Apabila  Bendera  Anda  Kibarkan, Ucap Selamat Tinggal Pada  Kebebasan 
(As you Wave The Flag – Wave Goodbye  To Our Freedoms)

Harley Sorenson. Special to SF Gate. 13/11/01

Kata orang, kalau anda  campakkan seekor katak  ke dalam air  panas,  ia akan meloncat keluar  serta merta. Kalaulah anda  campakkan  katak yang sama dalam satu periuk air sejuk dan kemudian panaskan periuk itu,  katak itu akan menetap di situ sehingga mati direbus.

Saya tidak  dapat sahihkan    cerita ini, tetapi  ia  mesti  memberikan satu iktibar kepada  kita:

Walau pun kit tidak  menghadapi masalah  mengecam  ancaman yang  terdekat, bahaya yang lebih besar  mudah  terlepas  daripada  perhatian  kita.

Beberapa minggu  yang  lalu, Kongres  telah meluluskannya dan  Presiden George W.Bush telah pun menandatangani  apa yang disebut  sebagai “USA Patriot Act  of 2001.”Segelintir ahli Kongres – dan bukan semuanya – telah membaca rang undang-undang itu sebelum mengundi  menjadikannya  satu akta, demikian yang dilaporkan

“Patriot Act” ialah satu  kesan  kepada  keadaan panik dan pengabaian penghakiman yang baik   yang telah menyusuli  beberapa peristiwa  September 11. Inilah dia  salah satu bahaya  yang mudah  terlepas  daripada  perhatian  kita.

Apa  yang  ada  padanya? Berikut ialah beberapa perkara yang disebut oleh Rep. Patsy T.Mink daripada Hawaii di  Dewan Rakyat itu bulan yang lalu:

“(Ia)  memberikan kebebasan kepada  agensi penguatkuasaan  untuk  memantau dan mendengar hubungan internet  kerana  kerja-kerja mengumumkan maklumat  dianggap  “tujuan penting dalam  pemantauan....

“(Ia)  tidak   menyediakan  peraturan yang  menyekat  kerajaan  daripada memantau komunikasi  orang  yang tidak  berdosa. Rakyat  boleh sengaja  dipantau  dengan menggunakan  phone  berbayar  yang  digunakan oleh  pengganas.  Rakyat mudah dihantui momokan mereka  disyaki  pengganas. Perasaan kesalahan  yang  berbangkit  itu akan membawa kita  ke  zaman silam ketika   tuduhan melulu  dibuat  oleh Jawatankuasa Aktiviti anti-Amerika yang  ditaja  oleh   Kongres.

“(Ia) membenarkan  ‘Immigration and Naturalization Service’ keupayaan  yang tidak terbendung  untuk menahan orang luar  selama  tujuh hari  tanpa sebarang tuduhan. Seandainya  Ketua Peguam Negara  merasakan perlu  disambung  tempoh tahanan itu, akta itu menafikan  hak yang tertuduh  untuk  membuat  rayuannya......

“(Ia) membolehkan ‘grand jury’ dan apa juga  maklumat  sensitif  lain  dikongsi oleh agensi yang  lain.....

“Mengikut  peraturan [Patriot Act], kerajaan persekutuan (Amerika) akan mentafsirkan kesalahan  mengganas itu  sebagai  usaha  cuba  mempengaruhi atau  menyebabkan kelakuan kerajaan secara  mengancam ataupun  mengugut, ataupun bertindak balas terhadap kerajaan. Tafsiran yang samar ini  boleh dilakukan oleh  kumpulan  seperti Greenpeace dan juga  pengganas  yang  lain.”

Amaran Mink ini tidak diambil peduli oleh  orang  lain. ‘The USA Patriot Act of 2001’ kini  sudah pun  menjadi  satu undang-undang  negara.

Biro  Penjara  Persekutuan tidak berlengah lama sebelum menghayati  akta itu. Pada Oktober 31,  biro itu telah  menerbitkan  satu peraturan baru  yang membolehkannya mencuri-dengar  perbualan  antara  banduan persekutuan dengan  para peguam mereka.

Yang perlu mereka  dengar  ialah wujudnya  satu   bahan  kesangsian bahawa perbualan itu mempunyai  hubung-kait  dengan “kegiatan  keganasan”.

Osama  Laden  yang  didakwa   sebagai  penyangak  di sebalik  peristiwa  Sept. 11 tentu sedang  mengurut janggutnya. Tiga  butir bom baru  diledakkan dan  rakyat Amerika sudah bersedia  mengenepikan  kemerdekaan  yang  berusia  225 tahun lamanya.

Berapa lamakah agaknya  baru kita  mahu bertindak bahawa  untuk  mempertahankan hak kita ialah  dengan cara meletakkan  mikrofon dalam bilik bertaubat  di  gereja?

Sejak  Sept. 11, dalam pencarian  menangkap  pengganas yang belum lagi dapat dipastikan, kita sudah pun  menangkap  lebih 1,000  orang yang disyaki. Tidak ada gunanya menyalahkan polis  kerana usaha itu, kerana  mereka  seolah-olah  melaksanakan tugas mereka – walau pun ada yang terfikir bagaimana mereka  dapat bertemu  lebih 1,000 yang disyaki  itu  sedangkan mereka  hanya mampu  menangkap  segelintir sahaja sebelum berlakunya  September 11.

Tamat SPAR.

Hits: