Kenapa UMNO cukup takutkan Azmin Ali

by Maizurah

UMNO cukup takut dengan Azmin Ali bukan apa, Azmin banyak simpan rahsia parti UMNO yang jahat lagi korup itu. Mereka takut jika Azmin berada dalam hieraki tertinggi parti kerana ini akan membolehkan Azmin untuk terus mendedahkan taktik jahat/kotor serta penyelewengan UMNO. Ini amat menggerunkan UMNO dan BN kerana segala kejahatan UMNO ada dalam kepala Azmin dan beberapa rakannya yang telah pun ditahan oleh pemimpin UMNO.

Sebab itulah sejak beberapa minggu ini mereka cuba memburukkan Azmin tetapi ianya tidak laku terutama di kalangan generasi muda. Pemimpin UMNO bimbang dengan maklumat yang banyak Azmin perolehi dan simpan sebab itulah mereka seboleh mungkin cuba menjahanamkan Azmin sebelum pemilihan baru-baru ini. Tetapi alhamdulillah, segala usaha jahat UMNO itu tidak berkesan, malah akhirnya Azmin mendapat tempat sebagai Naib Presiden di mana ini memberikan hak dan kekuatan kepada Azmin untuk terus berjumpa dengan pemimpin dan rakyat bawahan untuk mendedahkan kebusukan UMNO dan BN yang sedang kelemasan itu !

Hits: