Kata Doktor Afghan: “Bom Berangkai AS  Punca  Kematian Dahsyat”
(Afghan Doctors Say: US Cluster Bombing: Death Toll Is Countless”)

Khamis, 15 November, 2001.

Jalalabad (PNS) Pengguguran  bom berangkai  secara menggila sepanjang kempen serangan tentera  AS di Afghanistan telah menghasilkan bencana yang   menyeluruhi masyarakat  termasuk kanak-kanak dan  kaum wanita. Senario ngeri  dan yang tidak pernah disangkakan  sebelum ini  telah  menakjubkan pandangan pasukan khas  yang melaporkannya, yang  telah pergi ke  Jalalabad untuk  membuat kajian  mendapatkan fakta kesan  serangan  bom Amerika  itu.

“Bencana  kematian memang tidak terkata” demikian kata  pakar perubatan  Public Health Hospital, Dr.Gull, Dr. Ramzan dan  pengarah South East Health Division, Mullah Sher Ali, memberitahu para wartawan “sedangkan keadaan  mereka  yang  menanggung  serangan  itu  memang  sungguh  dahsyat  kelai.” Mereka  menyebut  betapa   manusia  yang  menjadi  mangsa bom berangkai  mudah kehilangan anggota badan, kerana  bahagian yang diserang bom itu  terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan kuman  ke seluruh badan.

Mereka menceritakan bagaimana  seorang  lelaki  awam berusia  40 tahun, Asadullah  telah dibawa  ke hospital  dalam keadaan yang  parah,  menyebabkan dua kakinya terpaksa dikerat  untuk  mengelakkan jangkitan  ke seluruh badannya,  sebelum dihantar  ke hospital di Pakistan  untuk rawatan  selanjutnya. Dalam kisah lain seorang anak gadis  kecil terpaksa dikudung  kedua kakinya  setelah  menjadi serangan bom  itu. Seorang lelaki di  Lughmann telah kehilangan  upaya  penglihatan disebabkan kecederaan.  Begitu juga dengan kisah  satu keluarga  lapan orang  yang menjadi mangsa pengeboman  dan dibawa ke hospital, di mana  tiga  orang  antara mereka  mati  kerana  kecederaan  mereka.

“Setiap hari antara  200 hingga 300  manusia   yang  menjadi mangsa pengeboman  di bawa  ke  hospital,”  kata  mereka. “Kami berikan rawatan  seperti  sepatutnya, tetapi  yang  luka  parah terpaksa  dihantar  ke  Pakistan, kerana kami tidak punyai   kelengkapan dan kemudahan perubatan  yang  sempurna  di sini. Jelas bahawa bom berangkai AS yang digugurkan  pada  rakyat Afghan itu   telah mencetuskan  bencana perang  yang  sungguh  dahsyat  bencana perangnya  walau pun  tidak diketahui  apakah kesannya itu  benar-benar  mengena  puak Taliban dan Al-Qaida

tamat..

Hits: