Waspada  dengan   kumpulan pelampau  Amerika
(Watch out  for America’s own extremists)

Oleh: Gary Ackerman  dan Cheryl Loeb – Christian Science  Monitor

Monterey, Calif.  -  AS  mesti  berwaspada  akan  kemungkinan meledaknya  bahana yang tidak diingini  gara-gara  rencana mengenakan  peraturan  keselamatan  baru  yang ketat. Kumpulan  pelampau  tempatan  mungkin naik angin  dengan  undang-undang itu, sehingga terangsang  untuk  mengganas  juga.

Memang   sudah wujud  beberapa desas-desus,  yang ketara. Sebagai  reaksi kepada serangan  September 11 itu, satu  kumpulan  pelampau  Kristian  telah mengeluarkan satu amaran  kepada  Amerika  melalui  laman web mereka:  “Anda  telah  gunakan peristiwa   kemusnahan ini  untuk  meneruskan  propaganda  dan berlakon menonjolkan kejagoan sebagai penegak    keadilan dan   perjuangan  kebebasan   di dunia ini. Saya tidak pun bertindak  tetapi  saya  akan  serang balas  sehingga anda tidak mampu bangkit  semula.”

Perkara ini mungkin bersifat retorik, tetapi  masalahnya  ada   rakyat Amerika yang tidak  puas hati dan  mempunyai rasa  kebencian yang mendalam   terhadap kerajaan mereka  dan   sanggup serta   berupaya  mencetuskan  huru-hara  terhadap sasaran kebangsaan, yang  tidak boleh  diperlekehkan. Tentu  boleh diingatkan lagi kisah Timothy McVeigh  dan pengeboman Oklahoma city  pada  1995.

Apabila diambil kira   kumpulan ini, kemungkinan  salah satu ataupun lebih  dari itu yang  mungkin  terbabit   dalam pengedaran  surat  mengandungi  anthrax  yang dikirimkan kepada  sasaran   bernama  memberikan  kredibiliti  kepada  tindakan  mereka.

Jumlah  kumpulan yang aktif  di AS  adalah lebih besar   dari  yang  disangkakan oleh masyarakat  ramai.  Walaupun jumlah kumpulan  itu  telah  meningkat  sehingga sekitar 800  pad  pertengahan 1990-an, masih wujud   sekitar  200  kumpulan   yang mendesak pembubaran   Persekutuan Amerika  itu  ataupun  mendesak perubahan kepada a cara  negara ini  ditadbirkan.

Beberapa  kumpulan pelampau  tempatan   telah  menunjukkan  minat kepada senjata   bukan konvensional  seperti yang dimiliki oleh   pertubuhan  yang  sama  di Timur Tengah. Pada pertengahan  1980-an,  beberapa  pertubuhan  yang  berpaksikan  ajaran Kristian; ‘The Covenant’, ‘the Sword’, dan  ‘the Arm of the Lord’, telah merencana  satu serangan yang membinasakan  kepada  beberapa   bandar besar Amerika  dengan cara meracuni bekalan air  dengan  potassium cyanide.  Pada  awalan  1990-an, anggota kumpulan militia  anti-kerajaan, ‘the Minnnesota Patriots Council’ telah  dapat  memiliki toksin ‘ricin’ yang  sungguh  berbahaya.

Pada 1995, aktivis  anti-kerajaan  Larry  Wayne harris  telah  ditangkap  kerana memiliki  satu   jenis  anthrax  yang  didapati  tidak pun berbisa. Sebelum itu dia pernah ditangkap  kerana  memiliki  bacterium  yang   boleh menyebabkan penyakit  hawar, dan  pernah menulis  satu buku  yang diterbitkannya semula  memberi penerangan bagaimana  menggunakan senjata  biologi.

Kiriman  elektronik ideologi  para militan yang anti-kerajaan mengugut kemungkinan serang balas   terhadap  peningkatan keselamatan pasca Sept.-11. Semua militan ini  kerap mendewakan  kejagoaan  kulit-putih, fahaman ‘apocalyptic’ ataupun  kepercayaan penonjolan  Kristian  yang  melampau. Mereka menganggap  kerajaan  persekutuan (Amerika) sebagai  memusuhi  rakyat,  menafikan  rakyat AS hak asasi  rakyat  dan cenderung dikotak-katikkan  segala  kemahuan  yang  dicadangkan oleh   teori  konspirasi sejagat seperti  “Ode Baru dunia,” di mana  semua  tentera yang  dipelopori oleh  PBB menguatkuasakan undang-undang  zalim

Kumpulan pelampau  seperti itu  mungkin merasakan  tertekan apabila   Fbi diberikan lebih banyak kuasa yang menyeluruhi  penelitian  dan pengesanan.  Lagipun, peningkatan penguatkuasaan  undang-undang  persekutuan  dan  anggota  tentera di  lapangan terbang, majlis  sukan,  stesyen  metro, dan   beberapa  majlis  yang  lain.  Mereka mungkin percaya bahawa  rencana  yang dicadangkan  untuk  memperkenalkan kad pengenalan adalah satu  cara  lain  untuk kerajaan   untuk   menindas  rakyat  AS kepada  pemerintahan yang  “menekan”.  Rencana  menggembeling  pesawat   pengawasan NATO untuk mengawal angkasa Amerika   akan memperkukuhkan kepercayaan kumpulan tersebut  bahawa kerajaan sengaja  mahu mencengkam pemerintahannya  secara  zalim  ke atas  rakyat.

Sememangnya, Amerika  perlu mengetatkan  keselamatan  negaranya,.  Tetapi, peraturan baru itu  akan mencetuskan reaksi   bangkangan  daripada  pelampau AS.  Ini memerlukan satu pemantauan  berterusan  ke atas  mereka.  Sambil menangani  musuh di  seberang laut, kita mesti  tidak mengabaikan musuh dalam negara.

Tamat.

Gary Ackerman dan Cheryl Loeb adalah   penyelidik di  Monterey Institute  of International Studies di bahagian  Chemical  and  Biological Weapons nonproliferation Program at the  Center  for  Nonproliferation Studies.