Fokus Penyelewengan Dato Adnan Ramli di Permatang Pauh- 2

Oleh : Tok Perang

Permatang Pauh 8.11.2001 : Kerakusan Pengerusi Kariah Masjid Jamek, Kg. Pelet, Dato Adnan Ramli   terserlah sudah. Kerakusan membolot harta rakyat bukan sahaja diperhatikan oleh rakyat tetapi diakui sendiri oleh pemimpin Umno tempatan . Kerakusan memperkaya diri dan kroni dalam AJK Umno tempatan terutama nama -nama seperti Cikgu Salim dan Man Sharif sangat ketara.

Penduduk setempat hangat membincangkan isu membabitkan Bekas YB DUN Permatang Pasir yang juga selaku Pengerusi kariah Masjid Jamek, Kg.Pelet, Dato Adnan Ramli yang dituduh bertanggungjawab sepenuhnya di atas dakwaan berlakunya amalan rasuah serta salahguna kuasa yang ketara dalam pemberian projek membaik pulih bangunan tambahan masjid Kg. Pelet serta projek menukar bumbung bangunan sekolah Kafa dekat sini kepada warna biru.

"Bumbung yang lama tu nampak masih baru lagi , tapi depa tukar salin boh baru  dengan kos lebih dari  RM 30,000 .Kalau kiraan kasar orang tukar bumbung baru tak sampai pun RM 10,000. Kami tidak menolak pembangunan dan kami tahu projek itu untuk faedah kepada pelajar. Tapi kalau kos tu melampau sangat ini merupakan jalan pintas untuk merompak peruntukan kerajaan yang begitu lumayan," kata seorang tukang rumah yang tak mahu namanya disebut.

"Orang lain pun sapu juga, rasuah juga, tapi taklah begitu teruk macam Dato Adnan Ramli. Dia seperti mahu mencabar sensitiviti anak tempatan, termasuk dalam Umno sendiri. Hj Nan patut berjaga-jaga sikit, tidak semua aktivis Umno Permatang Pauh  suka dengannya. Jangan sampai telunjuk masuk mata," kata seorang ahli Umno yang ditemui dekat kedai makan di simpang Kg.Petani.

"Punya samseng nya Hj Nan ni, peruntuh masjid tu bukan dia bagi tau sapa, dia ingat masjid tu pak dia punya,kalau nak sapu duit projek tu pun sapulah cara lain.Masjid hak ramai bawak la berbincang, mesyuarat agung dah 6 tahun tak penah buat pakai lantik sendiri saja.Entah sapa yang lantik dia jadi pengerusi masjid , dia pakai lantik diri dia sendiri" kata seorang tua.

Penulis difahamkan kos membaikpulih bangunan tambahan Masjid Jamek Kg.Pelet mencecah lebih RM 100,000 untuk menaik taraf bumbung dan sedikit bahagian dinding masjid. Mengikut pakar pembinaan tempatan jika kos yang sebanyak itu kita mampu membina sebuah rumah banglo yang agak selesa. Beliau percaya berlaku amalan rasuah dalam pemberian tender kepada sub kontraktor cina yang rapat dengan Dato Adnan Ramli." Jika benarlah UMNO ini memperjuangkan nasib Melayu kenapakah projek menaiktaraf masjid seperti ini pun tidak boleh diberi kepada kontraktor-kontraktor Melayu yang  ada, kalau tak mau kontraktor yang sokong BA ambik la kontraktor yang sokong UMNO , koman sangat ka orang Melayu sampai nak buat masjid pun bagi kat cina" tegas kontraktor muda yang ditemui.

"Pak Nan buat apa pun pakai kepala dia saja, Khatib Hj Rahim pun depa nak pecat. Alasan yang diberi sebab Hj. Rahim baca khutbah tak mau ikut teks yang dikarang oleh Almarhum Bekas Mufti Johor. Buku teks khutbah warna hijau tu pakcik start dengaq dari pakcik budak dulu dok mai masjid sampai la ni depa bagi jawatan dalam masjid. La ni zaman IT ubah la sikit, pakcik kalau depa pecat Hj Rahim kami dah pakat ramai-ramai akan letak jawatan. Biaq kita nak tengok Hj Nan naik baca khutbah pulak". kata satu sumber.

Sebelum ini Hj Nan diberitakan menamatkan kuliah pengajian yang disampaikan Ust Ismail Din. Kuliah yang mendapat sambutan hangat dari penduduk itu ditamatkan dengan alasan yang tidak wajar. Ust Ismail Din dikatakan bukannya berkuliah tapi berceramah. Mengikut sumber yang lain pemberhentian Ust Ismail Din disebabkan Ust Ismail Din dalam pengajiannya menyentuh bab harta wakaf dan pusaka, yang umum masyarakat tempatan mengetahui bahawa bab harta wakaf dan harta pusaka yang melibatkan keluarga Hj Nan sehingga sekarang tidak lagi selesai.Hj Nan didakwa oleh ahli keluarganya yang lain membolot semua harta pusaka peninggalan keluarga kepada dirinya sendiri. [isu ini akan didedahkan secara detail dalam tajuk yang lain]

Akibat dari sikap hendak sapu wang rakyat, diberitakan dari sumber yang boleh dipercayai bahawa Hj Nan serta juak-juaknya yang ada telah menghantar permohonan untuk mendapatkan tender cat batu nisan kepada warna biru . Apabila berita perancangan jahat mereka "bocor" dapat dihidu awal oleh sebahagian  AJK Masjid serta anak kariah , Hj Nan diberitakan membatalkan hasrat tersebut. Betapa karat birunya juak-juak pencacai UMNO di peringkat bawah ni dahla masjid dari warna hijau ditukar kepada warna biru, bumbung bangunan Kafa pun ditukar kepada  warna biru, batu nisan pun nak cat warna biru jugak ??.

sambung lagi..insyaallah

Tok Perang 
8.11.2001

Hits: