Rangkaian Osama Laden merancang ratusan serangan
Bin Laden network ‘plotted hundreds of attacks’

Oleh Julian Boger di Washington. 
8/11/01. The Guardian

Serangan udara yang mengerikan pada September 11 dulu merupakan hanya secebis serangan daripada satu rencana besar oleh Osama bin Laden dan Al-Qaida, mengikut yang dilaporkan kelmarin. (Awas ini berita propaganda yang mesti diketahui oleh setiap orang Melayu yang beragama Islam)
 
Sejak tiga tahun yang lalu, perisikan AS telah mengesan beberapa rencana (plot) terhadap kedutaan Amerika di 14 negara, kebanyakannya di Asia dan Afrika dan terdapat lebih 600 ugutan yang berwibawa mengenai serangan itu. Ada yang dapat dielakkan dengan penangkapan, ataupun peningkatan kewaspadaan. Ada yang nampaknya sudah dibatalkan ataupun sengaja ditangguhkan.
 
Jangkauan pengaruh bahaya keganasan dan cita-cita Al-Qaida telah didedahkan dalam satu buku terbaru tulisan Peter Bergen, seorang penganalisis keganasan CNN yang pernah menemubual Osama Laden di Afghanistan pada tahun 1997. Buku itu berjodol ‘Holy War Inc – Inside the Secret World of Osama bin Laden, mengisahkan al-Qaida sebagai satu MC yang mempunyai pelaburan dalam bentuk sel pengganas di seluruh dunia. Bergen berpendapat, seandainya Osama Laden terbunuh, ahli lain akan menggantikannya, termasuklah dengan segala kemungkinan anak lelakinya Mohammed ataupun ketua unggulan pertubuhan itu, Ayman al-Zawahiri. 
 
Selama satu tahun, Osama Laden telah berhubungan dengan rangkaian empayarnya melalui satu telefon satelit yang sebesar komputer bimbit yang dibeli di New York dengan harga US$7,500 pada 1996. Tetapi, tidak berapa lama selepas itu, dia semakin sedar bahawa hubungan perbualannya dipantau oleh satelit AS. Sejak itu, mengikut catatan Bergen, Osama berhubung dengan gelombang radio ataupun secara bersemuka, menyebabkan kerja-kerja pemantauan AS menjadi tunggang-langgang.
 
Mengikut cerita buku itu, al-Qaida telah merancang serangan ke atas tiga buah kedutaan AS tahun ini; di Yemen, Bangladesh dan India. Rencana di India itu telah digagalkan dengan penangkapan dua orang di New Delhi yang membawa bersama mereka enam kilo bahan ledakan. Perancang utama operasi itu ialah Mohamed Omar al-harazi, yang juga merupakan ketua sel yang melancarkan serangan mengebom kapal perang US Cole tahun lalu.
 
Holy War Inc memperlekehkan peranan CIA dalam menubuhkan kumpulan pengganas yang berpengkalan di Afghanistan sepanjang 1980-an dulu. Ketika peperangan menentang Soviet Union, Osama bin Laden berkerja rapat dengan perisikan Saudi, kata Mr. Bergen. “Osama Laden sebenarnya ketika itu bertugas sebagai satu cabang perisikan Saudi.”  

Terjemahan oleh SPAR. 

Hits: