Empayar
Angkuh Yang
Semakin Nazak
(The American Empire On Its Deathbed)
Oleh:
Liz Michael c.2001 : Sierra
Times.com 6/11/01.
Awal kata oleh Penterjemah: Artikel ini amat baik dan jitu. Kita terjemahkan kepada tiga ataupun empat bahagian, sebagai satu iktibar kepada orang Melayu dan Islam khasnya dan kepada rakyat Malaysia amnya. Perhatikan betapa banyak persamaan di Amerika dalam cara hidup yang dipelopori oleh orang yang angkuh, riak lupa daratan dengan cara hidup yang dirancang oleh pemimpin parti kerajaan UMNO pimpinan seorang malbari tua dan sebuah parti Melayu yang sama keadaan nazaknya. – penterjemah.
***
Terdapat satu teori kontroversi yang sengaja disebarkan dengan meluas selama bertahun lamanya, betapa wujudnya dalam pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat satu kuasa besar yang mampu mencetuskan beberapa peristiwa yang sengaja direncana seperti peristiwa ngeri September 11 (9-11), pengeboman Oklahoma City, dan sebagainya, untuk melaksanakan satu “Rencana Besar” (Master Plan) ke arah penubuhan sebuah kerajaan totaliter (inilah bentuk kerajaan persis Nazi Jerman dulu – hanya satu parti sahaja yang berkuasa. Di zaman moden ini sistem tersebut wujud di Iraq - penterjemah)
Kerajaan
yang diimpikan itu adalah
sebahagian kemestian satu usaha
yang lebih besar oleh
Dunia Order Baru
(Konsep ini mula tercetus
selepas Ronald Reagan
digantikan oleh Senior
Bush. Di Indonesia
ia disebut Ode Baru -
penterjemah), PBB, Kumpulan Illuminati
(sila lihat tulisan Pak Marhaintua mengenai
Zionisme), Ratu England yang bersekongkolan dengan
Vatican, syarikat besar
sejagat ataupun Multinational Corporation (MC),
ataupun sesiapa sahaja yang dikambing-hitamkan pada
sesuatu suasana
ataupun pergerakan
itu. Kebanyakan
pengamal teori konspirasi
ini mengemukakan andaian mereka
seolah-olah semua itu
berbentuk fait acompli (sesuatu yang berlaku dan tidak perlu
dipertikaikan lagi) yang tidak boleh dirungkaikan lagi. Justeru
semua orang
mendewakan raksasa
ini yang mereka fikir tidak
boleh dimusnahkan
lagi.
Kebenarannya
menunjukkan beberapa
perkara yang lebih tidak menyenangkan
beberapa ramai manusia setiap
kali ia terlaksana.
Adalah
satu hakikat yang benar
bahawa kerajaan Amerika
sudah menghampiri
zaman keruntuhannya.
Beberapa serangan terbaru di
Amerika Syarikat tidak
merupakan hasil kerjasama keluarga
Bush yang bersekongkolan
dengan keluarga Clinton dan
beberapa individu liberal yang
kemarukkan kuasa. Sebenarnya adalah
serba mungkin betapa
kuasa luar
yang sebenarnya tidak ingin
melihatkan kewujudan
Amerika Syarikat yang totaliter, mahu
mengenepikan AS
daripada kedudukannya yang
dianggap terunggul di dunia
ketenteraan dan kuasa ekonomi, dan mahu mengusahakan
kehancuran AS
yang totaliter itu, seperti yang
berlaku kepada kehancuran Soviet
Union dan
pemusnahan Nazi Jerman.
Kuasa
Besar Yang Tumpul Bisanya
Segala
pergerakan yang dilihat sekarang bukannya
pergerakan seseorang
yang “sedang
berkuasa”. Inilah dia
pergerakan satu kumpulan
manusia yang tiba-tiba
tersedar bahawa
mereka sudah kehilangan
kuasa, dan sedang
bertungkus lumus untuk
mendapatkannya semula.
Kalaulah
satu kuasa totaliter
memegang kuasa sudah tentu ia tidak mudah
dihenyak oleh sedikit
serangan anthrax yang menggugat
Washington D.C.. Kumpulan totaliter yang sebenar tentu
mampu memasak
langkah untuk melawan. Kongres tidak
pun berani
bersuara gagah untuk
menyerang balas. Mereka cabut
lari, dan laksana anjing kurap
mereka lari lintang-pukang, sambil diikuti
oleh bahagian kerajaan
yang mengekori dari
belakang. Inilah gelagat, manusia
yang tidak
lagi berkuasa
ke atas rancangan besar
mereka, tetapi
menyerupai manusia yang
tergugat dan ketakutan,
Inilah manusia yang secara tiba-tiba
mereka sedari tidak lagi dapat
menguasai setiap
gerak-geri yang menggugat dengan ngeri.
Apabila
CIA diserang oleh anthrax, adakah
mereka menunjukkan
petanda mereka dapat menguasainya? Izinkan
saya mengulanginya: kumpulan yang menakutkan
kerajaan AS telah menghenyak
CIA- Central Intelligence Agency.
Inilah dia agensi yang
sepatutnya serba tahu akan setiap
perkara sebelum ianya
berlaku. Inilah juga jabatan perisikan kerajaan
yang telah diberitahu lebih awal dulu
oleh pelbagai sumber bahawa
9-11 sudah semakin hampir. Tetapi, mereka
sengaja memperlekehkan ugutan
itu, ataupun tidak tahu menepati
masanya bertindak sesuatu.
Apakah anda fikir mereka sengaja merelakan
diri mereka
dihenyak begitu?
Gray
Davis pernah menerima
amaran ini
dan memikirkan
perkara itu kekurangan
pengawasan, dengan mengumumkannya
sebagai satu ugutan
keganasan sahaja....yang
tidak dapat
diperakukan. Kerana itu sumber
berita itu dianggap
sebagai satu desas-desus
sahaja. Inilah juga
perkaranya yang dinafikan oleh FBI. Jadi, kita dapati
semua panglima negara
cuba berlumba-lumba untuk meraba-raba...sedangkan
mereka tidak pun mempunyai
sebarang bayangan .....mencuba menahan.....sedangkan
mereka tidak tahu siapa itu. Dengan
lain perkataan, mereka terkaku
menjadi kematu. Mereka terpaku
kerana mereka sudah tertipu.
Seorang
wartawan Sacramento
telah ditangkap polis di Los
Angeles international Airport dan dipaksa memusnahkan
gambar yang
diambilnya untuk
merakamkan beberapa petugas
daripada National Guardsman.
Sepatutnya sesuatu kuasa yang
totaliter tidak perlu takut
kalau gambar mereka
dirakamkan. Baru-baru ini, seorang ahli
utama Green Party
telah dinafikan menaiki
sebuah pesawat terbang kerana
dia (wanita itu) adalah
seorang ahli Green Party
yang mahu menghadiri satu persidangan.
Mereka
telah mencuba
mengaitkan peristiwa
serangan anthrax kepada
semua pihak bermula
dari Al-Qaida, kepada Iraq,
kepada kumpulan militia
tempatan yang rasis, kepada militia
pembebasan, kepada kumpulan pagan: dan
hanya masa yang akan menentukan bila
pula mereka akan menuduh puak
aktivis berfahaman kiri, kesatuan sekerja, kumpulan
beragama, atau pun seperti yang dilakukan oleh Clinton dulu ketika
tercetusnya peristiwa
pengeboman Bangunan Murrah,
menuduh “kumnpulan
juru acara program ‘talk
show’ yang berfahaman kanan dan
radikal.”
Semua
manusia ini bukan sahaja takutkan pelancung
asing. Semua orang ini amat
takutkan anda dan juga saya.
Mereka amat takutkan pihak
media. Mereka amat curiga akan
aktivis politik. Mereka gerunkan kumpulan
pasifis. Mereka amat takutkan
bayang mereka sendiri. Mereka sudah tidak berjaya
menguasai apa benda
pun.
Apabila
keadaan semakin
mencabar, yang dicabar pergi berbelanja?
Kini,
konsep “Peperangan
Membasmi Keganasan” sudah mempunyai
corak gerak yang
berbeza. Selepas September 11, mungkin terdapat banyak panggilan
terhadap kumpulan militia, yakni semua orang
dan bukannya segelintir
mereka yang berleher
merah di perkampungan dan
mempunyai idealisme
yang menyerlah (bukan semestinya ada
cacat-cela menjadi kumpulan
seperti itu) agar mereka terus
berwaspada, mula melengkapkan
senjata yang ada, mempelajari
cara mempertahankan diri dan teknik
berperang, dan
mula mengawasi
semua jambatan,
stesyen nuklear, sempadan
dan pesawat udara. Apabila tidak ada sesuatu yang
terjadi, kita mungkin diarahkan bersiap
sedia dengan
tempat persembunyian
daripada serangan nuklear,
ataupun serangan kimia.
Mungkin kita diarahkan menyimpan sedikit
makanan kering, bekalan perubatan, dan
mempelajari cara penyelamatan
CPR dan teknik rawatan. Mungkin
terpaksa membeli senjata dan bersiap sedia dengan kereta
sendiri kalau-kalau diperlukan
ketika kecemasan
ataupun untuk melarikan
diri.
Tetapi
sebaliknya apakah yang diarahkan
oleh Rudy Giuliani untuk
menyelamatkan New York? Apakah yang diarahkan oleh
George W.Bush
untuk menyelamatkan negara
AS ini?
Mereka
mahukan kita pergi ke kedai membeli
belah – shopping kata
mereka.
Rudy
mahukan kita pergi menonton
teater di Broadway, walaupun
kita tidak mampu
memandu memasuki
bandar tanpa
ada penumpang
dalam kereta, dan terpaksa
melalui sekatan jalan raya dan
pusat pemeriksaan yang lebih
banyak dan lebih ketat berbanding yang
dipasang di sempadan negara
dengan Mexico.
Presiden
kita mahu kita
menggunakan pesawat udara yang
dia sendiri tidak akan gunakan, kerana semua
penerbangan itu belum menjanjikan
keselamatan kepadanya.
Selain dari mahukan kita
berjimat, menyimpan, membeli
barang makanan untuk disimpan, dia mahukan
kita meneruskan aktiviti
berbelanja sakan tanpa
sebarang tujuan. Maafkan
saya Mr. Presiden, bukankah anda
juga orangnya yang
berkata kita
sedang berperang? Bukankah
anda orangnya yang baru sangat
mewujudkan satu
jabatan baru yang bernama
‘Homeland Security’ kerana kita berkemungkinan
diserang oleh agen-agen
Al-Qaida di negara kita sendiri?
Akan tetapi kita dimestikan
berlagak selamba seolah-olah 9-11
tidak pernah terjadi? Kita juga diharuskan
pergi membeli belah?
Zaman
berperang ialah masanya kita
perlu berjimat
ketika berbelanja. Kalau adapun manusia
yang berbelanja sakan
seolah-olah esok tidak akan ada, adalah manusia
yang menjangkakan mereka akan
mati tidak lama lagi. Kalaulah ekonomi negara Amerika Syarikat bergantung sangat
kepada budaya
rakyatnya mesti berbelanja, ini
bermakna negara ini sudah semakin
haprak keadaannya (seperti Malaysia?).
Bersambung
bahagian kedua.
Hits: