengkalan tentera AS di negaranya. Arab Saudi enggan berkerjasama dalam siasatan yang melibatkan perampas pesawat terbang yang melibatkan sekurang-kurangnya 10 orang warga Saudi.
 
Rakyat Saudi merupakan penaja utama penubuhan khemah putaran minda yang mereka sebut sebagai sekolah agama di Afghanistan dan Pakistan. Itulah pusat doktrinasi yang menghasilkan bakal pemimpin pasukan Taliban.
 
Arab Saudi bukannya sebuah negara yang bebas mengikut fahaman kebanyakan rakyat Amerika, tetapi merupakan sebuah negara yang zalim dan bersistem kepolisan yang totalitarian – di mana rakyat beragama Kristian boleh didakwa. Inilah negara yang tidak menghormati hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan akhbar dan beragama. Tidak ada satu pun gereja Kristian di Arab Saudi dan Kristian dipenjarakan dan dihukum pancung seandainya sembahyang mengikut fahaman Kristian di rumah mereka sendiri. (hi...hi...hi...ini satu penipuan besar bah!!!!).
 
Kepada mereka yang mengongsi pendirian saya menyokong Datuk bandar Guliani memulangkan semula wang derma itu, sudah tiba masanya anda menyoal diri sendiri apakah gunanya putera Arab itu menyebarkan pengaruhnya dalam dunia kewangan AS - terutama sekali dalam media AS itu? 

Terjemahan oleh SPAR. 

Hits: