Musharraf mahu pengeboman dihentikan
Musharraf says bombing should stop

PARIS: Serangan udara yang diketuai oleh AS ke atas Afghanistan harus dihentikan secepat mungkin, kerana seluruh dunia melihatnya sebagai satu peperangan yang memangsakan manusia yang tidak berdosa. Demikian pendapat Presiden Pervez Musharaf pada hari Khamis.
 
Dia berkata mahu meminta Presiden Amerika George W. Bush menggantung operasi itu sepanjang bulan Ramadhan yang akan bermula pertengahan November.
 
Meneruskan kempen itu sepanjang Ramadhan akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia Islam, katanya.
 
“Seluruh dunia akan menganggapnya sebagai satu peperangan terhadap golongan miskin dan yang tertekan di Afghanistan,” demikian pendapat Musharraf dalam satu persidangan akhbar selepas berbincang dengan pemimpin Peranchis di Paris.
 
Musharraf merupakan rakan sekutu yang utama dalam peperangan membasmi keganasan yang dipelopori oleh Washington, dan yang ditekankan oleh Bush sebagai usaha menghambat Osama bin Laden ekoran serangan September 11, yang menghenyak New York dan Washington.
 
Musharraf dijangka mendarat di London untuk perbincangan dengan Tony Blair, Perdana Menteri Britain, pada petang Khamis dan kemudiannya berlepas ke Amerika Syarikat untuk bertemu Bush sambil beliau menghadiri persidangan PBB.
 
Pakistan telah menawarkan banyak kemudahan ketenteraan kepada Washington untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat di Afghanistan di mana operasi pengeboman Amerika itu sudah memasuki bulan yang kedua.
 
Sokongan Musharraf itu telah memberikannya peluang untuk mengatur semula jadual pembayaran hutang lapuk Pakistan yang bernilai $36 bilion dollar semuanya.
 
Presiden Jacques Chirac telah memberitahu Pakistan ketika jamuan makan malam di Isana Elysee malam Rabu kelmarin, betapa Paris akan memberikan sokongan agar layanan baik diberikan kepada Pakistan dalam pengaturan jadual bayar balik hutang lapuk itu yang membabitkan kumpulan Paris Club. (Inilah nama satu kumpulan yang melibatkan pemberi hutang Eropah yang menyalurkan hutang mereka kepada negara dunia ketiga, yang tidak melibatkan Amerika Syarikat, secara langsung – penterjemah).
 
Musharraf juga telah bertemu bual dengan Perdana Menteri Peranchis, Lionel Jospin pada hari Khamis.
 
“Memang wujud persefahaman dalam isu Afghanistan dan apa juga tindakan yang diambil untuk mengembalikan keamanan kepada Afghanistan,” kata Musharraf kepada wartawan di pejabat Jospin. 
 
“Mengenai keganasan, ada sepakatan bagaimana beberapa masalah ekonomi yang dihadapi oleh Pakistan yang dapat diuruskan bersama dan telah dibincangkan dengan Perdana Menteri (Peranchis),” katanya. 

Terjemahan oleh SPAR. 

Hits: