Tentera  Akhbar Asing  Di Pinggir  Quetta Menerbitkan Berita Hampas 
(Army of  Foreign Press isolated In Quetta Is ‘Churning Out  Trash’)

 

Oleh: Masood  Anwar. The  News- Pakistan  8/11/01.

 

 

Sempadan Chaman, Quetta  -  Apa juga  yang banyak  dilaporkan  oleh  media  dunia luar  yang  mengirimkan  perwakilan mereka di  sepanjang  sempadan  Pak-Afghan, yang menghampiri  taman  balapan  serangan  udara, kebanyakannya adalah merupakan berita hampas dan sensasi  yang sengaja  diolah  dengan tipu helah yang  bertaraf sampah, kerana para wartawan itu  kebanyakannya  bertaraf orang tebusan, disebabkan  keadaan  dan  kawalan ketat  mengikut  peraturan.

 

Kumpulan  wartawan asing, yang  bercendawan di Hotel Serena di Quetta tidak  mempunyai banyak pilihan selain  berkenderaan  ke pekan Chaman setiap hari, melihatkan  Afghanistan  daripada   bumbung   stesyen kawalan ‘Pashin Scout’s Check-post’. Dari situlah  mereka  mengambil  apa juga  gambar orang Afghan melalui  lensa  yang berkuasa  tinggi dan  kemudiannya  pulang semula  ke pengkalan  mereka di Quetta  untuk bersantai  di petang hari seolah-olah sudah bertugas berat sepanjang  hari.

 

Selepas  makan tengah hari  wartawan asing ini  dimuatkan dalam kereta ‘station-wagon’ dan diiringi pengawal tentera dan  komando polis  untuk  bertolak ke kawasan sempadan. Mereka tidak boleh  keluar bersendirian kerana  akan  dibaling bayu oleh orang tempatan dan menghadapi bahaya  mungkin diculik pula seandainya  mereka  berani  menyahut  risiko  itu. Pihak tentera  memberikan mereka  perlindungan itu  untuk keselamatan mereka.

 

Malahan di Quetta mereka selalunya  memengap dalam hotel sahaja kerana  untuk keluar tanpa   iringan  pasukan keselamatan adalah satu  kerja yang amat  berbahaya. Jadi, semua  nama besar dalam dunia kewartawanan  sejagat sebenarnya  tidak tahu  hujung pangkal  apa  sebenarnya berlaku di Afghanistan atau di tempat lain.  Mereka tidak punyai   sumber bebas untuk  memperakukan sebarang  berita  yang mereka terima. Itu sebabnya  ramai  kehairanan  memikirkan di manakah mereka sebenarnya  sedang membuat  liputan  langsung  itu;. Selalunya  mereka menerima maklumat yang diberikan oleh  pejabat tempatan Taliban dan  petugas  NGO  yang  berkhidmat di Afghanistan.

 

Setelah  memandu  sendiri  wilayah Afghan  sehingga Kandahar dan  pulang semula  ke  Pakistan, adalah amat jelas  keseluruhan wilayah itu  dikuasai oleh Taliban laksana  satu  tabir besi  di mana segala  gambaran dan kisah  kematian dan kecederaan  yang dilaporkan daripada setiap serangan AS  di wilayah itu hanya  merupakan  laporan  daripada  taksiran dalam khayalan. Terpulanglah kepada  para wartawan asing  yang membuat  laporan  mengenai setiap peristiwa itu  menyatakan  bencana perang yang  berlaku.  Semua pihak yang berkepentingan  mengada-adakan   versi mereka sendiri   untuk disogok kepada  semua   wartawan asing  yang  terlalu ghairahkan berita sebagai  dalil  betapa pentingnya   mereka mesti terus   bercendawan  di sana.

 

Ketika  saya   bertahan selama dua minggu di Afghanistan, saya  dapati tidak ada  jalan mudah  untuk  mendapatkan  taksiran bencana  perang kerana tidak wujud sebarang sistem komunikasi terbuka dan bebas di negara itu lagi. Lagi pun sudah tidak wujud lagi hubungan terus  antara  cawangan pentadbiran  Taliban untuk melaporkan kepada  ibupejabat  mereka  di Kandahar  ataupun  Kabul mengenai kesan  pengeboman AS  dan Britain  itu.

 

 

Pada hari akhir  sebelum  menyeberang masuk  Quetta  di persimpangan  Chaman, dan sebelum saya dapat  mengirimkan berita  ke  pejabat saya, seorang pemberita  tempatan  telah menahan saya menyanyakan  dari mana  saya  datang.”Kandhar”, jawab saya. Kemudian dia  cuba mempengaruhi saya akan satu berita  yang  merupakan sumber pilihannya, bahawa  pemimpin Taliban, Mulla Umar sedang  melawat  Kandahar dan berjumpa  pemimpin tempatan  di satu  taman.  Saya  menjawab tidak mendengar  berita itu dan  menyoal beliau apakah  punca  beritanya itu.  Tanpa  sebarang  pujukan dia  menawarkan  berita  bagaimana seorang  pekerja NGO yang baru  sahaja mendahului saya  “memberikan  laporan” itu. Tidak lama kemudian  berita  sensasi itu akan dijual pula  kepada  wartawan asing  yang  bernama besar  di Serena dan mereka  dijangka berlari mendapatkan komputer  ataupun telefon selular   mereka untuk mengarang  dongeng  dan menghantarkannya  ke pelusok dunia. (he....itukah kerja  Astora  Jabat dan  wartawan Melayu di  Pakistan???)

 

 

Satu sebab kenapa   kebanyakan wartawan yang ternama itu tidak dapat berita  asal   secara  terus  ialah  gelagat  konsulat Taliban  di Quetta. Mereka  tidak mesra terhadap  para wartawan yang mahukan visa  memasuki Afghanistan, kerana  menganggap mereka sebagai perisik  AS.

 

Malahan pasukan wartawan  yang  berkumpulan  memasuki Kandahar, yang ditaja dan  dilindungi oleh Taliban, tidak berupaya mendapatkan berita  yang  bebas maklumatnya.  Pasukan  wartawan itu tidak bebas bergerak sendirian dan sentiasa  dikawal oleh  pasukan bersenjata. Tidak ada jalan untuk mereka  mengesahkan segala maklumat yang diberi oleh  pihak Taliban ataupun tempat yang ditunjukkan  kepada  mereka  itu.

 

Rakyat Afghan  biasa  tidak berani bercakap dengan  orang putih, terutama sekali  kalau ada  pengawal Taliban  berdekatan. Kerana itu  pelawat  khas itu gagal  mendapatkan gambaran  yang benar. Pergerakan mereka betul-betul bergantung kepada kerjasama Taliban  dan  tugas mereka amat terhad kepada   taklimat Taliban  dan penggambaran  hospital dan   tempat yang telah  dimusnahkan oleh  pengeboman  udara Amerika.

 

Seandainya seseorang itu  didapati menggunakan  kamera ataupun telefon selular  dalam Afghanistan, orang itu  akan terus  dikenakan tuduhan merisik. Hukuman paling minima ialah penjara dan  paling maksima ialah  hukuman bunuh serta merta. Hukuman  undang-undang rimba  memang  sedang  diamalkan dan tidak ada  sesiapa  bersedia  menyelamatkan seseorang yang terpenjara  kerana tuduhan  menjadi seorang ‘spy’.

 

 

Pengalaman yang bertahun-tahun  melihatkan  bom dan peluru  berpandu menghujani bumi Afghanistan, menyebabkan  serangan udara sekarang satu  peristiwa biasa  kepada setiap  warga Afghan di Afghanistan.  Mereka tidak kaget  dan kelam kabut lagi. Lagi pun, kepada  kebanyakan warga Afghan, semua bom itu sama ada  sudah meledak ataupun belum  adalah merupakan punca rezeki harian. Setiap kali peluru  berpandu  meledak di bumi  Kandahar, dan  asap tebal mula berkepul dengan jelasnya,  orang tempatan mula  bergaduh sesama mereka  untuk mendapatkan  cebisan  bom yang  bersepai  ataupun yang  belum meletup lagi. Cebisan sekerap itu adalah hanya  punca pencarian hidup harian mereka.  Satu tan sekerap  dapat dijual sebanyak Rs 125 kerana  mata wang rupee  memang merupakan mata wang  umum –dan satu trak yang  bermuatkan  sekerap  itu  hasil cebisan bom yang bersepai  setelah  menggegarkan  pergunungan Afghan  boleh dijual dengan harga Rs1,300.  Ini merupakan satu  perniagaan besar kepada segelintir manusia dalam peperangan yang  sungguh  buruk  ini.

 

 

Taamt SPAR.

Hits: