ISU NEGARA ISLAM

Soalan-soalan yang sering ditanya dan Respons/Jawapan/Komen 

Apa asal usul perkataan "negara Islam"?

Apa asal usul perkataan "negara Islam"? "Negara Islam" adalah suatu perkataan yang dipopularkan di awal abad ke 20 sedangkan perkataan negara Islam tidak digunakan secara meluas sebelum itu. Sejak kurun ke 9 Hijrah lagi apabila Islam bertapak di Kelantan, peraturan serta undang-undang Islam sudah dilaksanakan di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu termasuklah di negeri Melaka di abad yang ke11 M. Tetapi perkataan "negara Islam" tidak pernah disebut secara terbuka ketika itu. Masyarakatnya menghayati kehidupan cara Islam sehinggalah penjajah barat masuk ke Tanah Melayu pada abad yang ke 14 M dan kemudian memansuhkan undang-undang Islam. Di zaman Nabi Muhammad saw, perkataan "negara Islam" tidak popular tetapi pengisian pemerintahan Islam di Madinah dan ciri-ciri di zaman pemerintahan Nabi saw memenuhi syarat-syarat pembentukan negara Islam di Madinah. 

Apakah yang dimaksudkan dengan negara Islam?

Apakah yang dimaksudkan dengan negara Islam? "Negara Islam" ialah negara yang meletakkan prinsip tauhid atau ketuhanan sebagai tunjang kepada pembentukan dan pengurusan sesebuah masyarakat dan negara. Kuasa mutlak (sovereignty) hanya pada Tuhan dan bukan pada manusia, tidak sepertimana fahaman sekular yang menyatakan bahawa suara majoriti sebagai suara penentu meskipun keputusan yang dicapai atau yang dibuat bercanggah dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai sejagat yang boleh meruntuhkan akhlak dan nilai kemanusiaan. Berbanding dengan negara sekular, negara Islam tidak memisahkan aspek agama dari aspek kehidupan. Setiap urusan kehidupan ini pasti ada hubungannya dengan Tuhan, manakala fahaman sekular mengemukakan slogan "biarkan urusan negara kepada pemerintah, urusan agama pada Tuhan." Ringkasnya, urusan politik pemerintahan dan pentadbiran negara tiada kena mengena dengan agama. Justeru, rakyat bebas membuat keputusan dalam meluluskan undang-undang tanpa mengira pandangan agama. 

Apakah Malaysia sebuah negara Islam?

Apakah Malaysia sebuah negara Islam? Malaysia bukan sebuah negara Islam walaupun 10 negara lain dalam OIC mengatakan Malaysia sebuah negara Islam. Ia mungkin "negara umat Islam" tetapi bukan "negara Islam." Perdana Menteri Malaysia sendiri pernah mengatakan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan hukum Islam tidak sesuai di negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Tetapi baru-baru ini UMNO ada mengatakan bahawa Malaysia adalah "negara Islam." Apa yang anihnya MCA, MIC, dan DAP tidak melenting dengan pengumuman tersebut tetapi melenting apabila PAS menyatakan tentang "negara Islam." Ini menunjukkan seolah-olah ada "negara Islam ala-UMNO" dan "negara Islam al-PAS" sebagaimana UMNO pernah mendakwa cadangan hukum hudud yang dikemukakan di Kelantan adalah hudud PAS dan bukan hudud Islam. Penilaian samada sesebuah negara itu negara Islam atau tidak bukan berdasarkan institusi Islam yang dibina tetapi jauh lebih dari itu. Ah Choo dan Ramalingam yang memakai baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping songket tidak semestinya Muslim. Sila lihat Artikel: Isu Negara Islam: Satu Analisis Awal <http://www.geocities.com/wct90/isu_negara_islam.htm>

Apakah konsep negara Islam yang dikemukakan oleh PAS?

Apakah konsep negara Islam yang dikemukakan oleh PAS? Petikan dari Perlembagaan PAS berbunyi "PAS memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah SWT". PAS tidak pernah menyebut dalam mana-mana dokumen rasminya bahawa ia mahu menegakkan "negara Islam". Perkataan "negara Islam" digunakan oleh PAS apabila berhadapan dengan orang Melayu Islam kerana orang Melayu Islam mempunyai asas kefahaman dan gambaran mengenai konsep negara Islam. PAS menggunakan perkataan "negara Islam" bagi memudahkan orang Melayu Islam memahami maksud cita-cita perjuangan PAS kerana kebanyakan orang Melayu Islam sudah pun mendapat gambaran umum (sejak mereka kecil lagi) apa yang dimaksudkan dengan negara Islam. 

Apa reaksi seorang Muslim apabila orang bukan Muslim menolak pembentukan negara Islam?

Apa reaksi seorang Muslim apabila orang bukan Muslim menolak pembentukan negara Islam? Seorang yang bukan Islam sudah pasti tidak mempunyai gambaran yang benar mengenai konsep dan tasawwur negara Islam, kebaikannya, roh keadilan dan kebenaran Islam, keberkatan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara cara Islam. Apabila orang bukan Muslim menolak negara Islam, maka orang Islam tidak boleh menyalahkan orang bukan Islam selagi mana orang bukan Islam tidak menyerang atau menghina agama, kitab suci atau Nabi-nabi.

bersambung..

Hits: