Pengesanan  Satelit  AS   Terhadap  Senjata Nuklear Bergerak
(US Satellite  Detection  of  Portable  Nuclear  Weapons)

Oleh: Robert (nama  lain  dilindungi)
11.7.2001.


Anda  mungkin pernah  mendengar  beberapa siaran berita  utama mengatakan perihal beberapa  senjata  nuklear  bergerak yang dimajukan  oleh   Soviet  Union  dulu. Bekas ketua  KGB (badan perisik  USSR  dulu) telah memperakukan  wujudnya  sekitar 150
buah peluru  berpandu  jenis  itu. Daripada  jumlah sebanyak itu  terdapat 100  butir didapati  hilang  kerana  tidak siapa  yang tahu di mana  letaknya.

Pertama, semua  senjata bergerak itu  adalah  bersifat  kuasa  rendah  yang memerlukan pengangkutan  kenderaan  18 roda! Penggunaan perkataan  ‘Suitcase device” ataupun (peledak dalam beg bimbit) adalah  satu  misnomer (salah  nama/tafsiran). Kedua, tidak ada  pun senjata ini yang  hilang sebenarnya; kami tahu  di mana letaknya  semua peralatan itu  di setiap  masa.

Inilah cara  bagaimana kami mengetahui  semua itu:

Pada 1980-an dulu, saya  bertugas sebagai seorang ‘Senior Systems Engineer’ kepada beberapa  syarikat  yang ada  kaitan dengan ‘DOD’ (Department of Defence (Amerika): Jabatan  Pertahanan  Amerika.) di San Diego, bahagian ‘Advance Digital Systems and SAIC). Ketika itu, saya  ditugaskan   membentuk satu “Fleet Satellite  Catastrophic Restoral Plan” untuk kegunaan  Ketua Turus  Tentera. Kumpulan saya   ditugaskan  mereka satu kaedah  ‘satellite  intelligence restoral’ seandainya berlaku serangan  angkasa
oleh Soviet  Union menggunakan  senjata  nuklear. Semasa  membuat  kajian ini, kami terpaksa mengkaji semua  keupayaan  satelit yang  ada  dan  unsur-unsurnya; sama ada semasa ataupun melalui satu  taksiran  di sepanjang  awal  1990-an.

Satu siri   pembikinan  satelit   telah dirancang untuk  dilepaskan  ke angkasa pada 1989, tetapi telah ditangguhkan  selepas berlakunya  letupan  kepada  program Shuttle ke angkasa dulu. Kini  semua  satelit  itu  yang merupakan program MILSTAR  tahap
kedua (2nd phase of the  MILSTAR Program). Satelit ini  dilengkapkan  satu  peralatan sensor yang khas ( dimajukan oleh SAIC) yang dapat mengesan ledakan berkuasa  tinggi daripada uranium jenis  ‘enriched’ (yang merupakan  bahan  utama  senjata nuklear). Disebabkan saiznya  yang kecil tetapi  lajunya  setiap  bahan tersebut, tidak ada satu jenis perisai pun yang mampu menampannya: bukan juga  ‘lead’ ataupun bumi (termasuk  di bawah tanah). Bencana radiasi  daripada  barang kecilan  ini  adalah  begitu rendah disebabkan kuantiti yang  terhad.  Semua satelit kita  mempunyai   kuasa  menepis kesilapan dalam mengesan dan  mengenal pasti secara terperinci  setiap lokasi yang   menyimpan ‘enriched uranium’ di merata  dunia  ini.

Proses  memperakukan  kesahihan kandungan nuklear  ini  menggunakan satu teknik yang pernah dilaksanakan di  Iraq dan negara  lain  melalui NATO dan  PBB sama-sama berkongsi  sistem  pengesahan  satelit  secara bersekutu. NSA  mengawal dan mengawasi
pergerakan datanya.  Banyak perkara  mengenai   satelit ini telah pun ditulis  dan disiarkan dalam beberapa  majalah yang  berkaitan (Defense Science and Electronics) adalah salah satu contohnya. Sebarang usaha untuk  membawa  masuk  peralatan  nuklear  ke  negara kita ini dapat  dikesan dengan spontan (selain  pemantauan  kenderaan  yang mengangkutnya).

Sekali lagi, media Amerika Syarikat  telah sengaja  menyiarkan  berita   palsu untuk tujuan  pemantauan  kualiti  siaran: “Tetapkan tumpuan anda  kepada  liputan menyeluruh kami” demikian   pujukan  mereka  selalu.

Seandainya  satu serangan nuklear   dianggap  berkemungkinan  terjadi di negara ini tanpa  sebarang  gangguan dan kegagalan  sistem satelit  kita,   mungkin juga kita perlu memikirkan siapa  agaknya  musuh  kita  yang  sebenarnya itu......

Ketika di SAIC, saya pernah bertugas di bawah  Dick Egger (orang yang diramalkan menggantikan  Bob Beyster). Oleh kerana  SAIC  sekarang  merupakan   pemikir utama untuk DOD, Admiral Poindexter (saya pun bertugas di bawahnya  sebagai  pegawai
NSO) sudahpun   melepaskan Egger untuk digantikan oleh  orang  lain.  Apa yang disebut sebagai “Black Ops”  kelolaan SAIC  adalah  di bawah pengawalan Pointdexter dan termasuk membangunkan  PSYOPS di  kawasan San Diego.  Bekas presiden Bush Senior  masih lagi ketua  pemerintah   kumpulan CIA  yang diwakili oleh Poindexter.  Saya percaya keupayaan kita  mengesan  bahan  nuklear   adalah sengaja  dinafikan dengan tujuan tertentu  oleh  satu kumpulan  yang berkepentingan sendiri  daripada  pucuk kepimpinan  Bush (yang mencetuskan konsep  Order baru Dunia ) dan konsep ini masih lagi  beroperasi melalui Bush Junior.

Saya kenal semua orang ini (saya berkerja  dengan  pertubuhan itu  hampir  10 tahun sehinggalah saya sedar  semuanya).  Anda  boleh  selidik balik dengan Oliver North. Dia akan memperakukannya, tetapi  sampaikan pesanan  saya: “Pertemuan kita  di
majlis  Pacer Systems  pada 1982 dulu telah  dirakamkan  dan masih  ada  lagi banyak dokumen yang mempunyai  Bush Senior di situ -  anda akan mampu  menerima apa yang saya ketepikan untuk anda  pungut”...anda bolehlah  lihat apakah reaksi  air muka  beliau secara terang-terangan.

Catatan Penterjemah: Bayangkan beberapa hari  dulu, ada  pemimpin  bertaraf bijak-pandai UMNO  yang  mengaitkan  kumpulan KMM dengan; “kemungkinan  satu hari nanti mereka membimbit ‘nuclear-suitcase’kerana  beranggapan  senjata  itu boleh dibawa
dalam beg bimbit.” Masya-Allah, inilah segelintir  kumpulan Melayu yang  menjadi wakil rakyat kita...!!!

-tamat-
Hits: