Indian PM says US 'poorly prepared'
Prime Minister Atal Behari Vajpayee Terjemahan
Vajpayee seeks Indian input into Afghanistan's future
Indian Prime Minister Atal Behari Vajpayee has said that the United States was inadequately prepared for its military campaign in Afghanistan.

Mr Vaypayee's comments appear in an interview with the Washington Post newspaper, published a few hours before he meets President George W Bush in Washington.

Mr Vajpayee told the newspaper that the US was suffering from poor intelligence.

Analysts say this is a veiled reference to the Pakistan intelligence service, the ISI, which built up an extremely close relationship with Afghanistan's ruling Taleban.

Last month a new head of the ISI was appointed, in a move seen aimed at distancing it from the Taleban.

The Indian leader also said the campaign was being dragged out because Washington has not given enough support to the opposition Northern Alliance in Afghanistan.

Balance of power

President Bush is expected to try to reassure Mr Vajpayee of America's continued support for India, despite its now close relationship with Pakistan.

The Indian premier, who flew in from Russia on Wednesday, is also likely to face further pressure to re-open high-level talks with nuclear rival Pakistan, currently deadlocked over the issue of Kashmir.

But despite speculation about talks with Pakistani President Pervez Musharraf at the United Nations in New York on Saturday, a meeting looks increasingly unlikely.

In a meeting with leaders of the US Senate and House of Representatives on Thursday, Mr Vajpayee warned that the war against terrorism could not end with Afghanistan.

"While tackling terrorism in Afghanistan, if members of our coalition are permitted to indulge in terrorist adventures elsewhere, it would defeat our objectives," Mr Vajpayee said in an apparent reference to Pakistan.

 
Indian soldier
Tensions with Pakistan will be high on the agenda
Ever since the 11 September attacks, Delhi has sought to widen the so-called war on terrorism to include Islamic militants fighting its rule in Kashmir.

India accuses Pakistan of backing armed militants in Kashmir, but Islamabad denies active involvement.

US representative Jim McDermott said he believed India was the real anchor in South Asia, but also added that Washington had had to avoid boosting the cause of Islamic militants in Pakistan.

Shaping the future

Mr Vajpayee is also keen to ensure Delhi can influence the shape of a future administration in Afghanistan if the Taleban regime is overthrown.

 
UN General Assembly
Vajpayee and Musharraf will be at the UN together, but they will not meet

Reports say he may press President Bush for Indian inclusion in the "Six Plus Two" groups nations comprising Afghanistan's neighbours as well as the Russian Federation and the United States.

Both Russia and India back the anti-Taleban Northern Alliance, putting them in direct confrontation with Pakistan which has backed the Taleban.

Mr Vajpayee will fly on to London at the weekend for talks with Prime Minister Tony Blair.



Persediaan Perang AS Yang Haprak 
Drp BBC News

Perdana Menteri India, Atal Bahari Vajpayee, menyatakan semalam betapa AS telah menunjukkan satu persiapan perang yang haprak dan tidak memadai untuk melancarkan kempen ketenteraan di Afghanistan. Komen itu muncul dalam wawancara dengan Washington Post yang diterbitkan beberapa jam sebelum dia dijadualkan bertemu George W. bush di Washington. Vajpayee memberitahu akhbar itu betapa AS ketandusan perisikan yang canggih.

Para analis menganggap ini sebagai satu sindiran tajam dengan merujuk kepada perkhidmatan perisikan Pakistan, ISI, yang mempunyai hubungan yang sungguh intim dengan puak Taliban yang menguasai Afghanistan. Bulan lalu, ketua ISI telah bertukar orang, dalam satu usaha dilihat untuk menjarakkan Pakistan daripada Taliban.

Pemimpin India itu berkata bahawa kempen itu sengaja dicetuskan secara berpanjangan kerana Washington tidak memberikan sokongan secukupnya kepada puak pembangkang di Afghanistan, yang dikenali sebagai Pakatan Utara. (ingat: India memberikan sokongan kepada puak ini menentang Taliban, mengikut rentak Soviet Union - penterjemah).

Imbangan Kuasa:

Presiden Bush dijangka memberikan keyakinan kepada Vajpayee bahawa Amerika akan terus menyokong India, walaupun sudah wujud satu hubungan intim dan mesra dengan Pakistan. Perdana menteri India itu, tiba daripada Russia Rabu lalu, berkemungkinan berhadapan dengan tekanan untuk menyambung semula rundingan peringkat tertinggi dengan saingannya yang turut memiliki nuklear, Pakistan, dan yang kini turut bermusuh dengannya disebabkan masalah Kashmir.

Walaupun wujud spekulasi adanya perundingan itu bersama Perves Musharraf di PBB pada hari Sabtu ini, semakin hangat pula spekulasi mengatakan mereka tidak mungkin bertemu mengenai isu hangat itu.

Dalam pertemuannya dengan ahli senat dan dewan perwakilan AS, Khamis lalu, Vajpayee menyatakan bahawa peperangan membasmi keganasan melawan Afghanistan itu tidak akan berakhir dengan Afghanistan sahaja. "Ketika memerangi keganasan di Afghanistan, seandainya ahli pakatan sekutu dibiarkan pula menyibuk dengan kegiatan keganasan di tempat lain, ia akan melumpuhkan tujuan sebenar pakatan sekutu itu," demikian beliau menyatakannya sambil menyindir Pakistan sekali lagi.

Sejak 11 September, Delhi telah melebarkan apa yang disebut sebagai peperangan itu untuk melibatkan juga pejuang Islam yang memperjuangkan hak pemerintahan sendiri di Kashmir. India telah menuduh Pakistan memberikan sokongan kepada pejuang Kashmir, tetapi ini telah dinafikan oleh Islamabad.

Perwakilan AS, Jim McDermott berkata dia percaya India adalah satu kuasa yang tegap di Selatan Asia, tetapi turut berpendapat bahawa Washington terpaksa mengelakkan sebarang usaha memperkasakan perjuangan Islam di Pakistan.

Lakaran masa depan

Vajpayee memang ingin menentukan pengaruh Delhi dalam melakar pentadbiran masa depan di Afghanistan seandainya pentadbiran Taliban kecundang dan digugurkan. Ada laporan yang menyebut dia mungkin meminta Presiden Bush mengambil kira dalam "Enam campur Dua"; satu komposisi penglibatan negara luar yang menjirani Afghanistan termasuk Russia dan Amerika Syarikat.

Russia dan India memang menyokong Pakatan Utara dan inilah yang membuatkan dua kumpulan itu berkonfrontasi secara langsung di mana Pakistan memberikan sokongan penuh kepada Taliban.

Vajpayee akan terbang ke London akhir minggu ini untuk berunding dengan Tony Blair pula. 

Terjemahan oleh SPAR. 
Hits: