Amukan Amerika Terhadap Umat Islam Di Afghanistan, Tragedi Akhir Zaman?

Ekoran peristiwa pada 11 September lalu, yang diwar-warkan sebagai suatu keganasan. Dan dilakukan oleh individu misteri dalam serangan berani mati oleh empat pesawat komersial milik Amerika sendiri, di mana dua buah pesawat itu telah merempuh bangunan berkembar World Trade Centre yang dimegah-megahkan selama ini, satu pesawat merempuh pengkalan tenteranya Pentagon yang dikatakan yang terhebat dan dilengkapi segala macam kecanggihan dan sebuah lagi terhempas dalam hutan yang sepatutnya ke destinasinya White House menempatkan pejabat Presiden dan tempat bersemayam George W Bush. Benar-benar menyedarkan Amerika dari lamunan kemegahan dan keangkuhan mereka selama ini selaku polis dunia.

Akibat dari bencana yang menimpa ke atas Amerika. Amerika terus menuding jari terhadap umat Islam khususnya jutawan Arab Osama bin Laden, konon Osama adalah dalang keganasan itu. Tetapi sehingga hari ini, tidak ada satu pun bukti jelas tentang keterlibatan Osama. Melainkan dakwaan PM British Tony Blair yang kononnya dia punya bukti berkaitan keterlibatan Osama dalam serangan yang memusnahkan WTC kembar di Amerika itu. Kerana bukti Tony Blair itulah Amerika menjadi seperti orang gila mengamuk terhadap umat Islam di Afghanistan. Seluruh dunia dan sekutu-sekutunya yang anti Islam dan umat Islam, hinggakan beberapa negara Islam juga bersedia untuk diheret sama-sama mengamuk terhadap umat Islam yang dhaif di Afghanistan itu atau sekurang-kurangnya bersekongkol dengan Amerika menjadi pengganas yang dihalalkan dan direstui oleh dunia. Keganasan Yahudi di Israel terhadap bangsa Arab dan juga umat Islam di Palestin ditutup-tutupi dan mereka pejamkan mata. Itulah sebenarnya sikap, hati dan jiwa Amerika, sekutunya serta mereka yang anti Islam dan berdendam terhadap kejayaan umat Islam.

Bayangkan individu yang menyerang WTC di Amerika  cuma beberapa orang saja ibarat beberapa ekor tikus, tiba-tiba Presiden G. W. Bush hendak melawan tikus-tikus itu dengan gerombolan gajah. Itu pun identiti sebenar penyerang bangunan WTC tersebut juga belum dapat dipastikan seyakin-yakinnya dengan bukti sahih. Kenapa G.W. Bush mengheret seluruh dunia supaya bersekongkol dengan Amerika bagi menghalalkan tindakan ganasnya dengan bertopengkan hendak menyerang Osama bin Laden yang berada di Afghanistan. Afghanistan adalah sebuah negara lemah dan miskin itu. Lagi pun belum dapat dibuktikan siapa sebenarnya punya angkara serangan ke atas bangunan WTC dan Pentagon itu.  Ini menjelaskan kepada dunia bahawa tindakan Amerika itu adalah tindakan orang yang sedang sakit jiwa dan orang yang mengamuk kerana sudah kehilangan pertimbangan akal waras atau orang yang emosinya berserabut akibat tekanan perasaan malu bercampur angkuh yang tak tertanggung.

Mengheret seluruh dunia untuk bersama memburu pengganas dengan tindakan lebih ganas yang dilakukan Amerika bersama sekutunya, bukanlah satu tindakan bersifat adil dan ia benar-benar satu tindakan penuh dendam, angkuh, sombong dan jauh meminggirkan nilai-nilai kemanusiaan dan juga tidak bersandarkan kepada keluhuran undang-undang sejagat. Matlamat menghapuskan pengganas itu sudah baik dan patut disokong oleh semua dengan beberapa syarat yang ketat dan mengikat dengan mengambil kira undang-undang, keadilan dan peri kemanusiaan. Pepatah orang Melayu ada menyebutkan 'marahkan seekor nyamuk habis kelambu dibakar' cukup tidak wajar, tidak adil dan malah menyusahkan diri sendiri dan orang lain yang berada di sekeliling kita. Namun, bertindak secara ganas atau lebih ganas terhadap pengganas adalah sama tarafnya seperti seorang pengganas juga. Itulah gambaran tindakan sebenar Amerika terhadap kelompok yang tidak disenangi atau mereka yang disyaki sebagai musuh Amerika.

Membanteras Pengganas Atau Jadi Pengganas

Amerika benar-benar seperti kata pepatah orang tua 'lebih sudu daripada kuah' dalam bab membanteras pengganas. Bukannya membanteras pengganas tetapi Amerika pula bertindak lebih dahsyat daripada pengganas terhadap rakyat dan umat Islam di negara Afghanistan. Tidak dapat disangkal lagi bahawa hakikat sebenarnya Amerika adalah bapa segala pengganas dunia. Tidak salah kita mengatakan sedemikian, kerana terlalu banyak bukti tentang di mana saja keganasan di situlah Amerika menjadi dalangnya. Terutama dalam tindak-tanduknya terhadap negara dan umat Islam, di Iraq, Iran, Palestin dan sekarang di Afghanistan, tanyalah kepada siapa jua, siapa mendalangi atau menaja kelompok-kelompok yang bertelagah dalam peperangan dan keganasan di negara tersebut kalau bukan Amerika.

Apakah benar Osama bin Laden seorang pengganas. Apakah benar umat Islam diajar supaya menjadi pengganas. Pada hal ajaran Islam itu sama sekali tidak pernah mengajarkan umatnya supaya menjadi pengganas. Bukalah al-Qur'an, Hadith dan kitab-kitab turath (warisan) besar Islam yang muktabar yang dikarang oleh para ulama besar lagi muktabar tidak ada sepatah pun kalimat yang membenarkan atau menghalalkan budaya ganas, keganasan atau dorongan supaya umat Islam menjadi pengganas. Tetapi media yang dikuasai oleh barat yang anti Islam dan umat Islam terus berusaha bagi menggambarkan betapa umat Islam itu adalah pengganas. Dengan lain perkataan, mereka (barat yang didalangi Yahudi) dengan nawaitu jahat mereka telah bermati-matian  mewajahkan Islam dan umat Islamnya dengan wajah-wajah buruk, jahat, negatif, ganas dan segala yang tidak baik itulah rupa wajah Islam pada benak pemikiran barat, Yahudi dan golongan yang anti Islam itu.

Belajarlah Menyelidiki Segala Macam Maklumat Golongan Fasik dan Musuh

Kerana putar belit media barat yang didalangi Yahudi itu, hinggakan umat Islam terkeliru dan ditipu hidup-hidup. Umat Islam seperti hilang daya akliah untuk meneliti dan menilai segala berita putar belit barat tentang Islam dan umat Islam. Dalam al-Qur'an itu sendiri mengajar dan memberikan panduan kepada umat Islam tentang tata cara menerima berita atau maklumat yang disampaikan oleh golongan fasik. Apatah lagi daripada golongan musuh atau mereka yang anti Islam seperti Yahudi dan orientalis barat itu. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya (dengan sikap teliti dan cermat) kamu tidak akan menimpakan suatu kaum dengan perkara yang tidak diingini (dengan sebab kejahilan kamu mengenainya), sehingga menjadikan kamu menyesali terhadap apa yang kamu telah lakukan". (S. al-Hujurat: 6).

Justeru itu, umat Islam hendaklah kembali kepada pengajaran al-Qur'an ini. Apa lagi dalam situasi dunia maklumat dan pemberitaan itu sendiri dikuasai sepenuhnya oleh barat yang didalangi Yahudi. Dan bangsa Yahudi itu juga yang memegang tengkuk Amerika Syarikat supaya ikut telunjuk mereka, kalau tidak Amerika akan ditimpa malapetaka lebih dahsyat daripada kesengsaraan umat Arab dan umat Islam di Palestin. Kita boleh lihat bagaimana persekongkolan Amerika bersama Israel dalam jenayah pembunuhan dan keganasan di bumi Palestin itu yang dirampas secara cukup terancang menerusi resolusi PBB pada tahun 1948 lagi bagi maksud pengwujudan negara Israel. Sekaligus menimbus dan menutup terus peluang negara Palestin ditubuhkan.

Senario dunia dengan zaman globalisasinya dan dunia tanpa sempadan umat Islam seharusnya mengambil pengajaran besar dari sentuhan pengajaran al-Qur'an ini tentang bagaimana kita berhadapan dengan segala macam maklumat dan berita yang dibawa atau dihidangkan di depan mata umat. Umat Islam jangan sampai lebih percayakan berita dari mulut musuh daripada berita yang disampaikan sendiri oleh saudara seagama. Apabila umat Islam lebih percayakan berita musuh dan dalam masa sama menidakkan berita yang datang dari mulut umat Islam sendiri, tunggulah petaka bakal menimpa diri umat Islam dan negara Islam di seluruh dunia. Bayang saja ada pemimpin di negara Islam lebih bersimpati dengan bersekongkol bersama keganasan tajaan Amerika dan golongan anti Islam mengganyang serta memusnahkan umat Islam di mana-mana seperti tragedi yang menimpa umat Islam di Bosnia Herzegovina, Palestin dan sekarang di Afghanistan. Amerika bersama sekutunya hanya bertopengkan 'pengganas' atau 'keganasan' yang belum jelas siapa sebenarnya pengganas yang dicari itu, dengan sikap angkuh lagi besar kepala terus menuding jari bahawa Osama bin Laden merupakan dalang pengganas yang meruntuhkan dua bangunan kembar menjadi kemegahan Amerika selama ini.

Sejak 11 September itu, Amerika dan media-media yang pro Amerika dan didalangi golongan anti Islam yang menyimpan dendam terhadap umat Islam terus-menerus memutar-belitkan berita keganasan dengan mengaitkan Islam dan umatnya sebagai pengganas atau penaja kepada keganasan di seluruh dunia. Tetapi menutup mata terhadap keganasan Israel dan Yahudi di Palestin, keganasan Serbia di Bosnia dulu dan lain-lain keganasan bersifat kaum atau agama yang terjadi diserata dunia yang dilakukan oleh agama lain. Hinggakan umat Islam sendiri tidak menyedari bahawa agenda media barat dan media anti Islam itu yang hari-hari disebar secara cukup meluas dan bersistem oleh media di negara-negara Islam sendiri, seolah-olah membenarkan apa sahaja berita dan juga maklumat yang disampaikan oleh media barat tanpa sebarang penapisan yang sewajarnya, sebagaimana Islam mengajar umatnya supaya menyelidiki dulu berita-berita yang dibawa oleh golongan fasik itu. Inikan pula berita yang dibawa oleh mulut-mulut musuh dan golongan anti Islam.

Kita tidak berniat mengapi-apikan semangat pertentangan agama. Tetapi umat Islam harus melihat tragedi yang menimpa umat Islam di Afghanistan adalah suatu tindakan cukup jahat oleh Amerika bersama sekutunya untuk melemahkan umat Islam, sebagaimana Amerika bertindak terhadap Iran dengan memperkudakan negara jirannya Iraq waktu itu. Begitu juga kerja dan niat jahat Amerika terhadap Iraq sebenarnya mempunyai sesuatu yang tersirat di lubuk hati kecil musuh-musuh Islam yang didalangi oleh Yahudi yang selama-lamanya menyimpan dendam terhadap Islam dan umat Islam. Kekuatan umat Islam di Iraq dan Iran digeruni oleh Israel, kerana itu sebelum kekuatan itu menghimpit Israel, Amerika yang menjadi kuasa dunia mesti berperanan untuk melemahkan negara-negara Islam yang digeruni oleh Israel itu.

Tragedi Akhir Zaman Yang Dipenuhi Hikmah Besar

Umat Islam wajar melihat dan belajar atau mengambil sedikit iktibar dari peristiwa yang terjadi di bumi Afghanistan itu dan kaitannya dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga merajalela 'alhajru'. Para sahabat lalu bertanya: Apa itu 'alhajru', ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW: Pembunuhan, pembunuhan". (HR Imam Ahmad).

Jelas serangan penuh dendam Amerika terhadap bumi Afghanistan itu, walau pun Amerika mendakwa hendak mencari sasaran Osama bin Laden. Tetapi itu hanya topeng bagi tujuan untuk pembunuhan ke atas umat Islam yang tidak berdosa khususnya orang-orang awam. Sudah sebulan lebih Amerika menyerang, mengganas dan membunuh jiwa umat Islam tanpa erti peri kemanusiaan dan jauh dari sifat ehsan semata-mata dengan matlamat serta niat jahat lagi kejam ke atas batang tubuh umat dan negara Islam Afghanistan yang kerdil kalau hendak dibandingkan dengan kemajuan Amerika, Britain dan negara Eropah lainnya. Kenapa Amerika benar-benar bernafsu besar menyerang dan memusnahkan negara kerdil seperti Afghanistan itu. Niat Amerika bukan semata-mata disebabkan  untuk memburu jutawan Arab Saudi, Osama bin Laden, sebaliknya ada niat jahat Amerika bersama sekutunya ke atas negara Islam yang mahu menyuburkan kehidupan Islam, syariat Islam dan perlaksanaan perundangan Islam yang sebenar di bumi Afghanistan. Kerana musuh Islam menyakini apabila umat Islam bergantung dan bersandar sepenuhnya kepada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW serta patuh kepada Ijmak para ulama Islam yang muktabar bahawa kekuatan dan juga kekuasaan umat Islam akan kembali mendominasi dunia. Inilah yang ditakuti oleh Yahudi, dunia barat dan golongan anti Islam itu.

Untuk itu, sebelum umat Islam menjadi kuat, bersatu dan berkuasa di dunia ini. Adalah lebih baik mana-mana negara umat Islam di dunia ini yang mahu menghidupkan kembali syariat dan kehidupan Islam berlandaskan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW itu disekat lebih awal dengan apa cara sekalipun, hatta dengan keganasan serta memperkudakan pemimpin dan negara umat Islam yang boleh diperkudakan atau dicucuk hidung bagi mempermudahkan Amerika dan sekutunya melaksanakan agenda jahat mereka itu ke atas negara Islam.

Maka dengan demikian, umat Islam di mana jua mereka berada hendaklah bersikap lebih bijak dan meneliti setiap inci agenda Amerika bersama sekutunya di bumi Afghanistan. Kita bukan mahu bersikap prejudis terhadap Amerika dan juga sekutunya. Tetapi, biarlah kita kembali kepada makna sebuah keadilan sejagat. Islam mengajar kita cukup sistematik dalam mengatur kehidupan ini dalam meletakkan keadilan, kemanusiaan dan sifat ehsan itu. Dan Islam tidak sama sekali menganjurkan sebarang bentuk keganasan dan juga kezaliman. Islam cukup tegas dalam menentang apa jua bentuk keganasan serta kezaliman ke atas manusia hatta ke atas haiwan pun Islam sangat menuntut sifat ehsan itu.

Tetapi media barat yang didalangi golongan anti Islam, hari-hari menyebarkan berita-berita negatif tentang Islam. Itulah dasar musuh dan golongan anti Islam itu selamanya. Kerana itu, umat Islam dan para pemimpin umat Islam di seluruh dunia Islam hendaklah kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW, seandainya kita mahu kembali kuat. Dekatilah golongan ulama, cintailah ulama pewaris para nabi itu tanpa sebarang rasa curiga terhadap keikhlasan para ulama Islam ini dan berhati-hatilah terhadap kelicikan musuh atau golongan anti Islam yang sentiasa berusaha memperkudakan kita. Akhirnya, agenda jahat mereka untuk memperlaga-lagakan umat Islam sesama Islam menjadi nyata, kerana sikap umat Islam dan para pemimpin umat Islam sendiri. Kenapa para pemimpin umat Islam di dunia Islam tidak mampu melakukan kesatuan fikrah dalam menangani segala isu-isu besar yang melibatkan umat dan negara Islam. Umat Islam ada OIC, tapi di mana fungsinya dan pelbagai lagi agensi umat Islam di peringkat antarabangsa akan tetapi tidak mempunyai kekuatan sebenarnya. Apakah mungkin kerana longgarnya keimanan, nipisnya taqwa, hilangnya sifat tawadhuk, lunturnya sifat mahmudah atau akhlak mulia di kalangan pimpinan umat Islam akhir zaman. Atau kerana menebalnya sifat ego, takbur dan jauhnya kita dari sentuhan ajaran al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW? Kita saja yang boleh memberikan jawapannya. Wallahu 'Alam.

Ibn Sabah,
13.11.2001M.

Hits: