Amerika  Masuk Perangkap  Osama  Laden

(US  Falling  Into  bin Laden’s Trap)

By Ela Dutt: Indo-Asian News Service

 

Washington (IANS)  -  Seorang pakar  Amerika mengenai  Asia Selatan, telah  memberi ingatan kepada  AS  agar  tidak terus  terjebak  kepada perangkap  Osama Laden, sambil menyebut  betapa  strategi tentera  di Afghanistan  tidak  mampu berfungsi dengan  baik.

 

Professor  Barnett  Rubin, pengarah  pengajian  di  New York University’s centre  on International Corporation, telah memberitahu demikian kepada  Kongres. “Buat masa ini, nampaknya ada  beberapa  tahap  strategi ketenteraan  di Afghanistan  yang  tidak  mengenai matlamat  kita, dengan berkesan.

 

“Saya amat  rungsing   bahawa  kita semakin terjerlus  dalam  perangkap   yang dipasang  oleh  Osama laden,” demikian pendapat  Rubin kepada   House International Relations Committee   yang  membincangkan pendapat mengenai  masa depan  Afghanistan.

 

AS telah  melancarkan serangan udara selama satu bulan lamanya  setakat ini  dengan tujuan  mahu  mendesak Osama Laden  mengaku kalah. Rubin berpendapat sasaran  pengeboman AS itu  telah memangsakan  masyarakat awam yang tidak berdosa  menyebabkan  mereka   membenci  AS   dan  menyulitkan misi AS  dan  sekutunya  untuk  menubuhkan satu   pentadbiran pasca-Taliban.

 

Ini juga  telah  memudarkan  pendapat  umum  dalam dunia  Islam dan beberapa bahagian  masyarakat Eropah.

 

“Pengeboman dan  kempen besar-besaran  AS untuk menggembeling   satu pasukan  tentera darat  yang besar   mengalahkan Taliban itu   akan  menghasilkan satu usaha   memulihkan Afghanistan, ataupun  mencapai sasaran    yang menjadi  matlamat  presiden Amerika,” kerana  “betapapun kita  mengganas  menyerang  mereka  tidak pula kita  mempunyai niat  untuk  menggerakkan  askar kita sendiri  untuk  menguasai  bumi  mereka itu.”

 

Tidak ada satu pasukan asing  yang  mengirim tentera daratnya akan berjaya  menakluki Afghanistan, kata  beliau, sambil menambah bahawa  pengeboman itu semua sudah pun mencetuskan  semangat  patriotik di kalangan  rakyat Afghan.

 

AS mengebom  kubu  pertahanan  Taliban sebagai  membantu  pergerakan  pakatan Utara untuk mara  di bahagian   serangan hadapan mereka, terutama sekali  untuk  merampas Mazar-e-Sharif dan Kabul.  Namun, dia  memberikan ingatan bahawa penentang Afghan itu  bukannya  calon terbaik untuk mengambil tempat  Taliban  kerana  ia hanya merupakan sebahagian daripada jawapan  kepada  muslihat  besar  itu.

 

Sambil memberikan penjelasan  kewujudan beberapa fraksi  dalam  pasukan penentang  Taliban, Rubin menyatakan betapa perlunya  dicari  alternatif lain yang dapat  menghindari   hak asasi manusia   oleh  puak-puak yang kini sedang  disokong  penuh oleh Washington.

 

Dia menyebut bahawa  gelagat Amerika  menyokong  Front  Utara  pimpinan  Burhanuddin Rabbani  dan  Pakatan Utara itu, akan  memperkasakan lagi  kedudukan Taliban di  bahagian Selatan  dan di kalangan   penduduk bandar   yang  takutkan berulangnya  peristiwa  1992-1996, apabila tercetusnya  perang saudara  sehinggakan Kabul musnah  dan  ribuan  manusia  telah  terkorban.

 

“Hanya   satu  kerajaan Afghan  yang  berakar-umbikan  pentadbiran Pashtun  di bahagian Selatan Afghanistan akan  dapat  menyudahkan kerja   merapuhkan kedudukan Al Qaida,” katanya sambil menambah  memang tidak ada  cara lain untuk menjanjikan kemenangan  ketenteraan  yang   mencapai sasaran AS tanpa  penyelesaian politik.

 

Pentadbiran Taliban  adalah dikuasai oleh   Kaum Pashtun,  yang merupakan  40 persen penduduk Afghanistan yang  ditaksirkan  sekitar 16 juta. Tetapi Pakatan Utara  itu  hanya  dianggotai oleh   Tajik, Hazaras, Uzbek  dan  minoriti lain.

 

Tamat SPAR 

Hits: