Senjata Nuke Al-Qa'eda sudah tiba di persisiran pantai Amerika

http://www.frontierpost.com.pk/main.asp?id=3&date1=11/10/2001
Oleh   Naveed Mai  Frontier Post:
frontierpost.com.pk/main....

Islamabad: 
  Para penyiasat  Pakistan dan  Amerika  telah berpendapat  bahawa al-Qa'eda  pimpinan Osama bin Laden  telah berjaya   mengangkut beberapa   senjata nuklear, biologi dan  kimia   untuk kerja-kerja  pemusnahan besar-besaran di Amerika Syarikat.  Demikian yang diketahui oleh Frontier Post  Jumaat  lalu.

Sebagai langkah berwaspada, pegawai keselamatan AS terpaksa  bersengkang mata di malam hari  kalau-kalau Al Qa'eda  menyerang  New York  sekali lagi  bersempena dengan persidangan  di  PBB.

Para penyiasat  daripada  ISI (Inter Services Intelligence) Pakistan dan  FBI Amerika  berserta CIA  sedang  bersekongkolan  mencari segala kemungkinan  Al Qa'eda  memiliki  senjata  yang berbahaya itu.

Mereka telah merumuskan bahawa sekurang-kurangnya  apa yang disebut sebagai  senjata  bergerak (tengok satu  penipuan besaran di sini, mengulangkan  catatan CNN - penterjemah), telah pun tiba di pantai Amerika, demikian sumber yang rapat dengan  para  penyiasat  mendedahkan  rahsia  ini.  Para penyiasat itu   telah   berjaya  mengenal pasti  satu briefcase senjata itu  yang diperolehi oleh AL Qa'eda  daripada   sebuah kerajaan  bajingan di  Asia  Tengah.

Senjata  yang dikenal pasti ini  dikesan mempunyai  berat  sebanyak 8-kilo  dan  membawa  sekurang-kurangnya  2 kg  peledak plutonium dan uranium. Alt ini diperbuat oleh Russia  dan membawa  nombor bersiri    9999 dan tarikh pembikinan  Oktober 1988.

Pembikinan alat ini adalah amat mudah. Bahan radioaktif   adalah Uranium dan Plutonium yang  disimpan berasingan di satu takung   berbeza. Di bahagian  takung itu  dipasang  alat  pemacu ledakannya.

Selain  alat  nuklear itu, satu senjata   untuk kimia dan biologi  telah pun  dicam  sebagai dalam simpanan  pertubuhan al-Qa'eda.

Mereka disebut  mempunyai  sekurang-kurangnya  70 kapsul  yang  berasal daripada Russia dan mengandungi   perisian yang sungguh berbisa. Kalaulah  kapsul ini pecah  di tempat  awam,  ia boleh menyebabkan kematian.  Ia  mencairkan  badan manusia  dan  daging sehingga  ke  tulangnya. Kalau meledak di tempat yang  ramai orang,   ia boleh menyebabkan kematian  yang   tinggi.

Lagi satu bahan kimia dalam simpanan  Al Qa'eda yang disimpan oleh  kumpulan  Al Qaida  yang diberi nama 'Vipera Lebentina Venema". Sebatian ini   berpunca  daripada  bisa  ular dan diajukan di Soviet Russia  menyerang manusia  melalui  kulit.  Cara paling sesuai  menggunakan  agen ini ialah  melalui persuratan seperti  cara  menghantar anthrax. Agensi  keselamatan As  amat  curiga kalau-kalau   Al Qa'eda  menyerang    New York semula  sempena  persidangan di PBB,

Beberapa analisis  yang dibuat  ke atas kenyataan  keganasan , yang dikeluarkan oleh  Osama  Laden  dan  diterbitkan semula oleh  agensi AS, itu  menunjukkan  bahawa sebuah rangkaian  pergerakan   kumpulan pengganas/pejuang  kebebasan  boleh  memilih sebarang  peristiwa besar  seperti  yang dianjurkan oleh Persidangan PBB untuk melancar serangan  terhadap  Amerika Syarikat ataupun Afghanistan.

tamat.  SPAR.

Hits: