Kelesuan Perang: Di Wajah Blair Jelas Terbayang 

Oleh: Oonagh  Blackman (Deputy  Political  Editor Mirror.co.uk)

Empat jam sudah berlalu sejak  Boeing 777  meluncur  naik  melepasi ruang udara pengkalan udara  India,  tetapi Tony Blair  masih lagi  berjalan mundar-mandir  di kabin pesawat itu.  Perdana Menteri itu  sudah begitu  terangsang  disebabkan adrenalin yang mengalir garang  sehingga  beliau  terkedu kerana  keletihan  seperti orang lain  dalam penerbangan pulang  daripada satu misi diplomatik yang sungguh  mengazabkan.

Tidak  ramai yang masih berjaga ketika saya   mencelikkan mata  dan melihat Mr. Blair, masih  berjaga dengan  secangkir  teh di tangannya, bersembang-sembang dengan seorang pramugari  di sisi.

Salah seorang   anggota  petugas pesawat  itu  berkata  kemudiannya: “Sungguh menakjubkan. Saya hairan bagaimana dia  menjalankan tugasnya.” Namun, Perdana Menteri itu kelihatan  sungguh  tertekan keadaannya. Tetapi, beliau sudah berterbangan  lebih  40,000 batu  melalui  beberapa   zon waktu  dengan  31 penerbangan dalam masa 51 hari. Misi  yang pertama ialah  penerbangannya  ke  Berlin, New York dan  Brussels. Pada Oktober 3, dia terbang  ke  Moscow,  Islamabad  dan  New Delhi, India. Kerana masih tidak puas hati dengan tugasnya itu, dia  telah  terbang ke Oman untuk berjumpa  pasukan tentera  British yang   menjalani latihan di sana. Penerbangan itu dibuatnya  daripada  Geneva sebelum  bertolak pula  ke  Mesir. Kemudian dia  membuat beberapa lawatan yang  bersejarah. Bermula pada  Oktober 30, dia pergi ke Syria, Arab Saudi, Jordan, Jerusalem, Tebing Gaza dan Genoa  di Italy sebelum beralih  pulang.

Pada STEVEN hari Rabu dia telah menaiki  concorde ke  Washington untuk bertemu  George W Bush sebelum  berpatah balik semula  untuk berbincang  dengan Raja Abdullah  di Jordan dan pemimpin  Pakistan Pervez Musharraf.  Mr. Blair  telah  kehilangan  sedikit berat badannya sejak  berterbangan  selepas  September 11  menonjolkannya  ke pentas dunia dalam usaha  memerangi  keganasan.

Selain berterusan meminum teh, dia  memakan  bebuahan dan  banyak  air  galian. Ketika say bertanya  seorang pembantu, kalau-kalau  Perdana Menteri  menerima suntikan vitamin, dia menjawab  secara  tidak meyakinkan: Tidak dia  cuba  menyatakan badan melalui permainan tennis.”

Mr.Blair  tentu  telah menghabiskan hanya  sembilan jam untuk tidur  selama tiga malam di berada di Russia, Pakistan dan India  untuk  perbincangan mengenai anti-keganasan.

Sejak itulah  semakin ketara  tekanan fizikal yang  menghantuinya.  Ketika PM menurun tangga pesawat jet di Heathrow pad  jam 2  pagi  lapan hari yang  lalu,  dia memang kelihatan  terlalu keletihan.

Akan tetapi, ada salah seorang  penasihatnya berkata: “Dia  mempunyai keupayaan  untuk menumpukan  perhatian ke atas  setiap isu dalam  cara yang   menentu dan kemudian mampu  menukar haluan  untuk  menutupkan mata  barang  sekejap.

Namun,  ada ketikanya  bateri  yang  kuat pun boleh  kekurangan  kuasanya.

Isnin lalu  ketika menghadiri  persidangan  CBI, dia  menjadi tertekan. Penulis  politik Simon Hoggart  menulis; “Oleh kerana  keletihan, Dia menunjukkan satu wajah yang sungguh lesu,  keletihan dan kebingungan. “Saya  menantikan  seseorang  yang berani  melaungkan: “Chukuplah, PM. Tibalah masanya merehatkan badan   daripada  segala keributan.” Malam kelmarin, selepas menghadiri  satu seminar di Downing Street  mengenai Sistem Keadilan  Pemuda, Mr.Blair   berundur  ke  Chequers. Tetapi,  oleh kerana  PM Sepanyol, Jose Maria Aznar datang   melawat, memang tidak banyak peluang untuk beliau  beristirahat. JILL PALMER Wartawan Perubatan  Mirror  menulis kenapa Tony Blair  harus  mengurangkan perjalanannya

Tekanan fizikal  dan psikologi selama  lapan minggu sudah pun menampakkan kesannya  pada Tony Blair.

Kekurangan tidur, waktu makan  yang tidak menentu,  kekurangan beriadah, semuanya menyebabkan    keletihan beliau itu  amat  ketara.

‘Jet-lag’ ataupun  penerbangan yang jauh  memang  mengenakan kesan  yang mencengkam, merubah corak  kehidupan seharian. Apabila tiba  masa  untuk melelapkan mata, tidur itu merupakan satu kemestian yang  tetap diselang-seli  dengan  berjaga.

Apabila dia  meluru daripada satu negara  ke  negara  lain, Tony Blair tidak mempunyai masa secukupnya untuk menyesuaikan dirinya  dengan keadaan  itu. Sistem waktu dalam badannya  mudah meragam, kerana  tidak dapat mengecam suasana  untuk tidur ataupun berjaga, bersarapan pagi ataupun makan malam.

Keadaan dalam pesawat  yang selalu dipam udara  di dalamnya  adalah satu  bahaya kepada keselamatan,  mengasak tekak dan  mata dan penerbangan yang berpanjangan bererti Tony Blair tidak mampu  makan pada  waktu yang biasa  sehingga terpaksa  terlupa melayan keperluan  otaknya.

Jadual kerjanya  tidak memberikan  masa lapang  untuk  beriadah  dan  menghirup udara segar. Kaedahnya  adalah  penting  untuk  menyegarkan  tenaga, melegakan  tekanan dan menyediakan  satu perasaan  selesa.

Tetapi, selain  masalah fizikal ini,  tekanan mental  memang  menyeluruh  dan boleh menyebabkan  kesakitan dan keperitan, berpeluh,  kurang  hadam, malahan kerunsingan dan tekanan.

Semua itu menyebabkan  keletihan yang  dahsyat  dan  kalaulah Mr. Blair  tidak melapangkan masanya, dia  berkemungkinan  akan  jatuh  kerana  keletihan  yang amat sangat.

Pendapat DONALD ANDERSON  MP Pengerusi  Dewan Rakyat  ‘Foreign Affairs Select Committee’ mengatakan  misi  diplomasi PM  adalah  sesuatu yang berpatutan

ANDA tentu  telah mendengar   ramai orang berkata: “Ini adalah peperangan Amerika. Tony Blair seharusnya berdiam sahaja di  negaranya sendiri.”

Tetapi, kita sudah pun terlibat. Bukan sahaja  kerana  ramai  rakyat Britain yang menjadi mangsa  pada  September 11.

Tuduhan  sudah tertumpu  kepada  Osama bin Laden, yang dilindungi oleh Taliban. Wujud satu  ancaman  sebenar  kalaulah  ini  tidak  dihentikan,  dia akan menggunakan kimia, senjata biologi  dan  nuklear  terhadap kita.  Patutlah  Tony Blair  begitu aktif  bagi pihak kita  semua.

Saya baru pulang  daripada  New York dan Washington di mana  pegawai tinggi  di sana memuji  Perdana  Menteri. Presiden Bush  pernah  berkata  pada  Rabu dulu: “Kita tidak ada  sahabat   yang lebih hebat daripada  Great Britain.  Saya tidak ada   orang lain yang lebih  sesuai  untuk  berbincang  masalah  bersama,  selain Tony Blair.” (catatan penterjemah – ini cakap penyangak besar tanpa  memikirkan betapa tersentuhnya hati rakyat  Amerika yang bertungkus lumus  menyokong  beliau di Amerika.)

Memang  seronok menjadi  warga  Britain  di  AS  hari  ini.  Mr. Blair  telah menonjolkan  pengaruh kami sebenarnya.  Dia telah membantu  membina  satu pakatan  dan menentukan  betapa keperluan rakyat  Afghan itu  seharusnya menjadi agenda utama. Dia tahu  cara terbaik untuk  mencapai kejayaan dalam  mengnyahkan Osama bin Laden dan kawan-kawannya yang  jahat  itu.

Blair baru sahaja  membina  jambatan kedamaian  antara  orang Palestin dan Israel (sayangnya jambatan itu bertahan  beberapa hari sahaja – penterjemah) Mr. Blair menyuntik  kekuatan bertolak-ansur  di mana  perlu  dan  sedang memainkan peranannya yang baik untuk kita  semua  turut  bergaya  di situ. 

Tamat.SPAR.

Hits: