Mereka Yang  Menggunakan  Proksi Adalah Pembunuh Juga 
(When those who play proxy are killers)

Oleh: Michael Kranish in Washington

Pembunuhan  beramai-ramai itu  terjadi  pada  satu malam  bulan Mei, 1997, di bahagian utara Afghanistan. Sekitar 3,000 orang  askar  telah  dikepung. Ramai  yang telah dibunuh  dengan kejamnya di kawasan  gurun pasir; yang lain  dipaksa  terjun ke dalam telaga, di  mana bom tangan  dilontarkan untuk  membunuh mereka.

Semua  yang  dijadikan mangsa  dan dibunuh  dengan kejam itu  adalah  pasukan Taliban, dan  para pembunuh  mereka adalah  anggota  pasukan Pakatan Utara. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu  disambut  ulangahunnya  setahun  kemudian  dengan cara yang sama. Kali ini  ia  dilakukan oleh Taliban dengan geram   sebagai satu  langkah  membalas dendam.

Kekejaman itu  yang memang lama  diketahui  oleh kumpulan  hak asasi  manusia dan hanya baru  kini  diketahui  secara meluas  oleh dunia, adalah salah satu sebab utama kenapa Amerika Syarikat . memilih  Pakatan Utara   sebagai  tulang-belakang  usaha menubuhkan kerajaan pasca Taliban di  Afghanistan.

Kekajaman  itu  mencetuskan bebarapa  persoalan  yang  menakutkan, seperti: apakah AS akan  mengusahakan  pengadilan  terhadap  mereka dalam Pakatan Utara  yang pernah dituduh  melanggar  hukum  undang-undang  antarabangsa; dan apakah  AS  sendiri tidak melanggar  undang-undang  kerana  bersekongkolan  dengan  kumpulan-kumpulan penganas semacam itu?

Kini, semakin ramai  pengkritik   kumpulan Taliban  berkata  bahawa  mereka  amat khuatir kalau-kalau  Taliban akan  digantikan oleh beberapa  kumpulan  yang telah menjalankan  segala  keganasan  itu  dulu.

Michael Ignatief, pengarah  ‘Harvard University’s Carr Centre  for  Human Rights Policy’, berkata:  “Kita berkemungkinan  terjebak dengan  keadaan mempertahankan hak asasi  manusia  dengan   proksi  ataupun wakil  yang  sebenarnya  merupakan kumpulan ganas  yang  melanggar  hak asasi  manusia  itu. Ini  merupakan  masalah kita sebenarnya.” “Alternatif  kepada  berurusan dengan  proksi yang  tidak  berwibawa  itu  ialah dengan menggembelingkan  250,000  askar Amerika  di bumi Afghanistan.”

Bekas setiausaha  pertahanan, Caspar Weinberger,  membuat perbandingan  keadaan ini dengan  kaedah   AS  bersekutu  dengan  Soviet Union  pada  Perang Dunia Kedua. “Pada dasarnya  inilah pandangan  saya  terhadap  Pakatan Utara.”

Sejarah  Afghanistan  yang terbaru menunjukkan  bahawa  beberapa  kumpulan  yang berperang (saudara) itu selalunya  membalas dendam setelah  mencapai kemenangan dengan membunuh  masyarakt awam  yang ada hubungan dengan   puak  yang  mereka kalahkan. Beberapa pegawai  AS  amat  sangsi  bahawa  keganasan  yang terbaru  terhadap orang awam akan berulang  lagi  seandainya   kumpulan Pakatan Utara  dibenarkan  mengambil alih bandar besar  selepas  AS  selesai melancarkan  pengebomannya.  Itu sebabnya penekanan dibuat   terhadap  cara  menubuhkan  satu  kerajaan  pasca-Taliban, yang dianggotai banyak kaum.

Ada satu  perundangan  yang telah disediakan oleh Senator  Patrick Leahy daripada Vermont,  yang kini menjadi  punca  persoalan  yang  dicetuskan  apakah  AS mempunyai hak  memberikan bantuan  kepada  pakatan  itu.  Akta itu  menegah pasukan pemberontak bersekongkolan dengan  kerajaan  luar.  Tetapi, Jabatan  Pertahanan  berkata bahawa undang-undang itu  tidak boleh diambil kira  kerana Pakatan Utara  adalah satu kumpulan berenjata  yang tidak ada  kaitannya  dengan  kerajaan  yang  sedang  berkuasa.

Baru-baru  ini, Setiausaha  Pertahanan, David Rumsfeld, bertanya  sama ada bantuan AS kepada  pakatan itu  melanggari  undang-undang  Leahy  itu, beliau telah menjawab: “Saya  bukannya  seorang  peguam, tetapi  saya  diberitahu  (perkara  itu) tidak.

Akhirnya, kata  beliau, Afghan akan  menjadi “bangsa  yang lebih baik apabila Taliban dan al-Qaeda  sudah dimusnahkan.”

Dengan demikian, Joost  Hilterman,  daripada  kumpulan  bebas  ‘Human Rights Watch’, berkata  bahwa  abntuan AS  itu  setidak-tidaknya  melanggari semangat  perundangan Leahy itu. “keseluruhan  perundangan itu   ialah  melindungi  AS  daripada  terbabit dengan semua individu  yang  melakukan  kezaliman.”

Tamat. SPAR.