Lawak Bodoh Aziz “Pendek” Shamsuddin

BAPAK konspirator, Aziz “pendek” Shamsuddin buat-buat bergaduh dengan para kontraktor yang dia lantik kerana didakwa gagal menyudahkan kerja-kerja membuat bilik komputer.

Dia ada rancangan mahu menarik balik kontrak itu kerana ada syarikat-syarikat kroninya yang menagih projek itu. Bila dia tampil mengeluarkan kenyataan akhbar, tentu ada cerita menarik di sebalik semua kata-katanya itu.

Kemudian, selang sehari dua, dia memberi kebenaran untuk membenarkan syarikat-syarikat yang didakwa gagal itu menyudahkan projek itu sehingga hujung tahun ini.

Dulu, dia bergaduh dengan murid-murid sekolah. Kemudian dia bergaduh dengan cikgu-cikgu. Dia juga bergaduh dengan mahasiswa universiti dan kini dia (buat-buat) bergaduh dengan kontraktor.

Aziz “pendek” ini tidak akan mendapat sebarang publisiti kalau dia tidak bergaduh. Paling akhir, dia mahu guru-guru wanita yang hendak mengandung, menyusun jadual mengandung. Disebabkan dia tidak ada isteri yang boleh mengandung, maka dia keluarkan cadangan bodoh itu.

Bukan sedikit yang tertawa dengan lawak bodohnya itu tetapi di kalangan menteri, timbalan menteri dan wakil-wakil rakyat tidak ada yang berani ketawa di depan Aziz bapa konspirator ini kerana dia cukup berkuasa dalam senario politik Malaysia.

BPR sepatutnya menyiasat syarikat-syarikat yang mendapat projek dari Kemeterian Pendidikan, apakah ada kena mengena dengan Aziz dan kroninya? Di Parlimen beberapa wakil rakyat sudah menegur “kuasa besar” Aziz di dalam memberi tender kepada syarikat-syarikat milik orang-orang Umno yang pro Aziz pendek.

Namun, BPR di negara ini tidak akan menyiasat kerana “tiada aduan”.

Rakyat perlu memerhatikan lakonan-lakonan para pelakon handalan ini yang diarahkan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Antara pelakon terkenal kini ialah Aziz pendek, Annuar Musa, Azmi Khalid dan Norian Mai yang “mahu menunjukkan” Barisan Nasional “sebuah kerajaan yang telus”.

Bila rakyat lupa, bila rakyat terlalai dek hiburan hasil lakonan pelawak-pelawak bodoh ini, akan ada lagi duit Tabung Haji lesap, peruntukan PPRT diseleweng dan YKK mengaut wang tanpa perlu didaftarkan.

Tabik kita kat BPR. Tabik kita kat polis dan tabik kita kepada semua pelakon-pelakon sandiwara ini.

 

-Ramlan Jantan 2001

Hits: