Empayar Riak yang Sedang Nazak

Bahagian Dua

Rang  Undang-Undang  Anti Keganasan Menyediakan Waran Kematian

Kongres Amerika Syarikat  telah mengusahakan  beberapa rang undang-undang  dalam usaha mengawal semula keadaan  dengan   menggunakan satu akta  yang  dinamakan dengan akronim PATRIOT Act.  Perundangan itu  merupakan segelintir  peraturan yang  paling mencekik kebebasan yang pernah diluluskan  sejak  beberapa  dekad  yang  lalu.  Presiden George W. Bush dengan mudah  menandatangani  akta  tersebut  tanpa sebarang   bantahan, malahan beliau memang  begitu  girang melaksanakannya. Sama ada  dia sedar  mahu pun tidak,  pada ketika  itu, George  W. Bush, telah menandatangani satu waran kematian  Empayar Amerika.

Sememangnya  ia  adalah satu  waran kematian  Empayar Amerika kerana  beberapa sebab. Pertama, ia  telah menggabungkan beberapa   pihak yang kecil-kecilan tetapi penting, di sebelah kiri, tengah dan  kanan,  MENENTANG kerajaan Amerika Syarikat. Penggabungan ini merupakan manusia  biasa  yang semakin perihatin  kepada  kebebasan  dan kemerdekaan. Secara asasnya, Presiden dan Kongres  Amerika   telah  memberitahu  setiap individu apakah itu konsep  kebebasan dan kemerdekaan  di Amerika, daripada   aktivis ACLU hinggalah  penentang  WTO-NAFTA, kepada  agamawan  yang  konservatif hinggalah  pedagang    yang  berfikiran bebas.   agar semua  mereka  ini  pergi  jahanam. Dengan lain perkataan,  mereka telah  memberitahu  setiap   patriot  Amerika  yang  tulen supaya jangan  menyibuk lagi. Kebebasan dan kemerdekaan itu  adalah unsur  yang  tidak dianggap penting  lagi.Yang lebih dipentingkan  ialah  keselamatan. Anda  harus  duduk dan tutup mulut, kibarkan  bendera  negara  seperti  yang diarahkan.

Sekaligus  mereka  menghidupkan kembali  amaran  Benjamin Franklin (seorang bekas presiden  Amerika – penterjemah) satu ketika dulu,  bahawa mereka   yang menggadaikan kebebasan  kerana  pentingkan  keselamatan  tidak layak menerima apa-apa. Yang menjadi tragedi kepada  merka  ialah  kerajaan  akan menjadi bahan sasaran yang  lebih besar daripada  sebelumnya.

Luputnya   “Peperangan Membasmi  Keganasan”

Alsaan yang kedua ialah, kemunculan waran kematian itu  akan menentukan kecundangnya Peperangan  Membasmi  Keganasan. Perlukah  kegagalan itu  disandarkan  kepada insurans? Betul.  Bagaimana?   Kenapa?

Adalah tidak penting lagi  bagaimana  askar Amerika  menjalankan  peranan mereka di luar negara. Adalah tidak penting lagi  sama ada  mereka berjaya  membunuh  Osama bin Laden. Begitu juga  dengan jumlah  anggota  Al-Qaeda  yang  akan  mereka  bunuh di luar negara. Ukuran sebenar  kejayaan ataupun kegalan Peperangan  Membasmi Keganasan (PMK) akan bergantung  kepada kemampuan  tanah besar Amerika  mempertahankan  segalanya selepas semua  retorik  dan  tindakan di seberang laut  itu  digembeling  dan  dianggap sudah selesai.

Ini  membawa  kita  kepada  alasan  yang  ketiga  kenapa  empayar Amerika itu akan pupus  juga. Ia  ada kena mengena  dengan  dasar  imigresyen  negara. Daripada sejumlah dasar baru  yang dikuatkuasakan  sejak beberapa bulan yang lalu  untuk menentukan keselamatan  setiap  manusia  di  negara  ini, yang paling  terserlah  yang mungkin membawa  kebaikannya  ialah  untuk menutup  semua  pintu masuk di sempadan  dan membatalkan segala visa dan  ‘green cards’ (satu  sistem  pra-kelayakan seseorang luar menjadi warga Amerika - penterjemah), yang pernah diberikan  kepada  sesiapa yang memasuki negara ini daripada  negara  yang  beragama  Islam. Inilah satu akta  yang mampu  menyekat  lebih ramai  pengganas  memasuki negara  ini, dan boleh menjadi satu mekanisme untuk menghantar pulang  sekitar 95% bakal pengganas   yang masih meraban di negara  ini.

Sebaliknya  kita telah  mempersilakan  warga Syria  datang  menyertai kursus memandu pesawat terbang dan  kita  juga  berhasrat  mahu   memberikan  orang Pakistan yang menyebelahi   Taliban   kartu  bebas (carte blanche) untuk  memasuki  negara ini dan berkecimpung dalam aktiviti  keganasan.

Oleh kerana alasan yang ketiga itu tidak dapat  diperbetulkan, agen-agen yang berkemungkinan   menghancurkan Amerika  di bulan-bulan yang mendatang  dan tahun berikutnya, dan mengorbankan  berjuta  manusia  lagi, sudah pun  berada  dalam negara ini dan  akan terus  kekal  di sini. Lambat-laun mereka akan menjalankan tugas mereka. Semua  pengganas  ini  akan  menghancurkan  tanah besar Amerika. Mereka akan melaksanakan tugas itu  tidak kiralah  betapa  berjayanya  kita  menakluki medan perang di  luar  negara. Malahan,  adalah serba  mungkin setiap kali kita  menghenyak al-Qaeda di  luar negara, setiap kali itu pula  pengganas  di  dalam  negara kita  ini akan menghancurkan kita.

Rakyat  Amerika tidak akan  memaafkan kerajaan   dan segala agensi kerajaan yang akan merelakan perkara ini  terjadi. Mereka  sendiri akan  berpaling tadah  dan menghancurkan apa juga  yang  masih  tinggal tidak terjejas  oleh  al-Qaeda ketika itu  nanti. Samada mereka  menjadi ahli  Demokrat ataupun Republikan  tidak membawa sebarang makna kepada mereka kerana  mereka  semua telah membiarkan perkara itu  berlaku, dan  kedua pihak ini juga  yang akan  menanggung  dosa kerana  membiarkannya dilakukan.

FBI  menunjukkan   bahan bukti   kehilangan  pengawalan

Kini, sekali-sekala, pegawai  kerajaan sudah pun  menangkap  segelintir  manusia pemusnah ini. Sebagai  contohnya,  peristiwa mahu meledakkan  ‘Millennium Bomb’ telah dapat  ditumpaskan.  Tetapi, tidaklah sampai mereka itu dapat  ditangkap, semuanya, bertepatan dengan  masanya.  Kerajaan mengambil masa  selama tujuh belas tahun untuk menangkap   pengganas  pos yang terbesar, yang disebut  ‘the Unabomber’, sedangkan dia hidup  hanya  di sebuah teratak sahaja. Mereka berjaya  apabila  Timothy McVeigh memandu  sebuah kenderaan  yang tidak mempunyai  plet nombor; tetapi mereka masih tidak berjaya menangkap beberapa orang lagi yang  bersekongkolan  dengan  McVeigh. Kerajaan sudah pun memenjarakan  satu ribu orang asing gara-gara   peristiwa ngeri 9-11: kalau ada pun mereka yang telah didakwa, pendakwaan  mereka itu adalah berasaskan  perkara yang remeh-temeh seperti “berbohong dalam  membuat laporan  dan kenyataan  kepada pihak polis” mengenai pertemuan mereka dengan  salah seorang pengganas, ataupun berbohong ketika  mengisi borang permohonan  untuk  sesuatu. Ini menunjukkan kepada  saya bagaimana   penguatkuasa  tidak pun  mempunyai sebarang   peraturan yang terencana   untuk mendekati sesuatu. Penangkapan  sekitar satu ribu manusia  itu tanpa sebarang dalil menunjukkan betapa  tertekannya pihak  penguatkuasa  dan  ia memberikan petanda yang amat jelas  bagaimana mereka telah kehilangan  pengawalan: dan inilah petanda kezaliman yang  ramai antara kita  enggan  merelakannya  di amalkan di sebuah negara yang sepatutnya  bebas  merdeka.

Tidak ada sebuah kerajaan  yang  bersifat  hakiki  dan boleh bertahan sehingga kiamat. Namun, saya  kenal  ramai  manusia dalam kerajaan  yang  mempunyai  tanggapan semacam ini. Banyak  kerajaan dan ramai  pemimpin kerajaan yang bercakap  seolah-olah mereka akan terus  berkuasa  tanpa  perlu  menyerahkan kuasa.  Hitler bercakap  mengenai “a thousand year Reich” yakni satu  kerajaannya  yang  dapat  bertahan hingga kiamat, sedangkan kerajaannya  itu tumpas selepas  12 tahun sahaja. Kerajaan kepada salah satu kuasa  yang paling  besar  dalam abad ke-20 dulu, Soviet Union, runtuh  dan gagal bertahan untuk melangkah   ambang  abad  ke-21.

Sama ada Amerika Syarikat dapat bertahan  dengan selamatnya sebagai satu entiti, sama ada ia  dapat  diselamatkan  semula  mengikut  landasan  yang  pernah dilakar oleh peneroka asalnya, sama ada kita dapat melihat perpecahannya  kepada beberapa wilayah dan negeri dan daerah, sama ada  kita melihat nanti satu  pembentukan  semula beberapa negara yang berpecah itu menjadi satu ‘Confederate States of America’  ataupun  ‘Indian Nations’ (bekas wilayah Red Indians – penterjemah) adalah sesuatu yang tidak dapat saya ramalkan. Tetapi  ada satu perkara yang  amat saya yakini: apa yang disebut sebagai dunia kuasa besar imperial Amerika Syarikat sudah pun  menghilang.  Ia mungkin  mampu bertahan setakat  selepas  tempoh  jawatan presiden  Bush yang  ada, tetapi tidak mungkin ia dapat  bertahan lebih lama  lagi dari  itu.

Saya mendoakan agar  tidak ramai  warga Amerika  yang ada  sekarang ini yang tidak terbunuh  bersama  kerajaan  mereka.

Bersambung  bahagian tiga.

terjemahan SPAR

Hits: