Impikan era baru perjuangan parti keadilan? 

Bahagian II

Jika sebelum ini saya berbicarakan tentang MENTALITI, kali ini saya akan memperkatakan tentang AMALI.

 
AMALI
Apa bila di sebut amali terasa perkataan agak tradisional, dan berbentuk Melayu lama. Tetapi perkataan tersebut saya rasakan amat sesuai sekali.
 
Dalam catatan saya sebelum ini, saya pernah mencabar para pemimpin tertinggi Keadilan supaya tunjukkan strategi atau perancangan jangka panjang. Sejauh manakah perancangan parti untuk memenangi hati orang ramai? Adakah setakat ceramah sana-sini dengan agenda monotonus iaitu" mengkritik Mahathir, UMNO, BN dan kerajaan"? Apakah nilai kebajikan yang telah di buat  oleh parti untuk masyarakat? Dan pelbagai persoalan timbul yang saya pasti barisan pemimpin Keadilan amat sukar menjawabnya........di sebabkan sibuk balas-membalas dengan Mahathir dan kroninya.
 
Saya perhatikan KEWIRAAN para teman kita yang di tangkap ISA telah di letakkan pada jalan yang salah. Selepas penangkapan mereka, gerakan reformasi dan keadilan ibarat hilang suara keramat! Ya! sewaktu penangkapan mereka, mereka di ibaratkan WIRA tetapi laungan itu hanya menutup kehampaan dan kerugian besar yang di alami dan rasai.. Tiada lagi kedengaran keberanian sdr. Ezam sehingga sekarang. Kejadian ini terjadi kerana tiada perancangan dan strategi yang seimbang dengan kekuatan, kekuasaan Mahathir dan kerajaannya. Akibatnya, wira-wira kita merengkok dalam ISA. Di mana-mana negara sekalipun dan jika saya berada di kedudukan Mahathir, sudah pasti saya akan menggunakan apa cara sekalipun demi keutuhan kerajaan dan diri saya sebagai pemimpin. Saya akan gunakan segala kuasa eksekutif yang saya ada untuk menghalang asakan anasir-anasir yang mengganggu gugat 'keharmonian' kedudukan saya dan kerajaan yang saya bentuk. Tanyalah sdr. Anwar, beliau pasti mengangguk 'Ya'. Impact bertentang arus dengan kerajaan amat tinggi risikonya sehingga akibatkan tindakan ISA digunakan. Kenapakah perjuangan sehingga sebodoh itu? Siapakah yang bodoh? Tepuk dada tanda selera!
 
 
Dr.Yusof MD
intruder63@hotmail.com
 
Hits: