Anak Lelaki Mangsa Yang Terselamat di WTC Menyertai Taliban
WTC Survivor’s Son Leaves NY To Fight With Taliban

Oleh Damon Johnston, New York.

Ketika menara Pusat Dagangan Dunia menyala dengan ganasnya, ibu Mohammed Junaid telah diselamatkan oleh ahli penyelamat bomba dan pegawai polis yang berani.
 
Akan tetapi, cara Junaid, yang berusia 26 tahun menyatakan terima kasih beliau itu telah memeranjatkan New York.
 
Sebagai membalas usaha menyelamatkan nyawa ibunya, warga Islam–Amerikan itu telah sanggup belot dan membeli sekeping tiket satu hala menuju Pakistan untuk mendaftar menganggotai Taliban dan membunuh orang Amerika. 
 
Junaid berlepas dalam satu misi yang diangap berjihad seminggu selepas ibunya, seorang pekerja pejabat di tingkat sembilan di North Tower telah dapat diselamatkan. Lebih kurang 4500 yang lain tidak begitu baik nasibnya dan telah terkorban dalam serangan ngeri September 11. 
 
“Ibu saya telah terselamat tetapi saya tidak merasa apa-apa terhadap peristiwa September 11 itu,” kata Junaid. 
 
“Saya telah melihat bagaimana menara itu runtuh tetapi saya tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap warga Amerika yang terperangkap di dalam. Saya mungkin memiliki pasport Amerika, tetapi saya bukannya warga Amerika kerana saya adalah seorang (yang beragama) Islam.”
 
Junaid menawarkan perjuangan jihadnya terhadap negaranya sendiri ketika sampai di Islamabad, Pakistan, sambil menunggukan peluang memasuki Afghanistan untuk menganggotai Taliban.
 
“Saya tidak merasa sebarang sesalan kerana kematian orang Amerika,” demikian jawab Junaid kepada TV ITN, Britain. 
 
“Saya bersedia membunuh orang Amerika. Saya akan membunuh setiap orang Amerika yang saya jumpai nanti di Afghanistan. Saya akan membunuh setiap askar Amerika yang saya temui nanti di Pakistan.”
 
Ibu bapa Junaid telah berhijrah daripada Pakistan. 

Terjemahan oleh SPAR. 

Hits: