Keindahan  Sebalik   Jendela

Menjelang Ramadhan ini saya mendoakan  agar warga  Islam di seluruh dunia  mendapati  banyak  masa  dan  tenaga untuk  bertenang menjalankan tugas  mereka memenuhi dan memperkasakan salah satu tiang  agama.

Alhamdullilah kita  sedang  diberi petunjuk kini  oleh Allah swt pelbagai kejadian alam yang memberi banyak iktibar  siapa  sebenarnya berkuasa  di  dunia ini dan siapa  sebenarnya memegang  kuasa veto dalam perjalanan hidup  insannya.

Semoga masa  terluang  sepanjang  Ramadhan itu dapat  diisi dengan berbanyak amalan dan  bacaan Al-Qur'an, mungkin juga sekali sekala bacaan buku  ilmiah  dunia  yang lainnya ~ penterjemah

                                                   **

Author:  Unknown

Nov. 7, 2001.

Dua  orang  lelaki yang sedang kuat  sakitnya,  berkongsi sebuah kamar di hospital yang sama. Seorang  antara mereka  dibenarkan duduk  di atas katil satu  jam setiap waktu tengah  hari untuk membolehkan  cairan dalam peparunya  turun  ke  bahagian bawah badannya. Mujur  kepadanya kerana  diberikan  katil yang paling dekat  kepada satu  jendela  di kamar itu. Pesakit yang seorang lagi  terpaksa berbaring  menelentang  di atas katilnya itu.  Mereka berdua  mampu berbual-bual  sepanjang  yang  mereka suka tanpa  ada  penghujungnya.  Mereka bercerita  hal ehwal isteri dan keluarga, rumah kesayangan, pekerjaan mereka, tugas   dalam perkhidmatan tentera, dan kisah lama  ketika   bercuti.  Setiap  muncul  waktu tengah hari  ketika  pesakit  yang berbaring  di sisi jendela perlu  bangun dan  duduk di atas katilnya, dia  menghabiskan banyak masa  memberikan  gambaran pemandangan luar yang dapat dilihat  melalui jendela.

Pesakit yang hanya  mampu terbaring itu  memang amat menunggukan   tibanya  satu jam itu  yang  memberikan gambaran aktibiti  yang  berlaku di dunia  luar. Jendela itu  menghala  kepada  satu  taman bunga  yang  mempunyai  satu tasik yang  cantik.  Itek dan angsa sentiasa bermain di tasik itu  sedangkan kanak-kanak bergembira  di sana dengan mainan  bot buatan  mereka. Pasangan muda-mudi  berjalan berkepit  tangan  antara  barisan  bebunga yang sungguh indah  warnanya sambil menikmati  bayangan bandar yang  kelihatan sayup-sayup di kaki langit. Semua  keindahan pemandangan ini diceritakan oleh  pesakit  di tepi jendela  itu  dengan jelas untuk dinikmati  oleh rakan sekamarnya yang  menutupkan mata  untuk membayangkan gambaran secara lintas langsung yang  diberikan.

Pada  satu hari pesakit di tepi jendela itu menceritakan gambaran satu  barisan manusia  yang lalu  di jalan raya. Walaupun  pesakit  yang mendengar  kisah itu tidak berdaya  mendengar  bunyi  mainan pancaragam yang mengiringi  perbarisan itu – dia  masih mampu  membayangkannya juga . Di peti minda pandangannya  apa juga  gambaran  yang diulas oleh  pesakit di tepi jendela itu mempunyai  perkataan yang penuh  maknanya untuk memberikan gambaran yang dapat ditafsirkan.

Hari  berganti minggu  dan  begitulah  pengalaman mereka di hospital itu.

Pada satu pagi, ketika  seorang jururawat  muncul  membawa air  untuk  mengelap badan mereka, dia mendapati pesakit  di tepi jendela itu sudah pun kaku. Dia  sudah tidak bergerak  lagi, menghembus nafas terakhir  tanpa  sesiapa  yang menyedari. Jururawat itu  merasa kedukaannya  dan  memberitahu  pembantu hospital untuk  membawa keluar  mayat itu.

Beberapa hari  kemudiannya, setelah memikirkan tidak ada  salahnya lagi, pesakit yang keseorangan itu meminta izin agar dia  dipindahkan ke katil yang berdekatan  jendela  di  kamar  itu.  Jururawat  menjadi gembira  dengan permohonan itu, dan setelah  menentukan pesakit itu selesa di katil baru, dia pun membiarkan  beliau bersendirian di situ. Secara perlahan dan sambil menanggung  kesakitan, pesakit  itu mula  menopang siku  menaikkan badannya  untuk menjenguk  pemandangan  di luar  jendela. Walaupun kesakitan, dia terus mengangkat kepala melihat  keadaan di luar  jendela  di sisi katilnya.  Dia  terkejut  kerana melihat  satu tembok  yang  tinggi  berada  di luar.  Kemudian pesakit itu  menanyakan  jururawat apakah  sebabnya  pesakit yang baru mati    menceritakan segala  kisah  yang indah-indah di luar  jendela  sedangkan semuanya  tidak pernah ada.

Jururawat itu menjawab bahawa  pesakit  yang baru mati  itu sudah pun kehilangan  penglihatan  kerana  buta  matanya dan sudah tentu tidak dapat melihat  tembok tinggi di luar  jendela. Jururawat itu  menambah: “Mungkin kerana dia  mahu  memberi galakan kepada anda sahaja.”

                                           *****

Epilog:   Sebenarnya  bukan mudah  membuatkan orang lain berasa gembira, walaupun kita sendiri tidak mampu  meraih kegembiraan itu. Kedukaan yang  dikongsi  adalah mengurangkan bebanan  si penanggungnya, tetapi apabila  kegembiraan  dikongsi jua, nikmatnya  muncul berganda. Seandainya anda mahu merasakan  kaya-raya, anda hanya perlu  memikirkan setiap benda yang boleh dibeli oleh wang yang anda miliki. “Setiap kali  kita menerima hadiah,  ia disebut  sebagai cenderahati.”

Asal usul  artikel asal berbahasa Inggeris   ini tidak pun diketahui, tetapi  ia akan membawa rahmat kepada sesiapa  yang  memanjangkannya..  

-Marhaintua-

Hits: