SITUASI YANG MENJEMUKAN

7hb.November 2001

Johor Bahru.
 
Agak lama saya menyepi diri. Bukannya tidak aktif tetapi suasana politik negara amat menjemukan. Tetapi kepada parti UMNO dan Mahathir, kamu semua masih dan tetap dengan gelaran dan amalan FASIK!
 
Sejak bermulanya gerakan reformasi yang di pelopori oleh Saudara Anwar, saya turut bersemangat dan turut menyumbang pendapat, menyemarakkan reformasi melalui laman-laman web reformasi atas nama samaran Dr.Yusof MD. Saban hari akan terpapan catitan saya terutamanya dalam Laman Reformasi, Minda Rakyat dan Harakah daily.
 
Ya! Memang benar sejak beberapa bulan yang lalu saya mula mengurangkan aktiviti saya dalam corak ini. Tetapi ini tidak bermakna saya tidak sensitif atau tidak mengambil tahu hal ehwal politik semasa. Cuma saya sedari sekarang ini, gerakan reformasi semakin MENJEMUKAN. Ia bermakna gerakan reformasi dan parti Keadilan tidak mencapai taraf atau status yang saya harapkan malah semakin merudum. Jika saya berkata sedemikian, tentu pihak Keadilan akan bertanya pada saya...Siapakah awak ni? Kepada sesiapa yang mengenali saya....pasti mereka faham dan hormati saya. Malah Kak Wan belum pernah bertemu maupun mengenali saya tetapi saya lebih gemar bermisteri kerana perjuangan saya bukannya bersama kedudukan dalam parti.
 
Kenapa saya katakan Keadilan semakin merudum? Pada analisis saya, saya tahu di mana kesilapannya. Terpulang kepada pihak Keadilan samada boleh menerima kritikan saya ataupun tidak. Keseluruhannya, boleh saya katakan bahawa segala bentuk penjuangan parti Keadilan tiada: 
1) Penyusunan yang sistematik
2) Perjuangan kelam-kabut tanpa kesabaran, lebih bermiripkan corak perjuangan UMNO.
3) Berjuang pada tapak yang tidak kukuh dari segi sumber manusia, kepakaran, intelektual,
    kewangan, sosial dan psikologi. Semua ini saya perhatikan amat rapuh atau goyah di
    peringkat bahagian dan negeri. Apa yang saya nampak, tumpuan lebih di peringkat pusat.
4) Tiada draf strategi untuk jangka panjang.
 
Saya kemukakan satu contoh, Keadilan peringkat negeri Johor. Saya sebagai ahli parti tidak di maklumkan bilakah mesyuarat tersebut telah diadakan untuk tahun 2001. Sebelum ini cuma sekali sekala adalah 'orang' ranking bawahan parti Keadilan datang berjumpa saya berbual dan  memohon sumbangan untuk parti. Sumbangan bukanlah persoalan saya. Sebagai seorang profesional, pihak tertinggi Keadilan Johor amat perlu hormati dan hargai saya. Setiausaha sekurang-kurangnya boleh datang bersua dengan saya, beramah mesra dan mengeratkan sirratul rahim.Sehingga ke hari ini, saya tidak tahu siapakah mereka-mereka yang mengepalai Keadilan Johor. Apakah aktiviti mereka.....entahlah!
 
Satu perkara yang ingin saya katakan, Keadilan tiada program menyeluruh yang boleh di jadikan asas atau 'vision' dalam mencapai objektif dan memenuhi manifesto. Tiada langsung program untuk jangka panjang. Bila di tanya, lidah menjadi kelu dan mulut terlopong. Perhatikan perjuangan PAS dalam menawan negeri Terengganu, perjuangan mereka mengambil masa bertahun-tahun tanpa sedikitpun luntur di tengah jalan kerana mereka ada pedoman, ada asas perjuangan dan program-program yang bertaliarus. Saya bertanya dan sanggup mencabar para jawatankuasa parti Keadilan Johor dan pusat, tunjukkan kepada saya dan ahli-ahli parti draf atau program menyeluruh untuk tempoh 10 - 20 tahun. Jangan cepat melatah! Fikir sejenak dan buat kerja kerana mentari masih ada! 
 
Sekian daripada saya.
 
Dr.Yusof MD
intruder63@hotmail.com

Hits: