Healey: Peperangan tidak ada peluang menghancurkan keganasan
Healey says war has no chance of destroying terrorism

Oleh Paul Waugh (Timbalan Editor Politik) Independent.

Bekas Chanselor (menteri kewangan Britain) Lord Healey telah menjadi seorang pemimpin Labour Party yang terkanan mengkritik peperangan mengganyang Afghanistan semalam, apabila dia menyerang barat dengan berkata: “mereka membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.”
 
Lord Healey pernah menjadi timbalan ketua parti, telah melaungkan kesangsian beberapa ahli parlimen Labour ketika dia meminta agar dihentikan pengeboman supaya bantuan kemanusiaan dapat diberikan kepada mereka yang memerlukannya. 
 
Ketika bercakap di BBC Radio 4 dalam program ‘Today’ dia berkata: “Yang banyak terbunuh ialah wanita dan kanak-kanak. Dari segi kemanusiaan, saya fikir ini adalah sungguh memalukan. Ini juga memberi ruang yang kuat dari segi perdebatan politik. Peperangan itu tidakpun dapat peluang membunuh Osama bin Laden ataupun menghancurkan pergerakan Al-Qaida. Malahan, ia akan mencetuskan kebangkitan lebih ramai pengganas, menyebabkan lebih ramai manusia dunia Islam yang akan membenci Barat.
 
“Inilah yang menjejaskan martabat kerajaan yang sekarang ini berhubungan baik dengan Barat dan amat penting dikekalkan terutama sekali Arab Saudi dan Pakistan.”
 
Lord Healey pernah menjadi Setiausaha Pertahanan parti Labour yang paling lama, antara 1964 hingga 1970. Beliau juga pernah menjadi menteri luar bayangan pada awal 1980-an. Ketika Perang Dunia Kedua dia pernah berkhidmat di Afrika Utara dan Itali dengan Royal Engineers, hingga berpangkat major pada 1944.

Jurucakap rasmi perdana Menteri Britain telah menyambut kritikan Healey itu dengan berkata: “Sebenarnya kita tidak ada pilihan, kerana wujudnya ancaman pengganas yang aktif. Ini perlu ditangani. Kalaulah kritikan itu mencadangkan supaya tidak dilaksanakan kempen ketenteraan, kita sebenarnya terpaksa mengikut budaya diplomatik dan politik. 
 
Setiausaha Pertahanan dalam Negara, Geoff Hoon, berkata: Adalah satu lambang demokrasi apabila suara kritikan seperti itu dapat didengar, sedangkan di Afghanistan “sebenarnya ada manusia yang terbunuh kerana menyuarakan pendapat semacam itu.’ 

Terjemahan oleh SPAR. 

Hits: