Fikirkan yang terbaik untuk parti

Segala kritikan saya terhadap parti Keadilan adalah pandangan kritis dari intelektual saya. Pandangan saya seharusnya di nilai secara positif bukannya pada sudut konfrontasi atau menjahanamkan parti. Saya hormati kepada sesiapa yang taksub atau pro-parti, sememangnya golongan ini perlu ada kerana ibaratkan golongan ini juga menyumbang kepada kekuatan parti.

 
Tak kiralah sama ada taksub ataupun tidak, yang pentingnya ialah sama-samalah kita memikirkan sesuatu yang baik untuk parti. Tak usah ada yang memohon maaf.....tepuk dada tanda selera. Jika yang buruk kita jadikan teladan manakala yang baik kita jadikan pedoman. Jangan jadi seperti UMNO, walaupun kita bukan ahli parti pembangkang tetapi apabila kita mengkritik parti/pemimpin mereka maka di labelkan kita anti-kerajaan dan pro pembangkang........silap-silap kena ISA.
 
Dalam penyediaan kita ke arah 'Demokrasi bebas', sesiapa mesti sanggup menerima komen, pandangan, mahupun kritikan pedas daripada semua golongan masyarakat. Jika saya menjadi pemimpin...PM kononnyalah, saya sanggup beri RM50.00 jika ada orang mengkritik dan memberi pandangan yang boleh di terima pakai dalam kepimpinan saya. Jika tak sanggup beri RM50.00, boleh jemput makan tengahari dengan PM........tentu seronok!
 
Pada masa sekarang, saya sedang menyiapkan Asas Pedoman Kepimpinan Parti menurut perspektif saya yang akan di siarkan dalam ruangan ini. Sesiapa boleh baca!
Tunggulah...saatnya dan selalulah menjengah laman web mindarakyat.
 
 
Dr.Yusof MD  

Nota webmaster: Kita mengucapkan syabas kepada penulis dalam hal ini. Kita menunggu artikel beliau yang pastinya sedikit sebanyak mampu kita jadikan pedoman menjelang hari penting di tahun 2004 nanti!!

Hits: