Anthrax Memang Berasal Daripada Amerika
(Anthrax is of US Origin) - Pravda

Perkara ini adalah merupakan fakta yang kini diakui secara rasminya oleh para pegawai FBI. Mengikut penolong pengarah FBI Barry Moan, yang sedang memberikan penjelasan mengenai siasatan gelombang ketakutan awam terhadap serangan biologi itu, spora anthrax yang dijumpai adalah hasil pembiakan di Amerika Syarikat. Sudah jelas kini, analisis khas yang dihasilkan dalam makmal FBI sendiri, mendedahkan betapa spora anthrax itu adalah datang daripada dalam negara.
 
Penolong pengarah itu enggan memberikan berita lanjut. Mengikut siaran media massa AS, adalah amat sukar untuk membuat spekulasi daripada mana asalnya spora anthrax itu dan siapa yang terbabit membiak dan mengedarnya.
 
Adalah elok difahami, sebelum ini pihak berkuasa AS dan media massa Amerika telah menuduh beberapa negara di dunia ketiga, sebagai contohnya ialah Iraq ataupun Afghanistan tempat Osama Laden sedang menyorok sebagai pencetus pembiakan anthrax di Amerika itu. Malahan ada usaha mengambil laporan dan pengumuman beberapa kumpulan pengganas yang menuduh Osama Laden pernah membeli spora anthrax itu. Di AS beberapa usaha telah dilakukan mengaitkan kemungkinan pembelian spora anthrax itu daripada makmal Russia, dan berita itu diulang-ulang berkali-kali secara meluas di negara itu.
 
Tamat.

(He.he...ada pemijmpin Melayu yang sanggup mengaku anthrax itu berasal daripada Malaysia sebagai alasan menunjukkan ada orang Melayu yang pandai membiak spora anthrax. Kisah anthrax yang dikirimkan daripada Malaysia diulang-ulang dan dibesar-besarkan di TV dan radio, sedangkan itu semua adalah kerja putar belit kerajaan Bush. Inilah dasar pemimpin UMNO haprak!!!!!!) 

Terjemahan oleh SPAR. 

Hits: