Yang Bagus, Yang  Jahat,  dan  Yang  Paling  Jahat 
(The  Good, The  Bad, And  The  VERY Bad)

Oleh: Eric Margolis (Con. Foreign Editor) 11.12.01 

Nota webmaster: Ingat ini adalah satu terjemahan sahaja

Afghanistan  memang  mengelirukan.  Di sini  adalah  peraturan  untuk mengesan semua pelakon dalam  jihad  memerangi  keganasan.

Puak Taliban – Jenis Afghan yang paling jahat. Kumpulan  yang disebut mengamalkan  ajaran purba  dan  memakai  serban, tidak mencukur  jambang dan membungkus kaum  wanita mereka. Mereka telah berdegil menolak  tuntutan  AS  untuk  menyerahkan  tetamu mereka Osama bin Laden,  seorang wira   peperangan menentang Soviet.  Setiap negara yang berani  menyanggah Amerika Syarikat (Paman Sam)  memang didera  dengan pengeboman menyeluruh.

Kumpulan Taliban  ini  menguruskan pentadbiran negara  berasaskan  ajaran Islam, yang memang  dibenci  di zaman ini – kecuali, apa  yang diamalkan oleh  Israel, di mana rakyatnya  berkata  bahawa  negara  mereka itu adalah  pemberian Allah, kerana itu mereka adalah  bangsa yang BAIK, tidak seperti  penduduk setempat   yang suka  membuat kacau yang  bergelar  Palestin, yang  di anggap  sebagai pengganas dan merupakan golongan yang JAHAT.  Presiden Bush berkata  beliau  mendapat  pengajaran  daripada  Kitab Injil, dan ini adalah satu perkara  yang BAIK, tetapi apabila  ketua  Taliban, Mullah Omar mengikut ajaran Qur'an, itu  dianggap sesuatu  yang  GILA.

Puak  Pakatan Utara – adalah  Afghan  jenis  yang BAIK, walaupun  mereka menguruskan kegiatan   perdagangan  opium  dan dipimpin oleh  penjenayah perang. Mereka berpura-pura beratur dengan baik dan  bersumpah untuk  menghancurkan Taliban – dengan syarat AS menjalankan kerja-kerja  berlawan. Kelengkapan senjata mereka datangnya  dari Russia dan mereka  dibekalkan wang oleh CIA. Mereka amat mudah dikenal  kerana  memakai uniform buatan  Iran  dan bertopi,  tidak  memakai serban. Kaum  wanita  mereka berbungkus juga seperti  Taliban yang  mereka kata  kumpulan purba.

Pada  September 10, 2001 Pakistan  dianggap  sebuah negara  pengganas  yang diperintah oleh  seorang  diktator tentera  yang  JAHAT, Gen. Pervez Musharraf, yang menyokong Taliban  dan mempunyai ramai  sahabat  beragama Islam yang  JAHAT. Tetapi  pada September 15, Pakistan secara tiba-tiba  menjadi satu  sekutu  yang  suci murni, dalam usaha  berjihad  memerangi keganasan. Lantas, Pakistan  mengenepikan  sahabat lamanya, Taliban dan  merelakan  negara itu  digunakan oleh  tentera  AS. Musharaf kini dianggap BAIK, dipuji oleh barat  sebagai  berani dan berwawasan, walaupun  88% rakyatnya yang tidak  bersetuju dengan pujian itu. Sebelum Bush dilantik  menjadi  Presiden Amerika, dia tidak pun  dapat mengingati  nama  pemimpin Pakistan itu bila disoal oleh seorang wartawan. Kini, Bush  dan Musharraf adalah  berkawan  baik.

Amerika Syarikat  dianggap BAIK, kerana  menguruskan  urusan  negaranya sendirian, tetapi menjadi mangsa  tekanan  Islamic-Nazi yang ganas, mengikut  taksiran  Bush  yang pintar, dan  merupakan  bekas  rakan kongsi  ahli keluarga  Osama  Laden. Oleh kerana AS pernah berperang  melawan Syria, Lebanon, Iraq, Iran, Sudan, Somalia dan Afghanistan, adalah tidak seharusnya  ia dijadikan satu kepercayaan  yang Amerika  memusuhi  orang Islam. Beberapa  ramai  kawan baik  Amerika – seperti Shah Iran, Saddam Hussein, dan warga diraja  Arab Saudi, Morocco dan  negara Teluk – merupakan  warga  Islam.

Oleh kerana  Israel  menggunakan  kereta kebal dan helikopter  buatan Amerika untuk menghancurkan kebangkitan Palestin  dan membunuh  pemimpin Palestin – semua itu adalah tindakan  yang  BAIK dan  merupakan tindakan menentang keganasan – dan tidak ada sebab kenapa  orang lain mesti marah  kepada Amerika Syarikat.  Washington telah mengarahkan pihak media  melakukan penapisan berita  secara  sukarela  agar  rakyat Amerika tidak tersentuh dengan  liputan TV yang  menunjukkan ramai  kanak-kanak Afghan yang mati.

Russia merupakan  pihak yang menang besar dalam segala kekecohan besar  ini Pemimpin mereka yang sungguh bijak, Vlad Putin telah berjaya  memujuk Bush agar  percaya bahawa kisah kezaliman Russia  menghenyak puak Chechen  adalah bersifat “anti-keganasan”. Dana Amerika  mengalir  memasuki Kremlin.  Pihak Russki  telah  menekan AS agar menghenyak Taliban, dengan menjimatkan  belanja  dan usaha  mereka.  Begitu juga dengan Israel yang berusaha agar  AS  menggugurkan bom dengan menggunakan B52 ke atas Iraq, Lebanon, Libya, Yemen, Syria dan Iran.

Arab Saudi – penaja kewangan utama kumpulan pelampau Islam – dengan syarat pelampau itu tidak  membuat kacau di  negara  kaya-minyak itu. Arab Saudi  membantu dan menyokong Taliban dan  kumpulan pelampau  Wahabbi di Afghanistan  dalam peperangan berahsia  mereka menentang  Iran.  Kewujudan tentera AS di Arab Saudi  menghindari  rakyatnya daripada menggulingkan  warga  istana  mereka. Satu ketika dulu Arab Saudi yang juga dikenali sebagai “Arab kita”  dianggap BAIK, tetapi kini, kerana  mereka  enggan membunuh  orang Islam yang  seagama  dengan  mereka  secara besar-besar,  mereka sudah dicop oleh  media AS  sebagai  JAHAT.

Iran – yang  dianggap  pengganas-melampau yang  PALING JAHAT  sehinggalah Seot.11, telah membuat  kacau di kalangan Afghan selama 20 tahun. Kumpulan mullah Tehran, amat membenci mullah Taliban dan Pakistan. Kerana  mereka  lebih  bijak daripada  Arab, yang turut dibenci oleh  mullah  Iran,  kumpulan  mullah Iran yang amat licik itu bermain silap mata dengan  AS dan  telah  berpura-pura  memberikan  sokongan  kepada  pasukan Pakatan Utara yang dianggap BAIK untuk  memusnahkan Taliban yang diiktiraf JAHAT.

Dakwaan AS  dulu  bahawa  Iran adalah sebuah “negara  pengganas," dan  bersalah kerana mengebom  pengkalan tentera AS  di Arab Saudi, sudah pun digugurkan.  Iran kini dianggap sebagai  BAIK JUGA.

Minggu lalu – para pengganas, Tamil  Elam  telah   melancarkan  serangan rela mati  di Sri Lanka. ‘Pengganas’ Basque  telah  membunuh seorang hakim Sepanyol dan meledakkan sebuah  bom yang  berkuasa tinggi  di  Madrid;  ‘pengganas’ IRA  telah meledakkan sebutir  bom di  Britain.  Tidak ada  satu pun  kekecohan  yang  muncul daripada Washington.  Keganasan  mengikut  tafsiran Amerika  diambil kira  sebagai keganasan hanya kalau  ia  dilakukan  terhadap  kepentingan Amerika.

OSAMA bin LADIN -  diiktiraf  PALING  JAHAT dan masih lagi bernyawa  setelah satu bulan dijadikan sasaran  utama  ketenteraan  Amerika.  Beliau  mengajak  umat Islam berjihad terhadap  Barat,  sedangkan  apa yang benar-benar  diperlukan oleh  masyarakat Islam ialah berjihad  menentang  masyarakat  mereka yang  haprak  dan yang  membuat kan mereka menjadi  hamba abdi  putaran muslihat politik barat.  Saudara  Osama dilihat sebagai satu tokoh  yang  mempunyai sifat keramat  di  Dunia  Ketiga, kerana berani memomokkan  media AS.  Ramai lagi  yang  mahu mencontohi Osama  dan menunggukan masanya.

Strategi AS menghujani  bumi yang dibom itu  kerana  mahukan ia hancur lebur persis keadaannya  pada  abad ke-4 dulu, dan memusnahkan  Osama Laden dan  mahu menghapuskan semua  kumpulan JAHAT yang  memakai serban sebelum mereka  menang lagi.

Catatan: Eric boleh dihubungi melalui emel :               margolis@foeigncorespondent.com


Seperti dulu,  kami masih ingin tahu: Untuk apa  kita  berperang begitu?

11 November, 2001.

Selepas peristiwa  11 September, ‘The  Independent on Sunday’ telah  mencetuskan satu siri persoalan mengenai  jawapan  barat  kepada   pengeboman rela mati di Amerika. Dua bulan selepas tarikh itu,  selepas  dimulakan kempen pengboman di  Afghanistan, pada satu  hari Ahad -  Hari Peringatan  - yang merupakan hari  kita  mengingati  roh mereka yang terkorban dalam peperangan yang dulu-dulu, kita  menyoal semula  soalan  begini:

Apakah tujuan  kita berperang ?

Bidang  peperangan membasmi keganasan  masih lagi   belum berbahaya   kerana kesamarannya. Mr.Bush  telah pun  menjelaskan  betapa dia  menganggap usaha membunuh Osama bin Laden  sebagai sesuatu  yang sah; dan ini tidak pula  disokong  secara terbuka oleh  Mr. Blair. Satu serangan yang terhad  bertujuan   membawanya ke  muka pengadilan dengan cara   mendedahkan segala  jaringannya  merata  Timur Tengah  dan  mendedahkan juga    penderitaan orang Afghan, dikira  dapat  diterima.  Tetapi, satu serangan perang yang  menyeluruh dengan ganasnya  ke atas  manusia yang begitu lama  menderita dan kebuluran   dengan alasan  yang memungkinkan terbunuhnya  Mr. Osama Laden adalah sesuatu yang tidak boleh  diterima  begitu  sahaja.

Mampukah kita  menangkap  Osama bin Laden  dan membubarkan Taliban?

Harapan awal  bahawa Taliban akan  hancur dan  pengeboman itu  dapat  dielakkan, ataupun dilaksanakan  semaksima  mungkin, telah pun  kecundang. Kita  terpaksa menggunakan pengebom  B52, raksasa hebat di angkasa, semata-mata mahu  menumpaskan Taliban. Jatuhnya minggu lalu, Mazar-i-Sharif,  satu kubu kuat Taliban,  sudah menjadi sasaran perencana barat sejak awal dulu lagi.  Kita mengharapkan ia  mempercepatkan  kempen mereka terhadap  menamatkan  peperangan  itu dengan jayanya. Tetapi ini bukannya satu peperangan klasik  seperti dulu  yang diukur  kejayaannya  kepada  berapa  bandar yang dirampas dan  berapa  kubu  musuh  yang tumpas. Ini adalah peperangan  untuk memenangi hati dan minda, kepercayaan  dan prejudis dan, dalam ertikata  istilah propaganda  yang  tulen, kedudukan Osama Laden sekarang ini lebih kukuh lagi  daripada  keadaannya  dulu pada permulaan  episod  peperangan itu.

Apakah akan  jadi  kesan  peperangan  ini?

Osama bin Laden sudah pun menjadi tokoh  ketaksuban  yang mengkagumkan  puak yang tertindas dan  tertekan gara-gara  nafsu-nafsi  barat.  Para pemimpin Barat memang amat benci  untuk mengakunya, tetapi  semakin ramai  manusia  Islam yang waras  di merata dunia  dapat merasakan  bahawa  serangan  Barat  secara menggila  terhadap salah satu negara yang paling termiskin di dunia  adalah  satu  penghinaan besar  kepada mereka. Kita tidak menafikan kegilaan Osama  bin Laden,  tetapi satu campur tangan  yang mampu menjadikan penaja  kepada  episod September 11, menjadi satu  lambang ketaksuban sejagat tentu  tidak mudah dikira sudah berjaya. Seandainya dia ditangkap  hidup-hidup, dia akan menggunakan  mahkamah  dunia  untuk meneruskan propagandanya  memerangi  konsep fundamentalis   terhadap  barat  dan  terhadap  dunia  Islam yang bertolak-ansur. Seandainya dia dibunuh, dia akan mati syahid. Apa pun dia tidak berada  di pihak yang akan kalah.

Bagaimana dengan  unsur keinsanan  kempen  ini?

Dalil yang terbaik untuk  menentang   kempen pengeboman  ini, apa pun  tujuan strateginya, ialah  ia  memangsa  banyak nyawa  yang tidak berdosa.  Kita  tahu ramai manusia  yang telah terkorban, tetapi   kita juga tahu  usaha memanjangkan pengeboman  itu akan membahayakan lebih ramai  orang awam.  B52 bukannya   senjata  yang terperinci sasarannya  dan pengbomannya  akan  membahayakan   orang awam.  Taliban ialah musuh yang ganas dan  berkemungkinan besar , apabila  tertekan,  akan  mengenepikan kepentingan keselamatan  orang awam dan kanak-kanak. Adalah tidak memadai  kalau Barat menyebut bahawa a kematian itu   adalah tanggungan moral  pihak Taliban.  Itu pun termasuk dapat percaturan kehidupan kita. Kejatuhan Mazar-i-Sharif telah meringankan  tekanan yang menghenyak  kuasa bersekutu untuk   mencapai kejayaan  sebelum  bermulanya musim  sejuk. Mereka sepatutnya  mengurangkan  kerja-kerja pengeboman itu sebelum Ramadhan menjelma dan membenarkan  konvoi  bantuan  kemanusiaan   menggunakan jalan raya yang kini mereka kuasai.  Adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal  dan dianggap  sebagai penting strateginya  untuk meneruskan pengeboman  sebegitu hebat  seperti yang disaksikan  selama ini. Paul Wolfowitz, timbalan setiausaha pertahanan AS  telah pun menjanjikan tambahan bantuan  bekalan sepanjang Ramadhan. Cara terbaik melaksanakannya ialah  dengan menghentikan pengeboman itu. Cara lain hanya  satu  lakonan sahaja. Orang yang dihantui kesejukan dan  kebuluran  lebih  layak diberi bantuan yang  lebih berkesan dari itu.

Apakah  al-Qa'eda sudah berkecai?

Al-Qa’eda ialah  satu  pertubuhan   yang  dianggotai oleh  individu  yang tidak bernegara, yang muncul hasil suasana  kekotoran  kerajaan Arab Saudi yang sungguh korup, yang merestui  kumpulan itu dipimpin oleh  Osama bin Laden. Ia berpaut kepada pelbagai rintihan yang  berkecamuk di Timur Tengah, ada yang  berasas, ada juga tidak kuat asasnya. Selama ini ia  ditaja dan diongkosi oleh Arab Saudi dengan  diketahui secara keseluruhannya  of  Amerika dan Britain, cuma mereka  berpura-pura tidak tahu, ataupun sengaja tidak mahu tahu. Sepatutnya  di sinilah  dimulakan  peperangan membasmi keganasan itu. Tetapi   barat  sengaja   membutakan mata  terhadap  kebajingan Saudi dan mengambil jalan mudah sahaja – dengan mengebom Afghanistan – sedangkan negara itu adalah dianggap hotel dan rumah tumpangan  untuk Osama Laden  dan orang-orangnya. Tidak ada satu bahan-bukti  bahawa  sebahagian lain rangkaian  pertubuhan itu telah pun dibubarkan ataupun   keupayaannya  untuk melancarkan satu lagi serangan besar  telah dilumpuhkan sejak bermulanya  kempen mengasak  bumi Afghanistan.

Apakah Pakatan Utara  itu  rakan juang yang sesuai?

Tidak ramai   pakar strategi barat   dan  pemimpin politiknya  yang   menaruh kepercayaan kepada  Pakatan  Utara. Pertubuhan ini  memang terkenal  kezalimannya  dan sejarah persekongkolannya  tidak pun  memberikan  janji manis  untuk dijadikan rakan-kongsi kedamaian dalam pentadbiran pasca-perang Afghanistan. Unsur  ketenteraan dan percaturan etnik  yang  mewarnai  pertubuhan itu amat mudah  mengkucar-kacirkan Afghanistan ketika mereka merencana  untuk  menyelesaikan  masalah mereka. Pakatan itu berkemungkinan menggunakan  kejayaan merampas Mazar-i-Sharif  untuk menuntut  hak  mengambil alih kuasa di Kabul. Sebelum perkara semacam itu  dibiarkan berlaku, Barat  mestilah tentukan satu cara  mengawasi  proses itu. Pakatan Utara itu tidak boleh dipercayai  tidak akan melancarkan  serang balas yang mencetuskan  tumpahan darah  terhadap orang Pashtun  di selatan dan  timur.  Barat  mempunyai  satu tanggungjawab  yang terdesak menentukan bahawa  sekutunya yang boleh disangsikan itu  dikekang  dengan  peraturan hidup secara berperikemanusiaan.

Apakah yang akan terjadi akhirnya?

Pentadbiran Bush tidak  pernah  menidakkan  kemungkinan peperangan itu diluaskan untuk menyerang Iraq dan menggulingkan Saddam Hussein.  Kami memang  amat  bersetuju dengan taksiran  Clare Short, seorang Setiausaha  Pembangunan Antarabangsa, dalam wawancara beliau  dengan akhbar ini bulan  lalu. Beliau berpendapat bahawa  gelagat mencari  negara lain untuk  diserang dalam suasana  demam global  ini adalah  satu  tindakan yang sungguh tidak berguna. Kerajaan British belum lagi  menafikan  sokongannya kepada opsyen itu.  Kita mahukan  ketentuan  betapa  peperangan yang sungguh menggila ini tidak akan diperluaskan pentasnya  untuk  menyebabkan  keadaan tidak stabil yang lebih luas yang tidak ada sebarang manfaatnya. Ketika semangat  patriotisme  sedang dibincangkan dengan hebatnya,  kebangkitan  kerja mencari  soalan yang  menyindir keadaan ini memang amat diperlukan. Kita tidak akan berhenti  menyoal mereka  sehinggalah kita  dapat mendengar jawapannya    yang dapat  diterima  oleh akal kita. Setakat ini  mereka belum berjaya menjawabnya.

Tamat.

Hits: