Kesilapan Mengisytiharkan Peperangan
Oleh: Sir  Michael Howard.
Ucapan  Sir Michael Howard  kepada Royal United Services Institue ini
telah disiarkan semula  of  PRAVDA  bertarikh1/11/20>
  

Bahagian Dua

“Seperti  yang kita  telah  alami  sejak abad yang lalu,  perjuangan  menentang keganasan itu, sekurang-kurangnya di  Ireland  Utara, adalah  tidak serupa dengan cara memerangi dadah ataupun peperangan  terhadap jenayah. Pada asasnya, ia merupakan  satu peperangan  ‘menawan   hati  dan minda’ dan  adalah  elok  dirakamkan di sini betapa frasa itu pertama  kalinya  dicipta   dalam satu kempen  yang paling berkesan yang pernah  melibatkan Angkatan  Bersenjata British – Darurat di Malaysia  dalam 1950-an dulu (satu kempen  yang  mengambil masa  sekitar 15 tahun  untuk sampai kepada penamatnya.) Tanpa  kejayaan menawan hati dan minda,  seseorang itu  tidak berjaya  mendapat risikan, dan tanpa bahan  risikan  para pengganas tidak akan dapat  ditumpaskan.

“Para penjenayah ataupun  pengedar dadah bukannya  mempunyai ruang  yang bebas untuk bergerak dan dalam setiap kempen memerangi mereka  kerajaan  selalunya  menerima sokongan yang memihak  kepadanya. Namun seperti yang kita sedia maklum, seseorang yang dianggap pengganas di satu tempat  mungkin merupakan  pejuang  kebebasan kepada  satu pihak. Para  pengganas  boleh  ditumpaskan hanya apabila  tanggapan  masyarakat awam, baik di negara sendiri ataupun  di luar,  memberikan sokongan kepada pihak yang berkuasa dan mengiktiraf  mereka  sebagai  penjenayah dan bukannya  sebagai wira..

“Dalam percaturan  kepintaran yang dimainkan  oleh penjenayah dan pihak yang berkuasa, seperti yang kita alami  di Palestin dan Ireland,  pihak pengganas  dikira menang peperangan  mereka  seandainya  mereka berjaya  menjentik  semangat  pihak berkuasa untuk  menggunakan  kekuatan  tenaga memerangi  mereka.  Ini membuatkan mereka berada di satu kedudukan yang selamat dan  memberangsangkan.  Sama ada mereka menghilangkan diri untuk  bertarung  lagi ataupun mereka ditumpaskan dan  diiktiraf sebagai mati syahid. Dalam usaha  memerangi mereka ramai  orang  yang tidak berdosa  menjadi mangsa dan ini akan terus melumpuhkan  kewibawaan   kerajaan.

“Siapakah yang dapat melupakan  peristiwa  Black Sunday (Ahad Gelita) di Ireland Utara, apabila beberapa  das tembakan senjata kecil daripada  British Army telah memberikan kemenangan propaganda kepada IRA  sehinggakan   pada saat kini pun kerajaan British kecundang  daripada usaha  untuk menang? Kalaulah  begitu hebatnya  bencana yang dicetuskan oleh ledakan   senapang  raifel, bagaimana pula  kisah bencana  yang disebabkan  oleh ledakan bom?  Saya  hanya mampu mencadangkan bahawa ia  adalah laksana menghapuskan sel-sel kanser dengan menggunakan  api-pembakar. Apa pun dalil ketenteraannya, pengeboman  Afghanistan,  yang mencetuskan  ‘bencana perang’ yang tidak dapat dielakkan, akan melunturkan  apa  juga  cebisan lonjakan  nilai murni kehidupan yang kita nikmati hasil  pengeboman ngeri  yang  menghunjam  Pusat Dagang Dunia  itu.

“Saya amat benci  menyebutnya, tetapi  dalam masa enam bulan gelora  yang akan memendungi  dunia,  walaupun tidak akan dilupakan, dan kemudiannya  diingati  sejarah secara terus  merakamnya; sedangkan setiap  gambar  sebuah hospital dibom disiarkan  di TV, atau  kanak-kanak  terus menjadi mangsa   jerangkap  samar, atau  pelarian menjadi sengsara  dihalau keluar oleh  tindakan ketenteraan  barat,  akan  memperkasakan kebencian  seteru kita, untuk  menerima  kemasukan   rekrut  baru  menganggotai kumpulan pengganas mereka  dan  menabur  bibit   kecurigaan  yang segar   dalam benak para penyokong mereka semua.

“Saya  tidak  mempunyai banyak keraguan betapa kempen di Afghanistan itu  telah dipilih hanya  berasaskan  budi bicara  politik dan  ketenteraan  yang paling baik, dengan penuh kesedaran  akan segala  muslihat ketenteraan dan  bahaya politik, dan  keyakinan yang ikhlas bahawa  tidak ada  alternatif  yang  lain. Seperti yang  disebut  dengan munasabahnya oleh orang Amerika, ia merupakan satu keadaan ‘AOS’: ‘All Options Stink’ di mana semua pilihan itu  memang  berbahaya. Namun, dalam  mengasak kita untuk membuat pilihan itu  semua,  para pengganas telah  memilih  muslihat yang  pertama  dan paling penting  sifatnya.

“Saya  juga  dapat memahami  dalil  ketenteraan  yang   memacu  kempen itu. Ia berasaskan  satu andaian  politik  betapa pentingnya rangkaian  pengganas itu mesti dimusnahkan secepat yang mungkin  sebelum ia  melaksanakan  lebih banyak  kemusnahan. Lagi pun ia  merumuskan bahawa  rangkaian ganas itu  adalah hasil  rancangan unggulan seorang  insan yang bukan kepalang pintar kebajingannya. Itulah Osama bin Laden, seandainya beliau   dapat  dimusnahkan  bererti akan melumpuhkan walau pun tidak menghancurkan   pergerakan  jaringannya. Osama Laden  (pernah) beroperasi  di sebuah negara  yang mempunyai pemimpin  yang degil dan enggan menyerahkannya  kepada pengadilan antarabangsa.  Semua  pemerintah  ini mesti dipaksa  untuk  menukar pendirian mereka Jalan yang paling cepat  untuk  merubah pendirian  mereka  ialah  melalui pengeboman udara, terutama disebabkan  masalah logistik yang amat  sukar dan besar  kalau dilancarkan  serangan besar-besaran  wilayah  mereka. Oleh kerana andaian begini, apakah alternatifnya yang  kita  miliki?

“Akan tetapi dalil yang terbaik dan logic  yang paling  jelas  kerana   menarik, mempunyai nilai  yang rendah rendah sekiranya  dicetuskan  oleh  andaian yang  salah. Saya tidak ragu  lagi kalaulah  ada  suara  lantang  yang terdengar di Washington dan Whitehall mempertikaikannya  dan menuding ke arah  bahaya   yang disebabkan oleh  tindakan ketenteraan. Jika demikian, sudah pasti  suara lantang itu akan  ditenggelami oleh kesanggupan politik yang  menggegarkan: Sesuatu  Mesti Dilakukan. Suara  yang sama  mesti mempersoalkan  kebijaksanaan yang  sama, kalau pun tidak disebabkan  kebetulannya, memperakukan  bahawa Osama Laden  sebagai  insan utama  terlibat  dalam jaringan keganasan itu; sambil  memomokkannya, sedangkan  ramai orang lain  yang memberikan status kewiraan  yang dinikmati oleh  ‘pejuang kebebasan’  sepanjang  hayat mereka.

“Kini kita dihantui  dilema  yang  dahsyat. Kalaulah kita  kemukakannya  ke majlis pengadilan kita akan  memberikannya  satu pentas  propaganda  berstatus  global. Kalaulah kita  musnahkan  beliau – mungkin dengan cara ‘menembaknya   ketika  cuba melepaskan diri’ – dia akan dianggap mati syahid.  Kalau dia  mampu melepaskan diri, dia akan anggap seorang Robin Hood zaman ini.  Dia tidak boleh kalah. Walau pun dia  dimusnahkan, adalah sukar  untuk mempercayai bahawa satu jaringan  sejagat  yang dianggotai  manusia yang cerdik dan pandai  seperti mana  mereka  taksub  dan  zalim dan tidak mampu berfungsi secara berkesan  sehinggalah mereka  dapat  dikesan oleh  usaha risikan dan opersi polis, dengan syarat  segala tindakan mereka itu  tidak  mesti diketahui   dan tersebar luas  di akhbar.  Proses  semacam itu, seperti yang disebut dengan  betulnya oleh  Ketua Turus  Pertahanan, berkemungkinan memakan masa  berdekad untuk dilaksanakan.

“Kini operasi itu sudah  pun bermula dan  mesti diteruskan  untuk  kejayaannya; agar kejayaan itu  membolehkan kita  mengundur  diri dengan penuh kehormatan  dan untuk menyeronokkan  industri media  mengisytiharkan ‘kemenangan’  (walau pun  kehendak ‘kemenangan’ itu  dan segala  cakap besar   ala  Churchil  yang  menemaninya, menunjukkan  betapa media  dan  ahli politik masih tidak memahami  jenis masalah yang menghantui   kita.) Hanya  selepas  melakukannya barulah mungkin meneruskan usaha sebenar yang seya  sebutkan itu,  yang tidak akan menjelaskan  peperangan  yang menakjubkan dan  tidak ada  kemenangannya yang  jelas.

“Ada satu analogi  oleh  Sir  Michael Boyce  mengenai   Perang Dingin yang ada kepentingannya. Bukan sahaja  ia  berpanjangan  tempohnya, tetapi  dingin pula sifatnya. Ada satu bahaya  yang ia akan  bertukar rupa  menjadai satu peperangan nuklear, yang akan mengecewakan  semua pihak. Bahaya  peperangan nuklear  secara berleluasa, nampaknya sudah pun  berkurangan, walau pun untuk satu ketika, ia  sudah diganti  dengan yang lain. Kalau ada pun yang   kurang  menakutkan, kemungkinan akan  tercetusnya  satu pertembungan budaya  yang  berlanjutan  yang bukan sahaja akan memecahbelahkan  dunia  ini tetapi menghancurkan penyatuan dalaman  daripada  masyarakat  pelbagai budaya  yang semakin meningkat.  Lagi lama peperangan  terbuka  memerangi  keganasan, baik di Afghanistan ataupun di tempat lain,  makin besar  lagi  bahaya  yang  akan  terjadi.

“Tidak ada  sebab  menyangkakan bahawa Osama bin Laden menikmati lebih banyak simpati dalam dunia  Islam, berbanding sebagai contohnya,  yang dinikmati oleh Ian Paisley dalam dunia Kristian. Dia merupakan satu fenomena  yang  muncul beberapa kali dalam sejarah kita – seorang  pemimpin agama yang  berkarisma  dan bersikap liar  kepada barat sehingga mencetuskan satu ketaksuban yang kadang kala   menghenyak sebuah  negara.  Ada satu ketika dulu  wujud  seorang Mahdi di Sudan  ketika  abad ke-19 dulu,  dan juga  seorang ‘Mullah Gila’ di Somaliland   pada  awal ke-20an dulu. Sebenarnya,  mereka  memberikan masalah tempatan  yang tulen, walau pun sebahagian   anggota  British Army itu  terpaksa dikerah untuk  menentang  Mahadi  dan  para  penyokongnnya.

“Perbezaannya  pada  waktu  ini ialah;  para pemimpin semacam itu   mampu mengrekrut  para penyokong  daripada  segenap penjuru dunia, dan mereka berupaya  menyerang balas daripada  segenap penjuru dunia  juga.  Bukannya mereka itu mewakili Islam ataupun diizinkan oleh Islam, tetapi  akar umbi  ketokohan mereka   terletak pada masalah  Islam yang  agak ganjil  yang semakin  memburuk    sejak  tempoh terakhir   abad ke dua puluh. Inilah  dia yang  mencabar  budaya Islam dan nilainya  disebabkan  budaya material dan sekular  daripada  barat; dan kegagalan mereka menyerap serangan barat  itu.

“Ini merupakan satu perkara  yang amat luas  yang tidak melayakkan saya bercakap mengenainya, tetapi  yang  kita mesti faham  seandainya kita masih punyai harapan, bukan semata-mata  mahu menang  Perang Dingin, tetapi  dalam usaha  menyekatnya bertukar menjadi lebih  panas.

Apabila diimbas kembali semua  itu, adalah menakjubkan  betapa sedikit sahaja  kita memahaminya,  krisis yang besar-besar  yang  menghantui  sebahagian  besar masyarakat dunia  daripada  Maghreb  merentasi Timur Tengah  dan Asia Tengah  menjangkau luas kepada  Selatan Asia  dan  Asia  Tenggara hinggalah  menyeluruhi  Filipina. Semua krisis itu  menyeluruhi perkara  penduduk berlebihan,  yang kurang  maju,  dipaksa meniru  cara Barat  sejak awalan pasca  moden  dulu sedangkan mereka belum lagi bersedia memahami apakah  ertikata  tamadun itu  sebenarnya. Ini bukannya  satu  masalah mengenai kemiskinan  berbanding  kekayaan, dan saya  khuatir   ia  adalah petanda  budaya materialisme  barat  yang cuba  mempengaruhinya.Ia  sudah menjadi satu pertembungan yang amat  menyerlah antara  budaya ketauhidan yang tradisi dan lama  berakar-umbi, di  setiap tempat   yang tidak pun banyak bezanya dengan   Eropah  ketika  Zaman Pertengahan dulu, dengan  nilai kebendaan  sekular   di zaman  “Enlightment’ (pengajaran  melalui kebangkitan agama)

“Saya  lebih  selesa  memikirkan, dengan  penuh terima  kasih  kepada pengalaman imperial  kita,  betapa  pihak British  telah  memahami segala  masalah itu – ataupun kita sendiri  yang sepatutnya  berkelakuan  begitu – dalam keadaan lebih baik dari masyarakat  lain. Mungkin lebih baik daripada  jiran kita  orang Peranchis. Tetapi  bagi   kebanyakan  orang Amerika ia  mesti  disebut  di sini  Islam merupakan sesuatu  yang baru  kepada  mereka – dan sesuatu,  seperti   begitu banyak  kawasan hitam pada  peta dunia   dulu kala, mereka fikirkan  itulah kawasannya  yang  dihuni  oleh naga.

“Inilah  wilayahnya  di mana  kita  terpaksa  memerangi  hati dan minda  untuk memenanginya  seandainya kita  mahu  berjaya dalam  perjuangan  melawan keganasan. Kubu terdepan dalam  perjuangan ini  bukannya di Afghanistan. Ia terletak di beberapa negara Islam di mana  kerajaan  moden  sedang  digugat  serang balas kumpulan tradisi: Turki, Mesir, Pakistan adalah beberapa  nama sebagai contohnya   yang amat  ketara. Seperti yang kita juga  sedar, kubu terdepan ini  berada  di  antara  jalan raya  di negara kita. Kepada  orang-orang ini  peristiwa  September 11  memang  satu peristiwa  ngeri, tetapi semua itu berlaku lebih  jauh dan lama  dulu  di satu dunia yang amat  berbeza. Mereka yang  merana hasil serangan  udara   Barat  ataupun  pencerobohan Israel dipaparkan di TV setiap malam  sebagai manusia,  walaupun jauh  tempat duduknya, adalah mereka yang dianggap  bersaudara.

“Itu sebabnya  usaha  memanjangkan  peperangan ini  mempunyai kesan yang amat berbahaya. Pendapat rakyat  Amerika  semakin mendesak kini agar  perang itu dipanjangkan pula dalam satu  gelagat ‘Langkah Panjang” merentasi apa  yang disebut sebagai  ‘negara samseng’;  bermula  dengan Iraq, untuk  membasmikan  keganasan  untuk kebaikan berpanjangan  di dunia  ini. Saya tidak  terfikirkan  dasar   lain  yang berkemungkinan bukan sahaja  memanjangkan peperangan ini, tetapi  akan  menentukan kita tidak akan memenanginya.

“Saya faham pada  tengah hari  tadi, mungkin juga  pada  ketika  ini. Perdana Menteri (Blair) sedang   memberikan satu ucapan  meminta   rakyat  British  agar mempunyai semangat  juang.  Ini merupakan sesuatu yang  sama pentingnya  dengan sikap  kita berdiri  megah dengan bergaya.”

Tamat. SPAR.